Monday 31 December 2012

KAMILAH MUJAHIDIN

Kamilah Mujahidin,
Tentera-tentera Allah,
Serahkan jasad dan ruh,
Gugur di jalan Allah.

Kamilah singa berani,
Melangkah ke medan jihad,
Dalam saf terpimpin,
Di bawah Khalifah.

Syahidlah impian kami,
Menebas musuh Allah,
Membela Nabi kami,
Dialah kekasih Allah.

Derapan kaki kuda,
Yang berapi menerjah,
Dengan pedang terhunus,
Pada Allah berserah.

Kamilah Mujahidin,
Dengan takbir melangkah,
Mati tiada takuti,
Berjuang demi Allah ...... Allahuakbar.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 17 Safar 1434 Hijriyyah bersamaan 31 Disember 2012 Masihi,
Jam 11.53 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang.

MAK, KAU PERGI JUA

Mak,
Sudah lama kau menyepi,
Dirimu tidak betah bicara,
Seperti dulu,
Rancak bicaramu tiada,
namun kasihmu tiada bertepi,
Mak.

Serangan penyakit padamu,
Namun tabah dirimu,
Sabar dirimu dengan ujian buatmu,
Angin ahmar melumpuhkan kananmu,
Lalu ayah memintaku,
Berusaha jua mengubatimu mak,
Kami anak-anakmu berusaha upaya,
Dengan za'faran dan tinta resam,
Dan air mawar yang harum,
Dan do'a rihul ahmar,
Ku cuba dengan barokah do'a,
Hingga kau mampu berjalan kembali.

Serangan kedua buatmu,
Membuatmu tiada sedar,
Dan dagumu yang luka,
Mengalir jua darahmu ibuku,
Dirimu rebah tersandung meja,
Sungguh kami menangis dengan berita itu,
Ibuku,
Dirimu bersandar di jasad adikku Amran,
Tangisan adikku memeluk jasadmu mak,
Tanpa bicara dan hanya kerlipan matamu,
Lalu kau tiada sedar lagi,
Hingga kau terlantar di hospital, ibuku.

Kami anak-anakmu mendo'akanmu saban waktu ibuku,
Anak-anakmu pulang ke sisimu ibuku,
Namun hanya diriku tiada sempat berada di sisimu,
Di saat dirimu terlantar di wad,
Ibuku,
Khabar dari ayah membuatku terpana,
Dan tangisanku di dalam perjalanan pulang,
Ku pulang dulu ke rumah,
Menyediakan tempat buatmu ibuku,
Pembaringanmu duhai ibuku,
Wajah sayu ayah,
Ayah sembunyikan perasaannya ibuku,
Tangisan ayah sendirian di kala Subuh itu.

Mak,
Di saat jenazahmu terbaring sepi,
Kami menghadiahkan buatmu ayatul Quran,
Dengan sebak dan tangisan sayu,
Kami temanimu dengan bacaan ayat-ayat suci,
Hingga saat kau dimandikan,
Kami memerhatikan jasadmu dimandikan mak,
Wajahmu persis wajah nenek,
Tok jah yang pergi dulu darimu mak,
Wajahmu yang tersenyum,
Dibersihkan dengan mandian terakhirmu ibuku,
Dan wudhu' terakhir buatmu ibuku,
Kami mengusung jenazahmu ke kafan,
Sayu kami memandangmu mak,
Di saat jenazahmu dikafankan,
Kesedihan tiada tertanggung ibuku,
Adikku hiba tiada terkata,
Kerna namanya kau sebut sebelum dirimu tiada sedarkan diri,
Mak,
Saat kami mengucup wajahmu yang bersih,
Terduduk kami di sisimu mak.

Mak,
Di saat jenazahmu diletakkan di hadapanku,
Ku imamkan solah ke atas jenazahmu mak,
Air mataku tiada tertahan,
Bacaanku tersekat-sekat dadaku berombak,
Sedih...sayu hiba duhai ibuku,
Ku sudahi solah jenazahmu dengan deraian air mata,
Dan do'a yang tenggelam dalam hiba,
Di saat jenazahmu diangkat pergi,
Ku temui ayahku,
Ku temui guru ayah,
Jenazahmu dibawa pergi ke kuburan,
Air mata ayah jatuh jua mak,
Di dalam kereta mengiringimu,
Ayah menangis kepergianmu mak.

Di kuburan itu,
Ku turun ke lahad menyambut jenazahmu mak,
Meletakkanmu di lahad penuh kasih,
Mengisi lahad dengan tanah di jasadmu,
Dan keranda yang menutupimu mak,
Seperti tiada sanggup menimbusimu,
Namun apakan daya ibuku,
Sudah sunnatullah setiap makhluk akan kembali pada-Nya,
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati mak,
Ku timbusi kuburmu di kala hujan mencurah,
Titisan hujan yang turun,
Seperti itulah air mata kami mencurah mak,
Diriku dan abangku mengemaskan tanah kuburanmu,
Adikku membantu menguburkanmu,
Kalimah-kalimah tahlil mengiringimu,
Ke 'alam barzakh kau melangkah ibuku,
Kalimah talqin itu sayu,
Wahai Mauzi binti Mek Cah,
Kami mengucapkan selamat berpisah buatmu,
Tika itu hatiku sebak mak.

Akhirnya engkau pergi jua,
Menghadap Tuhan Robbul Izzati,
Dialah Yang Maha Memiliki,
Aduhai ibuku,
Kalimah-kalimah zikirku ku hadiahkan buat ruhmu,
Akan ku hadiahi zikrullah sentiasa buatmu,
Selagi jasadku bernyawa,
Selagi ku punya kudrat,
Akan ku sentiasa hadiahkan padamu ibuku,
Sehingga ku pula menemui Tuhanku nanti ibuku,
Kami anak-anakmu sentiasa menziarahi kuburmu,
Ku tahu dirimu tahu kami menziarahimu mak,
Amran memahat nisanmu ibuku,
Dan mengecat nisanmu mak,
Kami sediakan nisanmu ibuku,
Mak,
Wajah dirimu sentiasa dalam hati kami mak,
Semoga Alalh sentiasa melimpahi ruhmu dengan keampunan-Nya,
Dan dengan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Hingga tibalah hari kebangkitan nanti ibuku,
Semoga kuburanku adalah taman Syurga,
Dan kebahagiaan di alam barzakh sana.....amin.

Karangan oleh:
ABDUL LATIFF BIN MOHAMAD ASY-SYALUKI AL-FAQR (PEDANG TIMUR BERKELANA),
Isnin, 17 Safar 1434 Hijriyyah bersamaan 31 Disember 2012 Masihi,
Jam 8.29 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang.

Sunday 30 December 2012

YAMIN

Sungguh Rasul utamakan kanan,
Dalam perkara kebaikan,
Dan 'amalan kebaikan,
Maka jadikan kami mengikutinya.

Kurniakan kami kitab 'amalan,
Di Mahsyar sana hari penghisaban,
Anugerahkan kami dengan kebaikan,
Wahai Allah Ta'ala.

Izinkan kami meneguk,
Di telaga Haudh Nabi kami,
Yang hilangkan dahaga,
Selama-lamanya ya Allah.

Golongkanlah kami ke dalam,
Golongan yang kanan itu,
Yakni golongan Ashhabul Yamin,
Golongkanlah kami ya Allah.

Ya Allah...ya Allah,
Kabulkanlah hajat kami ini,
Di Mahsyar penentu segala,
Hisab-Mu 'adil-'adilnya.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 16 Safar 1434 Hijriyyah bersamaan 30 Disember 2012 Masihi,
Jam 8.56 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang.

MAAFKANKU TEMAN

Temanku,
Ku hanya insan yang hina dina,
Yang penuh kotoran,
Dan palitan zhulmah yang pekat di hatiku,
Terlalu banyak khilafku padamu teman,
Terlalu banyak kalamku yang melukai hatimu,
Teman,
Lalu luka itu tidak sembuh,
Dan semakin merebak dalam dirimu,
Ku termenung memikirkan,
Kesilapanku padamu duhai teman,
Maafkanku duhai temanku.

Dadaku sesak dan sakit,
Akibat menyakitimu temanku,
Ku mohon ampunanmu,
Maafmu ku harapkan,
Dalam berteman,
Ku selalu mengkhianatimu,
Kerna kejahilanku,
Jua kekotoran diriku yang terpalit,
Hasad dan ketiadakpuasan hati,
Tanpa sedar ku melukaimu,
Dalam sedar jua tetap ku melukai hatimu,
Maafkanku duhai temanku.

Ku mohon ampunan Tuhanku,
Namun ku bersalah pada makhluk,
Maaf makhluk perlu,
Dalam memohon ampunan Tuhan,
Yang bersangkut kait dengan makhluk,
Wahai temanku,
Maafkankanlah diriku,
Zahir dan batinku,
Maafkanlah diriku duhai temanku.







Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 16 Safar 1434 Hijriyyah bersamaan 30 Disember 2012 Masihi,
Jam 6.50 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.

Thursday 27 December 2012

Qasidah YA AHMADU HADI YA KHOIRO NABI

Ya Ahmadu Hadi Ya Khoiro Nabi,
Anta Maulana Wa Habibana,
Anta Ya Syifa' ya Musyaffi'un,
Ya Rasul Khotamun Nabi.

*

Dengan namamu ku harap cinta,
Kasih Tuhanku dengan wasilahmu,
Duhai Nabiku yang tercinta,
Pancaran cahayamu di 'alam dunia.

*

Hatiku berdetik merasa rindu,
Mengharap kunjung cahaya mulia,
Hadirlah padaku wahai cahaya,
Ubatilah rindu yang bertakhta.

*

Engkaulah Ahmad yang terpuji,
Engkaulah Hadi yang menunjuki,
Engkaulah Musthofa yang terpilih,
Engkaulah Ghurril Muhajjalin yang terpancar.

*

Dengan pimpinanmu ku mengenal cinta,
Cinta hakiki di 'alam makrifat,
Hakikat cinta yang tersangat,
Mengenal Robb Allah Ta'ala.

*

Wahai yang terpuji penunjuk jalan,
Penuhilah hatiku dengan cairan madu,
Yang bersinar seperti wajahmu,
Biarlah kotoran hatiku ini sirna.

*

Wahai Ahmad dicintai sepanjang zaman,
Asbab namamu lahirlah Ahmadiah,
Semoga kami terus-terusan,
Dalam jalanmu yang terpuji.

*

Sebaik-baik Nabi yang diutus,
Sebaik-baik makhluk yang dicipta,
Setiap degupan jantungku,
Biarlah terisi dengan nama kasihmu.

*

Biarlah hati ini terus hidup,
Biarlah jantung ini terus berdegup,
Dan terang dengan cahayamu,
Duhai Ahmad Ya Khoiro Hadi.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Juma'at, 14 Safar 1434 Hijriyyah bersamaan 28 Disember 2012 Masihi,
Jam 2.40 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.

Sunday 9 December 2012

Syair UNGKAPKAN CINTAMU

Bangkitlah dari lalaimu insan,
Selawat salamlah pada junjungan termulia,
Bukakanlah hatimu dengan redha,

Agar disiram cahaya kasih Baginda.

Selawatlah sebanyaknya aduhai insan,
Hingga tenggelam dalam lautan cinta,
Lemas dalam arus kasih Baginda,
Basah lidahmu dengan titisan Nurnya.

Ungkapkanlah cintamu pada Rasul Thoha,
Dengan sebenar kasih dan cinta,
Bersama Baginda di Mahsyar sana,
Barangsiapa yang paling banyak selawat atasnya.

Dengannya Nabi Adam bertawassul,
Lantaran melanggar perintah Tuhan-Nya,
Tiada terqabul do'amu insan,
Tanpa selawat atas Baginda.

Sepenuh ruang langit dan bumi,
Diliputi Nur Muhammad yang mulia,
Bercintalah dengan Baginda sentiasa,
Bagindalah Rahmatan Lil 'Alamin.






Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 26 Muharram 1434 H = 10 Disember 2012 M,
Jam 11.26 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang.

ALLAH MAHA MENGETAHUI

Dia Maha Mengetahui,
Zahir mahupun batin,
Terang atau rahsia,
Dia yang bersifat 'Ilmun.

Tiada kau terlepas,
Wahai makhluk-Nya,
Daripada pandangannya,

Setiap kau perbuat dalam 'ilmu-Nya.

Awaslah wahai semua,
Setiap 'amal kan dibalas di sana,
Apa dalam hatimu,
Semua dalam pengetahuan-Nya.

Allah Maha Mengetahui,
Segala yang kau rahsiakan,
Niatmu jahat dan baik,
Tiada kau boleh bohongi-Nya.

Dia sentiasa melihatmu,
Kiroman katibin sentiasa mengawasimu,
Setiap zarah 'amalmu ditulis,
Apakah terlepas dari-Nya?

Ingatlah wahai insan,
Allah sentiasa melihatmu,
Dan segala niat 'amalmu,
Kan di'adili di Mahsyar sana.

Tiada gugur sehelai daun pun,
Melainkan dalam pengetahuan Allah,
Setiap lintasan hatimu,
Semuanya Allah tahu.

Malaikat Maut sentiasa memerhatimu,
Bila tiba ajalmu,
Bagaimana nasibnya,
Jika dalam lalai kembali pada-Nya.

Ingatlah ingatlah semua,
Allah Maha Mengetahui segalanya,
Usah kau sembunyikan,
Hanya menipu dirimu sendiri.

Ayuhlah semua,
Akui dosa-dosa kita,
Mohonlah ampunan-Nya,
Selagi masih bernyawa.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 26 Muharram 1434 H = 10 Disember 2012 M,
Jam 8.05 malam,
Sungai Nibong,
Pulau Pinang.

Friday 7 December 2012

WANGIAN BUKHUR

Harum semerbak wangian berasap,
Ditaburi kemenyan 'Arab dan bukhur,
Di atas api membara,

Kepulan asap semerbak harumnya.

Bakaran bukhur itu jalan sunnah,
Dalam menghidupkan sunnahnya Rasul,
Buat mewangikan ruang,
Bukhur itu kaedahnya sunnah.

Jangan kau risaukan dikata orang,
Mereka itu tiada mengerti,
Dicela pula memberi makan jin,
Sedangkan itu sunnah Nabi.

Minyak attar itu buat wangikan,
Badan dan pakaian,
Bukhur pula mewangikan ruang,
Itulah cara sunnah Rasulullah.

Asap kemenyan itu makanan rohani,
Neutralkan udara keliling,
Amalkanlah sunnah Nabi ini,
Sehari-hari dalam hidupmu.

Wangian asap itu menenangkan,
Di kala zikrullah ketenangan,
Bakarlah bukhur,
Atas jalan sunnah semata.






Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Juma'at, 23 Muharram 1434 H = 7 Disember 2012 M,
Jam 9.13 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang

TIKA FAJAR MENYINSING

Kesunyian malam berakhir,
Waktu sahur mula bangkit,
Ahlil qiyamullail menutup 'amalannya,
Di waktu fajar tiba.

Cahaya kemerahan menampakkan sinarnya,
Subuh ini masih muncul,
Waktu yang amat barokah,

Menjenguk pintu 'alam lagi.

Bangunlah duhai yang berselimut,
Bangunlah,
Sucikanlah dirimu dan persiaplah,
Menuju masjid di Subuh hening.

Fajar itu kembali,
Solatlah Fajar saudaraku,
Dalam saf yang kukuh,
Bersujud pada Tuhanmu.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Juma'at, 23 Muharram 1434 H = 7 Disember 2012 M,
Jam 6.22 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang

AJAL

Ajalku apakah hampir,
Namun apakah aku bersedia,
Menempuh alam barzakh itu,
Dengan bekalan yang tiada.

Di saat Izrail datang,
Aku masih lalai,
Hanyut dalam maksiat,

Hanyut dalam hidup.

Ajal itu tiada tangguh,
Ia suatu ketetapan Allah,
Sesaat tiada diawalkan,
Sesaat jua tiada dilewatkan.

Di saat kau hadir wahai Izrail,
Jika aku sedang bermaksiat,
Sedang mendurhakai Allah,
Aduh celakalah aku nanti.

Kembara ke barzakh,
Setiap yang hidup,
Pasti kan melaluinya,
Bahagia ataukah celaka.

Sebelum diambil kembali ar-ruh,
Bertaubatlah kita adanya,
Dengan sebenar-benar kembali,
Kepada Allah Ta'ala.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Juma'at, 23 Muharram 1434 H = 7 Disember 2012 M,
Jam 5.38 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang

Thursday 6 December 2012

MAULANA YA MAULANA

Ya Allahu Ya Rahman,
Ya Allahu Ya Rahim,
Maulana ya Maulana...ya Allah,
Ya Nabi ya Habibi...ya Allah.

Anta ghoutsun ya Nabi,
Anta rohmatun lil 'alamin,
Anta ya sanadi...ya Allah,

Ya Nuril 'Alamin.

Maulana ya Maulana...ya Allah,
Ya Rasulihil Amin...ya Allah,
Ya Imamul Mujahidin,
Ya Khotamun Nabi.

Ma'an Nabi fi Yaumul Hisab...ya Allah,
Bijahin Nabiyyil Musthofa,
Ya Rasulikal Murtadho,
Ihdinash shirotil mustaqim.

Ya Allah...ya Allah,
Yadkhuluna ilal Jannah,
Bihubbin Nabi ya Rahmah,
Istajibillah ya Allah.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 22 Muharram 1434 H = 6 Disember 2012 M,
Jam 9.50 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang

TAZKIYATUN NAFS

Kita ini manusia,
Tiada yang sempurna,
Sesiapa saja bisa berdosa,
Kotoran dosa melekat jua.

Bila qolbu dikotori dosa,
Gelaplah hati natijahnya,
Malap cahaya jalannya,

Jauh dari Tuhan-Nya.

Maka itu ayyuhal insan,
Sucikanlah hatimu,
Sucikanlah ruhmu,
Dengan taubat dan zikrullah.

Tazkiyatun nafs jalan perlu,
Menyucikan diri dan batin dari zhulmah,
Dan palitan dosa yang hina,
Sucikanlah ia dengan 'amal solehmu.

Ayyuhal insan,
Berzikirlah selalu,
Dan tangisilah dosa-dosamu,
Agar mendapat keampunan Allah.

Air mata penyesalanmu,
Ibarat pencuci yang hilangkan,
Kotoran yang melekit melekat,
Penggilap yang menyinarkan.

Bila qolbu sudah malap,
Dengan palitan dosa,
Dan karat-karat zhulmah yang pekat,
Semakin mudah jalan sesat.

Duhai saudaraku,
Zikirlah dan berzikirlah,
Taubat dan istighfarlah,
Do'a dan munajatlah.

Semoga dipandang Allah,
Dikasihi akan Allah pula,
Dicintai akan Nabi Muhammad hendaknya,
Dengan sinaran diri yang tersucikan.

'Ilmu itu cahaya,
Tiada kan ia bercampur,
Dengan kegelapan,
Dalam suatu masa.

Janganlah kau malapkan,
Cahaya hatimu insan,
Dengan maksiat dan kesyirikan,
Ingatlah kematian itu dekat.

Merintihlah dirimu insan,
Di kegelapan dinihari yang sunyi,
Meratapi dosa yang dilakukan,
Rayulah Alalh mengampunimu insan.

Tazkiyatun nafs,
Sucikanlah hatimu,
Sucikanlah dosa-dosamu,
Wahai saudaraku sesama.

Peringatan yang baik,
Sesama kita sentiasa,
Buat manfa'at sesama,
InsyaAllah Ta'ala.

Bila gelapnya meliputi,
Hati yang berbalut,
Maka sukarlah cahaya 'ilmu,
Dicurahkan ke dalam hatimu.

Sucikanlah diri dari dosa-dosa,
Dengan taubatan da'iiman,
Dan selawatan da'iimatan,
Dan zikrullah berterusan.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 22 Muharram 1434 H = 6 Disember 2012 M,
Jam 8.09 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang

Wednesday 5 December 2012

BERZIKIRLAH

Marilah berzikir pada Allah,
Sebutlah nama Allah,
Tiada kira masa di mana-mana,
Zikir lisan qolbi mahupun fi'li.

Duhai hamba Allah semua,
Sebutlah nama Tuhanmu,
Terus-terusan dalam cinta,

Larutkan di dalam zikrullah.

Zikirlah sentiasa hai saudaraku,
Basahilah lidahmu,
Afdholudz dzikri fa'lam annahu,
Lailahaillallah...Lailahaillallah.

'Amalan berkah hai saudaraku,
Tanda cintamu pada Yang Esa,
Berzikirlah hai saudaraku berzikirlah,
Dalam nikmat zhouq itu.

'Abdikan dirimu pada-Nya,
Tiap nafas degup jantungmu,
Tiada lain melainkan zikrullah,
Marilah berzikir Lailahaillallah.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 22 Muharram 1434 H = 6 Disember 2012 M,
Jam 3.40 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang

Tuesday 4 December 2012

RANAH MINANG

Duhai Ranah Minang,
Bawalah aku kembali padamu,
Di saat aku berduka lara,
Aku rindu padamu,
Aku ingin dekat denganmu,
Tanah leluhurku,
Ranah kesayanganku jua,
Di saat daku dibadai,

Dugaan hati yang berat,
Ranah Minang,
Peluklah daku dengan ranahmu.

Duhai serambi Istano Basa Pagaruyung,
Biarlah aku bersimpuh di serambimu,
Melepas lelah jalananku,
Ku ingin dekat di sisi leluhurku,
Sungguh badai hatiku ini,
Dan kini,
Hidupku agak terganggu,
Hanya dengan Tuhan ku perkuat,
Dengan izin-Nya ku perbuat,
Di ranah tercinta,
Aku ingin pulang padamu,
Pulang padamu.

Tiada keruan hati nan sedih,
Terbuang sendiri tiada kasihani,
Saudara sendiri tiada peduli,
Apakan dayaku,
Duhai Ranah Lamo,
Bukakan pintumu,
Aku sudah lelah,
Bukakanlah padaku pintumu,
Buatmu berehat di taman indahmu,
Dengan udara dingin,
Dan siraman yang menenangkan jiwaku,
Ranah Lamo,
Selimutilah daku dengan dirimu.

Ranah Minang,
Di saat aku kesepian,
Aku ingin memijak tanah nendaku,
Biarlah aku pulang,
Membawa diri dan erti,
Membawa hati yang terguris,
Biarlah orang membuangku,
Hatiku menangis tiada siapa tahu,
Namun ku pasrah,
Ku redha ketentuan Ilahi.

Saat ku dibuang isteri,
Ku sendiri,
Lalu,
Tanduk-tanduk menjulang langit,
Rumah gadang yang indah,
Istano bertanduk asal diri,
Menyapa pintu hatiku,
Membuatku rindu kembali,
Biarlah ku membawa diri,
Relalah ku menyendiri,
Oh Ranah Minang,
Oh Ranah Lamo,
Berdiamlah kalian sampai tika,
Ku ingin mengubat rinduku padamu,
Bukalah pintu buatku,
Ranah yang dirindui.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Rabu , 21 Muharram 1434 H = 5 Disember 2012 M,
Jam 11.37 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang

GURINDAM HATI

Jeruk ikan dalam guri,
Sudah fitrah dicari isteri.

Sedih jua tiada peri,
Beristeri tapi hidup sendiri.

Luas juga pandangan mata,
Rupa diintai hanya harta.


Luka hati sedih nan pilu,
Hati menangis tiada tahu.

Teriak suara bagai bertih,
Jaga riang hati bersedih.

Suci bersih warna baidha',
Hati sakit hendaklah redha.

Sudah adat ada selisih,
Biarlah aku bersama Kekasih.

Tiada guna bertongkat dagu,
Bersama dia mengubat hatiku.

Riang luar di dalam sedih,
Duhai Tuhan dengarlah dirintih.

Duhai Nabi ku rinduimu,
Agar menjadi ubat hatiku.



Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Rabu , 21 Muharram 1434 H = 5 Disember 2012 M,
Jam 11.15 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang

Monday 3 December 2012

Syair WAHAI MUSTHOFA

Wahai Musthofa,
Wahai Musthofa,
Yang sungguh sempurna,
Bak purnama terindah.

Bagaimana ku ungkapkan,
Melalui bicara,
Keindahanmu Musthofa,

Tiada tergambar dengan kalam.

Kesempurnaan dirimu,
Keindahanmu terpukaukan,
Igauan perindumu,
Wahai Musthofa.

Meliputilah 'alam ini,
Dengan pancaran cahayamu,
Wahai utusan sempurna,
Utusan nyata dan ghaib.

Tiadalah yang melihatmu,
Melainkan menangis rindu,
Dan tiada kepingin,
Berpisah denganmu.

Di bawah sinaranmu,
Ku merangkak,
Mencari jalan cahaya,
Yang terang menyuluh jiwa.

Menggapai cinta kudus,
Menuju Yang Esa,
Tiada kan sempurna,
Tanpa iman padamu Nur.

Tatkala hati meronta,
Tiada keruan terkenang,
Tenteramkanlah diriku,
Wahai Musthofa.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Selasa, 20 Muharram 1434 H = 4 Disember 2012 M,
Jam 10.44 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang

SYAHADAH

Asyhadu an Lailahaillallah,
Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah,
Dialah Yang Maha Esa,
Dialah Yang Maha Kuasa.

Dialah Yang Maha Tunggal,
Tiada selainnya,
Allah tiada bertempat,

Apalagi berjisim.

Tiada berarah,
Tiada yang menyerupainya,
Maha Suci Allah,
Allah Maha Besar.

Dialah Yang Maha Memiliki keagungan,
Sesiapa yang mentajsimkan Allah,
Maka keluarlah ia darinya Islam,
Lalu sesatlah ia sesesatnya jua.

Maka berimanlah dengan i'tiqad yang haq,
Atas keTuhanan Allah Ta'ala,
Dan jauhlah dari Musyrik pula,
Agar terpelihara 'aqidah yang benar sampai Akhirah.

Wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah,
Dan aku bersaksi bahawa (Nabi) Muhammad itu pesuruh Allah,
Bersaksikanlah dengan penyaksian yang haq,
Bahawa bagindalah utusan yang terakhir penutup kenabian.

Sebenar-benar i'tiqad akannya,
Jika tiada benar tiada jazam akan iman padanya,
Menyalahi akan Baginda itu akibatnya,
Maka tiada sahlah tiadalah beriman kamu padanya.

Bahawa Baginda itu daripada keturunan yang disucikan,
Lagi pula sebaik-baik makhluq yang diciptakan,
Daripada Nurnya terciptalah segala sesuatu,
Bahkan diciptakan 'alam buatnya Baginda.

Kenalilah akan susuk insan termulia,
Cahaya yang terang benderang sepanjang zaman,
Jagalah lisan dan hati kalian itu juga,
Daripada menyakiti zahir dan batinnya Rasulullah.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Selasa, 20 Muharram 1434 H = 4 Disember 2012 M,
Jam 10.22 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang

Qasidah YA SAYYIDINAL HABIB

Ya Sayyidinal Habib,
Ya Sayyidinal Habib,
Ya Sayyidinal Habib,
Ya Nabiyyal Musthofa.

*

Ku merindu cahayamu,

Memancar terang,
Di dalam qolbu,
Para umatmu.

*

Hadirmu dirindui,
Di majlis keagungan,
Mengingati merinduimu,
Ya Habibi.

*

Hati yang layu,
Dengan teriknya dosa,
Kembali segar menguntum,
Dengan siraman kasihmu.

*

Seruan namamu,
Membangunkan hati-hati yang lena,
Sejuk qolbu dirasakan,
Selawatan atasmu Habib.

*

Ya Sayyidinal Habib,
Engkaulah sandaranku,
Di Mahsyar yang dahsyat,
Engkaulah sandaranku.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Selasa, 20 Muharram 1434 H = 4 Disember 2012 M,
Jam 9.27 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang

Qasidah DENGAN NAMAMU KU SULAM CINTA


Dengan namamu,
Ku sulamkan cinta,
Dengan kasihmu,
Ku dapat cahaya.

Duhai Nabiku,
Ku cari cahayamu,
Shirotul Mustaqim,
Itulah dirimu.

Ya Rasulullah Salamun 'Alaik,
Bergema 'alam,
Lantunan cinta,
Hanya padamu.

Ya Nabi Ya Ruhul Quddus,
Getaran sarafku,
Jua qolbuku,
Dengan namamu.

Wahai Nabiku,
Curahkanku cinta,
Cinta padamu,
Musykilnya tiada.

Ku susun kalamku,
Dengan namamu,
Agar hatiku dipenuhi,
Cinta hanya padamu.

Allahumma sholli 'ala Sayyidina Muhammad






Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Selasa, 20 Muharram 1434 H = 4 Disember 2012 M,
Jam 7.46 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang.

Saturday 1 December 2012

BERDO'ALAH

Kalian yang bergelar hamba Allah,
Kalian yang dekat dan jauh,
Mohonlah pada Tuhan-Mu,
Siang dan malam.

Ketahuilah olehmu saudaraku,
Akan hakikat do'a itu,
Ad-du'a silahul Mu'min,
Sungguh Alalh cinta hamba yang berdo'a.

Barangsiapa yang tiada berdo'a ia,
Sombonglah ia pada Allah,
Sedangkan tiada kau perlukan,
Hai manusia selain Allah jua.

Pohonlah pada Tuhanmu,
Segala hajat dan pertolongan,
Segala rintihan dan tangisan,
Pohonlah pada Tuhanmu hai insan.

Khudhu'lah dikau pada-Nya,
Di saat kau berdo'a,
Dengan penuh khauf dan roja',
Dan husnuz zhon pada Allah.

Hai saudaraku,
Berjagalah di sepertiga malam,
Taqarrublah dirimu pada Allah,
Pada kesunyian malam yang panjang.

Pintalah pada Allah,
Dia yang Maha Kaya,
Dan mengabulkan hajat,
Pintalah.

Pintamu pada manusia,
Sekaya mana ia tetaplah jua miskin,
Kerna yang kaya,
Hanya Allah semata-mata.

Ingatlah telah berfirman akan Allah,
'Ud'uuni astajiblakum,
Berdo'alah saudaraku,
Berdo'alah hai manusia.

Dan janganlah sesekali kau menyangka,
Bahawa Tuhan tiada mengabulkan do'amu,
Bersangka baiklah kau pada-Nya,
Kerna Allah lebih mengetahui akan dirimu insan.

Tika susah dan senangmu,
Tadahlah tangan berdo'a pada Tuhanmu,
Menjadi hamba-Nya yang sentiasa berdo'a,
Kepada Allah Ta'ala.






Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Sabtu, 17 Muharram 1434 H = 1 Disember 2012 M,
Jam 9.44 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang.
 

Friday 30 November 2012

AHLIL IMAMAH

Engkau yang setia,
Mengikut jejak,
Menghidupkan sunnah,
Rasul yang tercinta.

Pakailah imamah,
Ia sunnah Nabimu,
Dengan ekor terjuntai,
Di dua bahu Baginda.

Imamah putih kemas itu,
Dilitupi pula dengan rida',
Amalkan sunnah itu,
Wahai saudaraku sekalian.

Sunnah Rasulmu,
Jika tiada dapat,
Di'amal semua,
Janganlah ditinggal semua.

Wahai ahlil imamah,
Istiqomahlah dalam ber'amal,
Sunnah Rasulmu itu,
Teguhlah dalam cintanya.






Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Juma'at, 16 Muharram 1434 H = 30 November 2012 M,
Jam 9.44 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang.
 
 

USTAZI YA USTAZI

Ustazi ya ustazi,
Semoga Allah membalasmu,
Dengan kebaikan,
Hingga akhirat sana.

Satu huruf kau ajarkanku,
Itulah 'ilmu pertamaku,
Ustazi ya ustazi,

Sungguh besar jasamu.

Ku do'akanmu ya ustazi,
Ditambahi padamu 'ilmu,
Dan bimbingan yang terus,
Amin ya Allah.

Ustazi ya ustazi,
Indah akhlaqmu,
Kemas imamahmu,
Seteguh imanmu.

Jasamu mengajariku,
Hanya Allah membalasmu,
Rahmat Allah ku pohonkan,
Buatmu hingga akhirat sana...ya ustazi.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Juma'at, 16 Muharram 1434 H = 30 November 2012 M,
Jam 9.13 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang.

KERINGAT PETANI

Di bawah terik mentari,
Silau membakar kulit,

Dan mengalirkan keringat jernih,
Menitis di sawah,
Yang keruh berselut,
Demi sebuah kehidupan,
Padi-padi dicedung,
Satu-satu dibenam,
Tiada hirau panas kan hujan,
Petani terus saja mencedung,
Tiada hirau cuaca panas itu.

Menghijau sawah,
Seluas pandangan mata,
Hembusan lembut angin bukit,
Membelai helai-helai daun padi,
Yang subur hijau,
Ku lihat insan-insan berterendak,
Berselut-selut bajunya,
Dengan keringat membasahi tubuh,
Dan peluh yang mengalir,
Demi sesuap nasi,
Gigih dirimu duhai petani.

Pipit-pipit terbang melayang,
Meninjau padi-padi di sawah,
Anak-anak padi ditanam,
Berbaris indah,
Di suatu sudut sana,
Ada yang membaja sawahnya,
Ada yang mengikat unting,
Indah sungguh suasana kampung,
Damai,
Angin-angin setia,
Menghembus lembut juraian,
Daun-daun padi,
Dan wajah petani,
Yang kental usaha,
Air di parit,
Berombak lembut ditiup angin,
Padang yang menghijau,
Sawah apdi itu,
Membawaku kembali ke zaman silam,
Berkubang di dalam selut,
Memasang taut-taut ikan,
Bercedung anak-anak padi,
Mengikat unting-unting padi,
Memukul padi yang masak,
Alangkah indahnya saat itu,
Kini,
Ia sudah berlalu pergi.






Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Juma'at, 16 Muharram 1434 H = 30 November 2012 M,
Jam 9.05 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang.

PAGARUYUNG OH PAGARUYUNG

Pagaruyung oh Pagaruyung,
Lambaianmu membuatku rindu,
Rindu yang mencengkam,
Untuk menjejak tanah leluhurku.

Sungguh,
Keindahan bumimu menggamitku,
Jauh terpisah denganmu,

Tersergam rumah gadang itu.

Pagaruyung,
Bukalah pintu kotamu,
Ku ingin pulang padamu,
Ingin ku injak tanahmu.

Tanah leluhur yang memanggilku,
Bumbung bertanduk yang indah,
Menjemputku,
Setialah duhai Pagaruyung.

Istano Basa itu,
Sungguh membuatku rindu,
Menginjak ranah lamo,
Di taman yang indah.

Ingin ku ambil segenggam tanahmu,
Pagaruyung tercinta,
Berbenihnya kasih leluhurku,
Berpindah wilayah jua.

Bayangan kasihmu,
Hebat juangmu,
Leluhurku,
Ku ingin kembali menziarahimu.

Tanah Sumatera itu,
Undang jejak padamu nanti,
Ku ingin menatap dirimu,
Duhai Pagaruyung tercinta.



Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Juma'at, 16 Muharram 1434 H = 30 November 2012 M,
Jam 8.43 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang.

TOK AYAH

Sesusuk tubuh yang tua,
Masih gagah menginjak bumi Tuhan,
Walau tidak sekejap,
Waktu mudanya,
Wajahnya yang cerah bercahaya,
Cerah dan kemerahan,
Dengan pancaran nur,
Dan senyuman yang mendamaikan,

Pandangan matanya penuh kasih,
Itulah Tok Ayah.

Jubah putih pakaiannya,
Burdah hitam membaluti pula,
Rida' hijau tersandang kemas,
Di bahu kanannya,
Butiran-butiran tasbih setia di jarinya,
Lidah Tok Ayah sentiasa basah,
Dengan asma'-asma' Allah,
Dan selawat sentiasa,
Jemarinya berlari tenang,
Membilang butir-butir tasbih,
Khudhu' di depan Allah,
Namun hatinya sentiasa hidup,
Dan segar dengan Allah Ta'ala,
Dia berdiam,
Sendirian,
Bersama Allah selalu,
Sembunyikan diri dan 'amal,
Dikaulah itu Tok Ayah.

Makanmu sedikit,
Sekadarnya saja buat mengisi perutmu,
Supaya tiada berat engkau dalm 'ibadahmu,
Zikirmu berterusan setiap waktunya,
Dan malammu,
Hidup dengan nur,
Di saat insan terlentang,
Dalam lena berdengkur,
Tok Ayah,
Sungguh engkau setia,
Di hadapan Allah,
Nasihatmu ibarat butiran,
Mutiara yang indah,
Buat menuntun hati,
Dan memimpin di jalanan ini.



Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Juma'at, 16 Muharram 1434 H = 30 November 2012 M,
Jam 8.25 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang.

Wednesday 28 November 2012

HANYA KAU YANG SATU

Tiada awal tiada akhir,
Tiada anak tiada diperanak,
Engkau yang Satu,
Maha Tunggal tiada duanya.

Nama-nama-Mu yang agung,
Ya Allah Ta'ala,
Menyinari hari-hari kami,

Allahu Jalla Jalaluh.

Keimanan kami hanya pada-Mu,
Pada Yang Maha Esa,
Engkau tiada berjisim ya Allah,
Peliharalah 'aqidahku ya Allah.

Wahai yang Maha Tunggal,
Kami beriman pada-Mu yang satu,
Selamatkanku daripada syirik,
Dan orang yang Musyrik.

Hanya Kau yang satu,
Ya Allahu Jalla Jalaluh,
Ya Allahu ya Ahad,
Allahu Allah.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 15 Muharram 1434 H = 29 November 2012 M,
Jam 10.12 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang.

TATKALA MERINDU

Tatkala ku dicengkam rindu,
Lalu ku mengingatimu,
Menyebut namamu,
Memandang akan namamu.

Meronta hati,
Ingin sekali melihatmu,
Hanya selawat ku lantunkan,

Buat mengubat kerinduanku.

Hanya itulah tanda,
Dan syifa' pada hatiku,
Selawat salam padamu Rasulku,
Adalah amal ibadahku.

Allah dan Malaaikah,
Sentiasa selawat salam atasmu,
Duhai pengubat jiwaku,
Di saat rindu bertamu.

Hati dicengkam jua,
Qasidah dan madah ku lagukan,
Ku tanamkan irama di hatiku,
Agar membenih dan subur di hatiku.

Setiap kekasih pasti tiada lekang,
Nama dan jiwa si kekasih setia,
Terbenam dalam di dalam jiwa,
Itulah hakikat orang berkasih.



Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 15 Muharram 1434 H = 29 November 2012 M,
Jam 9.22 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang.

HADIRLAH DALAM MIMPIKU

Bismillahirrahmanirrahim,
Ya Rasulullah ya Rasulullah,
Ya khoiro kholqillah,
Izinkan ku menatapmu.

Engkaulah duhai Rasul,
Harapan dan tujuanku,
Melihatmu impian terbesarku,
Buat mengubat rindu.

Wajahmu dambaanku,
Hadirlah kasihku,
Ke dalam mimpi-mimpiku,
Kerna ku merindu.

Walau hanya sekali,
Syukurku pada Ilahi,
Namun hadirlah selalu,
Duhai cintaku.

Menatapmu tiada bosan,
Cahaya atas cahaya,
Susuk yang amat indah,
Ubatilah rinduku padamu.

Izinku menguntum senyum,
Padamu duhai Rasulku,
Pengubat jiwa itu,
Hadirlah hadirlah Rasulku.

Ku sedar diri hina ini,
Apakah layak menatapmu,
Hadirmu mengubati jiwaku,
Hadirlah dalam mimpiku Rasulullah.





Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 15 Muharram 1434 H = 29 November 2012 M,
Jam 8.16 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang.
 

Syair SOHIBUR RIDA'


Wahai cahaya kecintaanku,
Wahai cahaya kecintaanku,
Kerinduan batinku,
Wahai Rasulku ya Sohibur Rida'.

Engkaulah Sohibur Rida',
Rida' hijau yang indah,
Disangkut di bahu muliamu,
Wahai Rasulullah kecintaanku.

Dengan rida'mu Rasulku,
Selesailah pertikaian hajarul aswad,
Dengan rida'mu menutupi kepalamu,
Wahai Rasulullah kasihilah daku.

Ya Allah kurniakanlah kami,
Taufiq dan istiqomah,
Menyandang rida' di jasad kami,
Sebagai ittiba'is sunnah ya Allah.

Jadikan rida' yang menutup kami,
Sebagai penutup keaiban kami,
Dari pandangan manusia dan makhluq,
Tutupilah rahsia kami ya Allah.

Rida' tanda cintaku,
Kerna ia pakaian kegemaranmu,
Wahai cahaya jalanku,
Wahai Rasulullah kecintaanku.





Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 15 Muharram 1434 H = 29 November 2012 M,
Jam 8.03 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang.
 

Tuesday 27 November 2012

BERSATULAH WAHAI UMMAH


Wahai Muslimin,
Buanglah segala sengketamu,
Kuburkanlah pegangan bathil kalian,
Dan hati yang membara,
Atas musuh politik kalian,
Mereka sama Syahadah denganmu,
Lalu,
Bertaubatlah dan buanglah,
Sengketa dan bersatulah.

Penyatuan atas dasar Islam itulah senjata,
Dan kekuatan ummah ini,
Ibarat ikatan yang amat kukuh,
Lalu kita teguh membina kebangkitan,
Sungguh musuh itu,
Amat takut dan gerun dengan penyatuan Islam,
Itulah kekuatan sebenar kita,
Mereka tiada takut bokikot kau lakukan,
Mereka tiada takut demonstrasi kau lakukan,
Tapi mereka amat gentar bila Muslimin bersatu,
Bukankah kau sudah diingatkan wahai Muslimin,
Bersatulah atas tali ad-Din Allah,
Dan janganlah kalian berpecah belah.

Inilah zamannya,
Sudah Rasul kalian bersabda ribua tahun dulu,
Umat Islam ramai,
Namun ibarat buih di lautan,
Hebat jumlahnya lemah jiwanya,
Lemah kekuatan penyatuannya,
Buanglah demokrasi itu,
Sungguh ia memecahkan kalian menjadi puak,
Puak yang memusuhi sesama kalian,
Apa salahnya bersatu dan saling,
Memperbetulkan sesama kalian,
Kepartian itu suatu kebathilan,
Dan pembohongan zaman semata.

Jadilah ibarat rantai-rantai besi yang kuat,
Wahai saudaraku,
Kalian terguris dengan perbuatan celaka,
Musuh kita Yahudi la'natullah,
Lalu kempen boikot kau jalankan,
Berkesankah hal itu?,
Percayalah ia tidak memberi kesan pada mereka,
Bahkan hanya kecil saja,
Tapi jika kalian bersatu sebenar-benar keteguhan pasukan,
Dan ummah yang memahami,
Nescaya kalian akan kuat,
Wa'tashimu bihablillahi jami'an,
Wala tafarroqu,
Ingatlah itu duhai saudaraku,
Ingatlah juga,
Kafir itu takkan sesekali meredhai,
Islam dan Muslimin,
Tidak sampai qiamat,
Tidak,
Sedarlah itu saudaraku,
Sistem rekaan mereka bagi menghancurkan kita,
Bukan kebaikan buat kita,
Allahu Robbi,
Hanya hidayah Allah pada kalian,
Dan taufiq yang bertindak pada kalian,
Sedarlah wahai kalian,
Saudaraku Muslimin,
Bersatulah membina ummah yang teguh,
Bangunlah.





Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Rabu, 14 Muharram 1434 H = 28 November 2012 M,
Jam 7.55 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang.
 

Sunday 25 November 2012

Qasidah A'UZUBILLAH

Ketahuilah ya saudaraku,
Iblis itu penghulu kejahatan,
Syayathin itu tenteranya,
Mohonlah berlindung akannya.

A'uzubillahiminasy syaithonirrojim,
Kami mohon berlindung daripada,
Kejahatan syaitan la'natullah,

Amin ya Allah.

Selamatkanlah kami daripada fitnah,
Haripada hanyut dalam bisikan,
Makhluk yang dikutuk Allah,
Amin ya Allah.

Peliharalah kami dari tipuan,
Pagarilah kami dengan kalimah-Mu,
Benteng yang ampuh dengan asma'-Mu,
Amin ya Allah.

Tetapkanlah kami atas jalan-Mu,
Kukuhkanlah 'aqidah kami pada-Mu,
Lindungilah dari syirik padamu,
Amin ya Allah.

Terimalah ya Allah amalan kami,
Agar kukuh diri kami ini,
Dan kasih-Mu membentengi kami,
Amin ya Allah.

Jauhkanlah kami sifat Azazil,
Dan sifat syayathin pula,
Agar selamatlah kami ini,
Amin ya Allah.

Segala yang zahir dan batin,
Kami memohon ampunan-Mu jua,
Dari dunia hingga hitungan,
Amin ya Allah.

Kumpulkan kami bersama nabi-Mu,
Dan para auliya' ulama' syuhada',
Dan syafa'atul uzhma,
Amin ya Allah.



Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 11 Muharram 1434 H = 25 November 2012 M,
Jam 10.30 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang.

TUHANKU

Tuhanku,
Aku telah berdosa padamu,
Lalu bagaimana nak ku mengadu,
Akan nasibku.

Tuhanku,
Zahir batinku,
Telah terpalit,

Selut-dosa dosa.

Amaran azabmu,
Mencengkam jiwaku,
Menggentarkan daku,
Membakar jasadku.

Tuhanku,
Neraka-Mu itu,
Teramatlah azab,
Ku takut ya Allah.

Dosaku-dosaku,
Kian bertambah,
Sedang keta'atanku,
Tiada istiqomah.

Neraka-Mu menyambar wajahku,
Membakar jasadku,
Lantaran dosa-dosaku,
Ampunkanlah ya Allah.

Tuhanku,
Amal-amalku,
Mengharap redha-Mu semata,
Bukan Syurga-Mu.

Tiadalah diharapkan hamba,
Selain ampunan-Mu dan redha,
Kembali pada-Mu dalam suci,
Yang terampunkan dosa-dosanya....Amin.



Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 11 Muharram 1434 H = 25 November 2012 M,
Jam 9.38 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang.

Qasidah YA SANADI

Engkaulah maksud hidupku,
Sandaran dalam kehidupanku,
Menjadi tujuan jalanku,
Wahai Thohaa ya sanadi.

Kernamu maka diciptakan 'alam,
Dengan nurmu terhasil jagat raya,
Engkaulah cahaya segala sesuatu,

Sandaranku dunia ilal akhirah.

Ku datang dalam keadaan berdosa,
Takut dan gementar depan Robbi,
Lalu padamu ya Rasulullah ku bersandar,
Berharap kasihmu menyelamatkanku.

Ya sanadi ya Rasulullah,
Dengan keimanan padamu,
Dan cinta yang hakiki,
Padamu ku berpaut segalanya.

Dengan itu ya sanadi,
Syafa'atkanlah kami,
Lindungilah kami dengan kasih,
Pada kami umatmu ini.

Engkaulah tiang yang kukuh,
Dan cahaya lampu yang bersinar,
Engkaulah sandaran umat,
Setiap detik kehidupan.



Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 11 Muharram 1434 H = 25 November 2012 M,
Jam 9.23 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang.

Syair AYYUHAL MUDZAKKIRUN

Ainal mudzakkirun,
Ainal muhibbin,
Aina 'abdun,
Ya Muslimun.

Wahai penzikir,
Di mana tuju hatimu,
Perhatikan bagaimana hatimu,

Saat zikirmu menuju Ilahi.

Lidahmu berzikir ya mudzakkirun,
Tapi kemana hatimu,
Ya mudzakkirun,
Perhatikan hal itu.

Tanamkan zikir di maqam-maqamnya,
Hunjamkan mazmumah dengannya,
Menjadikanmu penzikir haqqi,
Menjadi hamba Robbi.

Ayyuhal mudzakkirun,
Ayyuhal mudzakkirun,
Allahummah fazhna ya mudzakkirun,
Allahumma amin.



Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 11 Muharram 1434 H = 25 November 2012 M,
Jam 6.43 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.

Syair WAHAI HAMBA



Wahai si hamba yang berdosa,
Usahlah gusar dengan nasibmu,
Kerna Allah itu Maha Pengampun,
Bertaubatlah pada Allah akan dosamu.

Bukankah nama Allah Al-Ghoffar,
Pabila pendosa kembali pada-Nya,
Merintihlah di hadapan-Nya,

Dengan penyesalan yang sebenar.

Wahai hamba-Ku yang melampaui,
Batas atas dirinya sendiri,
Janganlah kau gusar,
Bukankah Allah mengampunkan dosa-dosa.

Bertaubatlah dan berdo'alah,
Nescaya engkau dikasihi Allah,
Janganlah takbur dalam hidupmu,
Kerna yang enggan itu takbur.

Bangkitlah dirimu di malam,
Yang sunyi menghadap Pencipta,
Luahkanlah rintihanmu duhai hamba,
Yaqinlah akan taubatmu hamba.

Astaghfirullahal 'azhim...astaghfirullahal 'azhim.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 11 Muharram 1434 H = 25 November 2012 M,
Jam 6.23 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.

Syair LIMPAHAN SELAWAT ATASMU



Ya Robbi sholli 'alan Nabiyyal Mukhtar,
Sampaikanlah selawat salam kami atasnya,
Curahan atas pencinta Haramain,
Itulah ayahnya Fathimah Az-Zahra'.

Tiap masa salam bergema atasmu,
Tiada putus di mana jua ya Abaz Zahra',
Wasilah kasih kami padamu,

Dalam do'a disertakan namamu.

Ya Robbi sholli 'alan Nabi,
Al-Habibul Musthofa,
Ash-sholawatan da'iman,
Minal Fajr ilal Maghrib.

Bila disebut namamu,
Hati itu bercahaya,
Barangsiapa malas selawat,
Dialah sombong pada Tuhan-Nya.

Inilah wasilah bukti cinta,
Mencapai cinta yang hakiki,
Pada junjungan termulia,
Agar dirahmati Ilahi.

Ya Allah Ya Robbana,
Sedarkan kami dari lupa,
Dari selawat ke atas Rasul-Mu,
Dalam jaga dan kembara.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 11 Muharram 1434 H = 25 November 2012 M,
Jam 5.54 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.

DARAH RASULULLAH DI THOIF

Ingatkah kau bilamana Rasulullah berdukacita,
Lalu membawa diri baginda ke Thoif,
Menempuhi jalanan pasir dan batuan yang sukar,
Sungguh dukacitalah Baginda Rasulullah.

Kalam mulia Rasul menyeru hikmah itu,
Akan penduduk Thoif yang tiada beriman,
Diejek akan Baginda Rasul tiada mengira,

Dan kanak-kanak yang menghinakan.

Kata nista berhambur atas Rasul junjungan,
Kanak-kanak melempar batu yang tajam,
Melukai akan jasad Rasul yang mulia,
Menitiskan darah mulia itu di bumi Thoif.

Wahai Muslimin,
Tidakkah mengalir air matamu mengenangkan itu,
Tidak menggelegak kolam hatimu mengingatkan itu,
Saat darah mulia yang tercinta menitis di tanah tiada bertauhid.

Tidakkah kau menangis bila kau kenangkan,
Seorang Rasul cahaya 'alam,
Diperlakukan begitu oleh tiada tahunya,
Maka atas apa sandaran cintamu wahai Muslimin.

Rasulullah menahan kesakitan di atas luka yang berdarah,
Tidakkah kita merasakan akan rasa sakit itu,
Lalu dengan apakah sandaran cintamu insan,
Jika tiada terkesan oleh perasaan Nabimu.

Tatkala tumpah darah mulia sang Rasul,
Hadirlah Sayyidina Jibril 'alaihissalam ke hadhrat Baginda,
Memohonkan keizinan Baginda membalas perbuatan mereka,
Namun Rasulullah yang amat penyabar melarangnya.

Mereka itu tiada mengetahui,
Kerna mungkin generasi slepasnya akan beriman,
Lihatlah bagaimana Rasulullah cahaya 'alam,
Utusan untuk mentauhidkan agama Allah.

Wahai insan yang ramai,
Rasailah bagaimana Rasul menahan kesakitan,
Di tanah Thoif itu,
Masukkanlah ia ke dalam hatimu rasa itu.

Pasti bergenang air matamu mengenangkan,
Apa yang menimpa Rasulullah yang tercinta,
Terluka tubuh makhluk termulia,
Di tanah tandus yang kering jua.

Wahai para pencinta sekalian,
Pastilah pencinta yang benar itu pantang bila kekasih hatinya dilukai,
Lalu bagaimana agaknya kita semua wahai Muslimin,
Moga Rasulullah sentiasa di dalam hati Muslimin dengan ikhlas dan tulusnya.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 11 Muharram 1434 H = 25 November 2012 M,
Jam 5.30 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.

MENADAH MADU CINTA WALI

Insan yang mulia di sisi Allah itu,
Berdiam tiada membangga,
Ilmunya bercahaya di hati,
Wajahnya bersinar indah dengan nur,
Senyumannya penyejuk penawar hati,
Pandangannya menitiskan kasih Ilahi,
Sentuhannya mengalirkan ubat jiwa,
Lidahnya diam hatinya hidup,

Dengan nama Allah yang selalu berdegup,
Malamnya terang dengan qiyam,
Bercahaya waktunya dengan zikrullah,
Yang tiada putus walau sedetik,
Sentiasa rukuk dan sujud,
Itulah kekasih Allah yang mulia,
Dialah Waliyullah yang tercinta.

Inginku bersimpuh di kakimu,
Mengucup tabarruk akan jasadmu,
Wahai Waliyullah,
Ku ingin menadah titisan-titisan madu cintamu,
Meneguk dan menelan kalam bicaramu,
Agar terubat hatiku dengan barokahmu ya Waliyullah,
Menatap wajahmu sahaja,
Cukup buat membangunkan hati yang lalai ini,
Kerna orang yang soleh itu,
Pabila dipandang wajahnya itu,
Kan mengingatkanmu pada Allah Azzawajalla.

Izinkan ku duduk di kakimu,
Mohonku usapilah wajah dan rambutku,
Agar denganmu ku jadikan saksi,
Di hari kebangkitan yang pasti,
Titisan madu dari kalammu ku dambakan,
Ya Waliyullah,
Pimpinlah tanganku ini,
Menuju jalan Tuhan,
Tatkala aku berjalan dalam kegelapan,
Dan suram cahaya jalanan,
Sambarlah tanganku,
Lalu bawalah aku berjalan di sisimu,
Menabur khidmat buatmu duhai Waliyullah,
Cucilah tanganmu di dalam gelas,
Untuk ku minum air itu,
Wahai Waliyullah.

Tuangkanlah ke dalam hatiku yang kotor ini,
Akan air dan syifa' darimu kemuliaanmu,
Agar terubat hatiku dari zhulmah,
Dan lurus perjalananku mengenal Tuhanku,
Istiqomah akan diriku atas jalan itu,
Duhai Waliyullah,
Bawalah aku kepada cahaya,
Makrifatkanlah aku pada Nur 'alan Nur,
Ku tahu tiada layak diriku ini,
Berdamping di sisimu ya Waliyullah,
Barokah darimu ku tawassul,
Agar dengan kasih cintamu,
Semoga diriku mendapat kasih cinta,
Allah dan Rasul-Nya yang tercinta.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 11 Muharram 1434 H = 25 November 2012 M,
Jam 4.30 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.

Saturday 24 November 2012

Syair YA YA QUTHUBUZZAMAN AL-IDRUS

Assalamu'alaika ya Waliyullah,
Salamun salamun ya Quthubuz Zaman,
Salamun salamun ya Habibullah,
Ya jabal fi wilayati Taranjanu.

Ya ya Quthubuz Zaman,
Ya Sayyidi ya Waliyullah,
Uhibbuka ya Waliyullah,

Ya Sayyid 'Abdul Rahman Al-Idrus.

Rahmat Allah atasmu,
Ya Waliyullah Quthubuz Zaman,
Kasih cintaku ya Waliyullah,
Ya ya Quthubuz Zaman.

Ya Sayyidi Al-Habib Al-Idrus,
Ya Ahlul Baitil Musthofa Ath-Thuhuri,
Ya nur fil Masyrik,
Tawassalna bijahil Waliyullah.

Ya ya Quthubuz Zaman,
Izinkan ku menyintaimu ya Waliyullah,
Agar bersambung kasih pada moyangmu Rasulullah,
Bermohon syafa'at pada Rasulullah.

Tawassalna ya Allah,
Bijahi Sayyidi 'Abdul Rahman Al-Idrus,
Amin Amin Amin ya Allah,
Taqobbal minna du'a ana ya Allah.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 11 Muharram 1434 H = 25 November 2012 M,
Jam 2.00 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.

SEPUTIH KAFAN SALJU

Diri ini terpalit dosa-dosa semalam,
Hari dilalui terus berselaput dosa,
Walau sebesar debu jalanan,
Tiada terelak jua di sini.

Berbekaslah hatiku dengan selut najis,
Terkapai di lopak ragu,
Terbuai dengan indahnya maksiat,

Membekulah hati daripada hidayah.

Kotoran hati terus membesar,
Jasad jua terbias kotoran,
Disumbat syubhat yang haram,
Lalu bagaimanakah ku di sisi-Mu Tuhan.

Apakah lahad tiada meggentarkanku,
Apakah azab tiada mengajariku,
Oh Tuhan,
Bagaimanakah aku.

Namun Engkau Maha Pengampun,
Jasad hitam pendosa ini,
Hati beracun yang membusuk ini,
Lautan taubat itu menghakis kotoran.

Tiada dipohonkan,
Melainkan pada-Mu ya Ghoffar,
Agar hati hitam ini bersih,
Dan jasad hina ini disucikan.

Agar suci seperti azali,
Ku yakin dengan sifat pengampunan-Mu Tuhan,
Jadikan aku seputih kafan membaluti,
Dan salju yang membasahi.

Tiada selamat kembali pada-Mu,
Jika kafanku hitam berdosa,
Azab jualah bayaran perbuatan,
Ekoran jalanan hidup di dunia.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 11 Muharram 1434 H = 25 November 2012 M,
Jam 11.11 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang.

SUBHANALLAH

Di mana-mana ada tanda ciptaan,
Bukti maujud Allah Ta'ala,
Perhatikanlah semua itu wahai insan,
Ucapkanlah Subhanallah.

Bertasbihlah saat ditatapi,
Setiap keindahan ciptaan-Nya,
Berfikirlah tentang kejadian 'alam,

Jangan difikirkan akan Zat-Nya.

Memujilah wahai hamba,
Memerhatilah kelilingmu,
Setiap tanda yang ada,
Ucapkanlah Subhanallah.

Tanda keagungan Robbmu di mana-mana,
Terbentang 'alam seluas buana,
Dalil kewujudan wahai manusia,
Mengertilah akan hal itu.

Kalimah tasbih yang memenuhi,
Seluas langit dan bumi,
Bertasbihlah pada Tuhanmu ya hamba,
Ucapkanlah Subhanallah.

Di mana saja beradamu,
Letakkan di hatimu,
Akan Dia Maha Agung,
Subhanallah.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 11 Muharram 1434 H = 25 November 2012 M,
Jam 10.29 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang.

DO'AKAN LANGKAH PEJUANG

Andai seruan itu bergema,
Bersahutlah semua,
Bersiap jua ke sana,
Bersama Muslimin bersama.

Andai ku melangkah,
Do'akan duhai temanku,
Kejap langkahku,

Cekal hatiku.

Andai gugurku di sana,
Tatkala darahku bersimbah,
Medan yang berdarah,
Redhalah duhai temanku.

Qadha' dan Qadar,
Dialah Maha penentu segala,
Syahid impianku,
Do'a dan redhailah jalanku duhai teman.

Usah kau ratapi pemergianku,
Yang takkan kembali bernyawa,
Usah kau lakukan hal itu,
Dilang dalam agama.

Do'akanlah duhai temanku,
Buat semua pejuang jihad,
Agar suci nuraninya menghadap,
Tertuntun dengan taubat.

Andai gugur jua di sana,
Jasad itu digadaikan,
Demi sebuah perjuangan,
Menegakkan dan membela yang haq.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 11 Muharram 1434 H = 25 November 2012 M,
Jam 10.20 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang.

PENYAMAR YANG BERJUBAH

Aduhai manusia Muslim,
Kita semakin meghampiri janji-Nya,
Kan tiba suatu saat fitnah yang hebat,

Dan ujian teruk zaman,
Telah berpesanlah para Anbiya' dulu,
Akan fitnah ketakutan ummat ini,
Akan makhluk durjana,
Yang licik menyamar.

Si musuh berselindung sebalik jubah,
Dan pakaian ulama',
Memerintah Al-Haramain,
Dengan cengkaman Sa'ud,
Di sebalik diam yang bisu,
Dan senyuman yang beracun,
Di sebalik jubah-jubah itu,
Tersimpan rahsia mereka,
Wajah sebenar pengkhianat,
Berupa Muslim berhati Yahudi,
Itulah hakikatmu duhai celaka,
Namun tersingkap di setengah mata,
Mereka bersama si musuh durjana,
Makhluk cubaan akhir zaman itu.

Tertipu Muslim dengan lakonan,
Dan kalam yang berkonon,
Sebagai pembela di landasan,
Usahlah lagi menutupi dirimu sebenar,
Duhai pengkhianat,
Kalianlah musuh dalam diam,
Yang mengaburi mata Muslimin,
Altar takhta telah kau sediakan,
Laluan telah kau hamparkan,
Hinggakan rumah Al-Musthofa kau robohkan,
Maqam Al-Mujtaba ingin kau hancurkan,
Kerna kau memang memusuhinya,
Takhta kau sediakan,
Buat si durjana Al-Masih si syaitan itu,
Kerna dalam dirimu ada keYahudian,
Hakikat sebenar yang terlindungi.

Terungkap rahsiamu di mata,
Mereka yang celik pedoman,
Apakah kau perbuat?,
Di tanah haram itu,
Menghilangkan jejak Nabiku Rasulullah?,
Untuk hilangkan Rasulullah dari hati Muslimin?,
Tanah haram kau ratakan,
Segala warisan rasul kau hancurkan,
Masjidil Haram kau tutupi walau sebiji pasir,
Tiada dapat dipijak dengan kaki tiada beralas lagi,
Masjidil Haram kau kaburkan,
Membina takhta si durjana pula,
Dajjal memujimu anak buah kesayangannya,
Sungguh celakalah bagi mereka yang tiada mengerti,
Akan hakikat yang berjalan ini,
Duhai musuh yang dilaknat,
Kau hanya bermimpi,
Kau membina laluan ketuamu si laknat itu,
Bersedialah engkau,
Disembelih oleh Muslimin,
Kebangkitan ini pasti,
Pasukan panji itu pasti,
Kan dijulang kalimah Thoyyibah,
Kan bergema Takbir Tahmid.

Kehancuran Islam di zaman ini,
Zaman fitnah yang akhir,
Di tangan 'Islam' jua,
Kalam pembohonganmu di medan kalam,
Konon pembela yang menjadi hero,
Di sebalik jubahmu tersemat rupa sebenarmu,
Duhai Muslimin,
Usahlah terus bermimpi,
Dan ditambat dengan tali penyamaran lagi,
Bukalah matamu,
Kenalilah siapa musuh sebenarmu,
'Kafirin' yang bersembunyi,
Anak didik bermata satu yang nyata,
Bersembunyi di sebalik rupa dan harta,
Apakah tanah haram tiada kan dijejaki?,
Atau hanyakah kaburan yang tiada dimengerti?,
Mereka menyediakan tempat dan masa,
Ketua durjana bakal tiba,
Ketua mereka yang menyamar semata,
Pasti,
Pedang-pedang tajam,
Memenggal lehermu wahai celaka,
Janji itu pasti,
Derapan berapi itu pasti,
Kan berterbangan debu di tanah ini,
Pasukan pembela yang sekian dinanti.






Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 11 Muharram 1434 H = 25 November 2012 M,
Jam 9.56 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang.

YA HUSSAIN


Ya Hussain Ya Hussain,
Ya syahid fil Karbala',
Ya syababal Jannah,
Wahai permata hati Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam,
Engkau sangat dicintai Datukmu,
Bersama saudaramu Hassan,
Penghulu pemuda-pemuda di Syurga,
Ya Hussain,
Kasihku padamu duhai kecintaan Nabiku,
Kentalmu meneruskan perjuanganmu,
Membela Muslimin,
Membela Ahlul Bait saudara-saudaramu,
Merekalah permata hati kami Ya Hussain.

Jalur khilafah itu kau lalui,

Musuh durjana tiada kau geruni,
Ya Hussain ya qurrotul 'aini,
Medan Karbala' itu,
Saksi haq dan bathil,
Si munafiq dan Yahudi,
Membantai para Ahlul Baitin Nabi,
Juangnya para Ahlul Bait tercinta di sisimu,
Amat sengit kau hadapi musuh-musuhmu Ya Hussain,
Mereka pengkhianat yang durjana,
Ingin menghilangkan jejak Ahlul Bait di bumi ini,
Ya Hussain,
Ketentuan Allah tiada siapa memintasnya.

Gerincing besi pedang dan tombak,

Medan Karbala' yang bersaksi,
Panah menembusi jasadmu yang mulia,
Lalu,
Engkau rebah di medan Karbala',
Darah muliamu bersimbah ke bumi Karbala',
Di sisi-Nya engkau kembali pada-Nya,
Sebagai syahid ilallah,
Ya Hussain.

Si durjana memancung kepalamu yang mulia,

Oleh 'Abdullah bin Saba' yang celaka,
Tiada sanggup kami ingatinya,
Gelodak jiwa kami menangis kenangkannya,
Ya Hussain,
Pedang Dzulfaqar di genggamanmu yang mulia,
Si durjana memisahkan kepalamu dengan jasadmu,
Lalu menjulang kepalamu di hujung tombak,
Kudamu bersedih melihat keadaannmu,
Tiada keruan menghadap Ahlul Baitmu ya Hussain,
Tangisan Ruqayya, Sukaina dan sekalian Ahlul Bait,
Yang selamat di dalam khemah,
Dan air mata kesedihan dalam redha anakandamu,
'Ali Zainal 'Abidin yang kegeringan,
Ya Hussain.

Semakin berlalu masa itu,

Dirimu semakin dilupakan zaman,
Ahlul Bait semakin dihilangkan dari ramai,
Ya Hussain,
Kami mencintaimu dan Ahlul Bait yang suci,
Dan,
Perjuanganmu menegakkan haq meruntuhkan bathil,
Darahmu tumpah jua di Karbala',
Darah cucu kecintaan Baginda Rasul,
Ya Hussain,
Kami bangkit,
Kami akan bangkit membelamu duhai kecintaanku,
Kan kami gempur keturunan pembunuhmu,
Ya Hussain,
Dalam pasukan berkuda kan kami gempur,
Musuh-musuhmu ya Hussain,
Biarlah darah kami bersimbah membelamu,
Biarlah tubuh kami dicincang demi membelamu,
Kepala musuh kan kami julang di tombak,
Kan kami pisahkan dari jasad-jasad mereka ya Hussain,
Diperlakukan sedemikian padamu,
Sedemikian pada Ahlul Baitil Musthofa,
Biarlah darah dan daging kami,
Hancur di medan membela keturunanmu ya Hussain,
Medan jihad yang dirindui iu,
Sehebat Karbala',
Bahkan lebih teruk,
Kan kami membela ya Ahlul Bait.

Kami serahkan jasad kami ditusuk,

Dipanah musuh-musuhmua ya Hussain,
Mereka yang berthoyalisah kan kami penggalkan,
Saksikanlah ya Rasulullah,
Saksikanlah,
Dengan kemuliaanmu kami bertawassul,
Saksikanlah,
Kami akan bangkit membela Ithrahmu ya Rasulku,
Berkatilah kami dengan barokahmu ya Rasul,
Biar tegak bumi ini dengan kalimah-Mu,
Dengan nama junjungan-Mu yang termulia ya Allah,
Dengan kemuliaan Ahlul Bait.

Ya Hussain,

Saksikanlah kami bangkit di zaman ini,
Berkatilah kami ya Hussain,
Semangatmu kami bekali,
Ke medan pembelaanmu duhai kecintaan Rasul,
Demi Allah,
Barisan tentera kami menggempur musuh,
Dengan kekuatan dan kecintaan ya Ahlul Bait,
Allahuakbar....Allahuakbar,
Allahuakbar...Allahuakbar.




Karangan oleh:

PEDANG TIMUR BERKELANA,
Sabtu, 10 Muharram 1434 H = 24 November 2012 M,
Jam 7.10 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang.
 

Friday 23 November 2012

TANAH KESUNYIAN

Ku jejaki tanah kesunyian,
Yang sunyi dari kehidupan dunia,
Yang kacau dan pesona,
Di sini insan-insan bersemadi,
Dalam diam tanah yang kering,
Bertemankan binatang dan ulat,
Sepi,
Sendirian jua sendiri,

Bahagiakah atau celakakah,
Tiada yang ketahui.

Tanah kesunyian ini,
Bersemadi pelbagai darjat,
Mulia nan tiada,
Yang menjejaki tanah itu,
Moga insaf jua kedapatan,
Di atas tandus pasiran,
Dan nesan memacak kuburan,
Tanda si semadi.

Ku ziarahi tanah itu,
Agar hatiku tiada lena dalam layu,
Agar ia ingat,
Ke sinilah tempatku wahai diri,
Ku ziarahi maqam auliya',
Kerna bersemadi kekasih cinta Allah,
Yang bercahaya di dalam bahagia,
Di kuburnya yang mewangi,
Yang diziarahi itu 'hidup',
Yang menziarahi ini pula 'mati'.

Tanah kesunyian ini,
Semadi sekalian manusia,
Hanya sendiri tanpa harta,
Dan penghibur hati yang suka,
Sesunyi kuburan,
Itulah sesunyi tanah ini,
Kan kembali sekelian kita,
Ke tanah ini,
Tika hidup berziarah,
Kan tiba kita pula diziarah.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Sabtu, 10 Muharram 1434 H = 24 November 2012 M,
Jam 3.40 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.