Friday 8 June 2012

PURNAMA GEMILANG

Purnama bercahaya menerangi alam,
Cahayanya punca segala cahaya,
Asbab dirinya turunlah rahmat,
Duhai purnama yang indah.

Wajahmu ibarat purnama kemilau,
Bercahaya indah menerangi,
Walau sebatang jarum kelihatan,
Dengan pancaran cahaya wajahmu.

Setiap yang memandangmu,
Pasti terpukau jatuh cinta,
Terhias dirimu akhlaqul Quran,
Panutan ummat sampai akhir zaman.

-Chorus-

Cahayamu menerangi segenap alam,
Pancaran kasih dan rahmat,
Engkaulah cahaya engkaulah penyelamat,
Setiap diri mengharap syafaat.

Duhai cahaya penuntun rahmat,
Izinkan kami memandang cahayamu,
Agar rindu hendaklah terubat,
Lewat selawat ke atasmu.

Oleh:

ABDUL LATIFF MOHAMAD ASY-SYALUKI,
8 Jun 2012 Masihi bersamaan 18 Rajab 14333 Hijrah,
Jumaat, jam 8.20 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang.

PERINDU SEPI

Hati ini terasa sungguh sayu,
Kosong terasa tanpa cinta,
Dan rindu dari yang dirindu,
Rasa terkapai-kapai di pesisir,
Pantai rindu yang berbuih kecil.

Aku seorang perindu sepi,
Termenung di pesisir pantai,
Mengenang ratu hati yang jauh,
Permaisuri kesayangan hati ini.

Datanglah duhai permaisuriku,
Agar hilang dan terubat rinduku,
Padamu yang jauh di mataku,
Kita bersama memandang.

Rindu ini bertandang jua,
Saat dirimu jauh di sana,
Datanglah dirimu dengan pakaian indah,
Kita terbang ke istana kayangan.

Cinta kita berpadu jua,
Atas kasih yang tak terjangka,
Hadirnya dipancarkan ke hati,
Siapa menduga kita begini.

Biar kita terikat pada selendang indah,
Melambai-lambai terbuai angin,
Terbang bersama ke langit indah,
Pulang ke sana hidup berimpian.

Oleh:
ABDUL LATIFF MOHAMAD ASY-SYALUKI,
8 Jun 2012 bersamaan 18 Rajab 1433 Hijrah,
Jumaat, jam 7.30 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang.