Tuesday 29 January 2013

TANAH MELAYU - PANJI YANG BANGKIT

Inilah,
Di sinilah,
Tanah keramat berdaulat,
Tanah yang dijanjikan Tuhan,
Berpasak jabal bertulangkan wangsa,
Berpayungkan Sultan,
Zilullah Fil 'A'lam,
Dari zuriyyat Rasul pilihan,
Tanah Ahlul Bait yang suci,
Inilah,
Tanah Melayu,
Yang dijanjikan Tuhan.

Dipahat tamra di batu perkasa,
Qanun Allah tertulis bicara,
Di tanah hitam penegak segala,
Diam tenggelam dalam rahsia,
Di bumi Terang Anu bangkitan jiwa,
Auliya' Allah memenuhi ruang,
Ahlul Bait sebenar-benar tuan,
Merekalah para Sayyid yang haq,
Pemegang amanah tanah berdaulat,
Di akhir zaman yang bahari.

Ayuh bangsaku Melayu,
Berpacak keris berhunus pedang,
Biar darah mengalir laju,
Biar peluh membasahi baju,
Terhunjam kakiku di tanah berdaulat,
Terpacak kerismu tiada pelat,
Usah kau berundur,
Usah kau takuti wajah-wajah musuhmu,
Cis,
Panas darah ini,
Sepanas tempaan besi-besi,
Berlok keris pertempa,
Kan ku julang keramat,
Kan ku junjung Sayyid Syarif,
Pemuka Rasulullah di zaman ini,
Demi Islam yang bangkit,
Usahlah lagi kau berperi,
Dengan musuh durjana yang celaka.

Kembang sayap si Jentayu,
Angkasa raya bersaksi ia,
Waris berdaulat sudah sedia,
Takhta kan jua tempatnya,
Kan tempur kafir melela,
Celakalah si harbi penentang Allah,
Darah kalian kan disiram di tanah ini,
Diinjak kalian di telapak ini,
Kan dijulang agama Allah,
Dalam jihad yang berterbangan,
Zikir dan takbir,
Demi Allah,
Demi Allah,
Islam kan bangkit.

Panji-panji perjuangan,
Panji juang Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam,
Kan datang wahai dirindui zaman,
Singa-singa yang tak mengenal belas,
Hati-hati yang keras kepingan besi,
Yang tiada belas berperang,
Nah,
Inilah hari yang dijanjikan,
Yang dijanjikan Nabi kami wahai kuffar,
Demi kebangkitan ini,
Bertempur biar berhancur jasad,
Beralir biar bersimbah darah,
Tak kami berundur lagi,
Panji ini bersaksikan Allah,
Di atas kuda yang bengis berlari,
Demi,
Kembalikan maruah dan daulah agamaku,
Demi tegakkan qanun Allah di bumi bertuah,
Demi tegakkan Rasulullah,
Cincanglah kami jika mampumu,
Cis,
Musuh durjana,
Kami telah hadir,
Kami hadir,
Bangkitan ini tiada lagi,
Tiada lagi rahsia,
Tanah tumpah darah ini,
Tanah warisan Sulaiman,
Tanah emas ini,
Ufuk Timur yang digeruni.

Tanah Melayu,
Tanah panji yang ditunggu-tunggu,
Tanah para Ikhwan yang dirindui Nabi,
Terbitlah cahaya perjuangan,
Kan kembali ke persada,
Tegaklah Islam dengan 'adilnya,
Tegaklah,
Demi Allah,
Lehermu kan ku cincang,
Kan bertebas betis wahai celaka,
Ini bumi kami,
Tanah kami,
Tiada lagi Ferringghi,
Tiada lagi durjana apa jua,
Dada kami menghadang,
Dengan takbir bergema,
Panji-panji telah bangkit,
Inilah tempatnya.

Tanah Ahlul Bait tercinta,
Tanah waris Hasan Husin yang kau khianati,
Yang kau cari sekian lamanya,
Duhai musuh durjana,
Allahuakbar...Allahuakbar,
Ainal Mujahid fi sabilillah,
Ainal Mujahid,
Bangunlah dari lena kalian,
Capailah pedang-pedang kalian,
Bangunlah,
Wahai pembawa panji juang,
Wahai Raja yang 'adil,
Yang semarak bumi dengan 'adilan,
Hari ini penentu tanah bertuah,
Ku pacakkan panji kibaran marah,
Demi jihad ini,
Demi jihad ini,
Kembalilah bertakhta Sultan zilullah fil 'alam yang sebenar,
Bertakhtalah Raja Al-masih yang dinantikan,
Wallahi,
Pasukan berpanji telah datang,
Telah datang.








Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Rabu, 18 Rabiulawwal 1434 Hijrah bersamaan 30 januari 2013 Masihi,
Jam 9.40 pagi,
Pulau Pinang.
 

Sunday 27 January 2013

SENYUMAN RASULULLAH

Bismillahirrahmanirrahim,
Innallahawamalaaikatahu yushollu na 'alan Nabi ya ayyuhalladzi na amanu shollu 'alaihi wasallimu taslima.


Wajah yang amat sempurna lagi indah terang bercahaya,
Bulan purnama yang amat indah dan tidak jemu dipandang walau bertahun lamanya,
Pandangan matanya yang amat mulia itu memandang dengan penuh kasih dan rahmat akan para sahabatnya dan ummatnya,
Wajah inilah yang sentiasa teersenyum manis ibarat cairan madu yang mengubati keresahan hati,
Yang terhias pada sifat diri dan peribadinya akan segala akhlaq yang terbaik lagi terpuji,
Bagindalah (saw) yang terpuji itu, yang bernama Ahmad (saw),
Yang amat lembut dalam kehidupan Baginda (saw) dan memikat hati insan-insan yang melihatnya mahupun tidak.

Sungguh indah senyumanmu wahai bulan purnama yang amat terang,
Dalam senang dan sukacita engkau menguntumkan senyuman wahai buah hati,
Jua dalam keresahanmu dirimu sentiasa senyum wahai Rasulullah (saw) yang dirindui,
Terhiaslah keindahan pada wajahmu yang amat mulia itu dengan cahaya yang terpancar,
Dari barisan gigimu yang bersinar terang dengan cahaya,
Cahaya yang memancar memutih bersama kemuliaan gigimu ya Rasulullah (saw),
Yang membias ke mana sahaja ia menghaladengan penuh tenang dan bahagianya.

Sungguh wahai Rasul (saw) wajahmu amat menenangkan dan membuatkan hati pencintamu merinduimu sentiasa,
Hinggakan titisan air mata jernih mengaliri kelopak mata mengenangkan dan sakit tatkala merinduimu duhai Rasul (saw),
Senyuman adalah penawar dan at-thibb yang menghilangkan keresahan,
Dan menghilangkan kesakitan zahir dan batin yang memandangmu,
Benarlah bahawa segala al-Quran itu adalah akhlaqmu Rasul (saw),
Yang terpuji lagi banyak dipuja puji sepanjang zaman,
Engkau yang sentiasa senyum dan amat mengasihi teman-temannya.

Senyuman indah itu bercahaya lagi dengan wajah yang amat menenangkan,
Kerana dirimulah cahaya segala cahaya,
Nurun 'ala nur yang terzahir ke muka dunia dengan segala kesempurnaannya,
Dirimu (saw) telah bersabda akan hal itu,
Bahawa senyuman itu adalah suatu sedeqah,
Maka kami ummatmu mengikuti jejakmu sedaya dan semampu mungkin wahai Rasul (saw),
Untuk berjalan dalam 'amalan sunnahmu dan sentiasa menguntumkan senyuman pada insan,
Senyuman seorang insan pada insan lainnya mampu mengubati jiwa insan itu.

Sungguh dalam terang sinar wajahmu duhai Ahmad (saw) ada senyuman yang amat menawan hati,
Iaitu cahaya dari mulut dan bibir yang sangat mulia,
Senyuman yang membuatkan para perindu dan pencintamu sentiasa hanyut dalam kerindduan yang amat kerinduan,
Wahai ummat Baginda (saw) untuk hidup sebagaimana Baginda (saw),
Dalam perjalanan hidup yang indah bersulamkan sunnah yang mulia,
Duhai ummat Baginda (saw) senyumlah dan senyumlah.

Allahumma sholli wasallim wabarik 'alaih.






Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 16 Rabiulawwal 1434 Hijriyyah bersamaan 28 Januari 2013 Masihi,
Jam 8.47 pagi,
Pulau Pinang.

Saturday 26 January 2013

MAULIDURRASUL

Bismillahirrahmanirrahim,
Innallahawamalaa ikatahu yushollu na 'alan Nabi, ya ayyuhalladzi na amanu shollu 'alaihi wasallimu taslima.

Gemilang cahaya yang menyelubungi Kota Bakkah (Makkah) dengan kehadiran Cahaya terindah (saw),
Ayahnya, 'Abdullah ibn 'Abdul Mutholib telah melihat isyarat-isyarat kenabian Anakanda tercinta sejak di dalam kandungan lagi,
Dan rahmat Allah Subhanahuwa Ta'ala ke atas Aminah r.a. ketika mana dikandungkan akan ia putera suci lagi terpilih di kalangan sekalian makhluk-Nya,
Ia (saw) yang turun dari sulbi-sulbi yang suci bernasabkan 'Adnan dan sampailah ia kepada Sayyidina Ibrahim a.s melalui jaluran sucinya Sayyidina Ismail a.s.,
Cahaya yang terzahir kekasih Allah Subhanahuwa Ta'ala ke muka dunia,

'Alam yang suram menjadi terang dengan biasan cahaya indah kekasih-Nya,
Cahaya yang zahir ke 'alam dunia dalam keadaan yatim setelah kewafatan ayahnya yang tercinta 'Abdullah,
Lalu dijagalah ia oleh ibunya yang suci Aminah r.a. dengan penuh kasih sayang,
Dan telah datanglah ketentuan Allah Subhanahuwa Ta'ala ke atas hamba-Nya Aminah r.a.,
Maka menjadilah Baginda saw seorang anak yang yatim, yang tiada berbapa dan beribu lagi,
Kemudian Baginda Rasul saw dipelihara pula oleh datuknya yang dikasihi dan amat mengasihinya 'Abdul Mutholib,
Membesarlah kekasih Allah ini dalam kasih sayang dan asuhan yang tidak berbelah bahagi,
Rahmat Allah Subhanahuwa Ta'ala ke atas Baginda saw, wahai keagungan yang digelari Al-Amin.

Kelahiran cahaya suci ini telah dikhabarkan oleh orang sebelumnya,
Bersabda Sayyidina 'Isa a.s. bahawa akan datang seorang Rasul (saw) selepasku ini yang bernama Ahmad (saw),
Yang mana syari'atnya adalah pelengkap dan penutup kepada syari'at para Anbiya' dan Mursalin sebelumnya,
Baginda saw yang telah bertawassullah akan Sayyidina Adam a.s saat mana Adam .as. telah melanggar perintah Tuhan-Nya di Syurga,
Lalu bagaimanakah ummatnya yang tidak bertawassul kepada Baginda (saw) dan kian jauh daripada merindui Baginda (saw),
Wahai ummat kepada Nabi yang tercinta,
Sebutlah dan sentiasalah dalam selawat pada Baginda (saw) yang sangat dicintai itu.

Wahai dirimu (saw) yang suci dan telah menghadap Tuhanmu secara nyata di sana,
Di saat dirimu (saw) diisra'kan ke Masjidil Aqsa menunggangi Buroq dan ditemani Sayyidina Jibril a.s. dengan kelajuan cahaya,
Dan beruntunglah Buroq yang ditunggani oleh cahaya (saw) pula,
Lalu di sana Engkau (saw) mengimami solat sekalian para Nabi dan Rasul 'alaihimussolatuwassalam,
Mereka sekalian hadir dan solat dan berimamkan dirimu (saw) wahai Nabi Muhammad (saw) yang denganmu maka 'alam ini diciptakan,
'Alam ini disediakan hanya semata-mata buatmu wahai Rasulullah (saw),
Bilama saat dirimu (saw) dimi'rajkan ke sama' merentasi pintu-pintu langit,
Menuju kepada Tuhanmu dalam keadaan yang disucikan oleh Malaikat akan dirimu,
Bersama ni'al yang tetap di kakimu yang sangat mulia di saat itu,
Bersama Sayyidina Jibril a.s. yang setia menemanimu duhai Rasul (saw).

Sungguh itu tahun yang amat mendukacitakanmu,
Lalu dirimu (saw) dijemput menghadap Tuhanmu yang tidak pernah diperoleh oleh mana-mana Nabi dan Rasul sebelummu,
Engkau (saw) yang wujud ketika mana Adam a.s masih berbentuk jasad yang kering,
Engkau (saw) yang telah bermula Kenabianmu semenjak Adam a.s. diciptakan lagi,
Pemergianmu ke sama' menemui Allah Ta'ala menerima perintah solah dan syari'at yang besar,
Wahai Allah Ta'ala kasihanilah kami ummat Baginda saw hingga qiamat.....bilqobul.

Bagindalah cahaya yang telah memadamkan api Majusi yang tidak pernah padam lalu meresahkan orang-orang Majusi,
Cahaya Thoha saw ini jugalah yang dinanti-nantikan sekian lamanya oleh Nasrani dan Yahudi,
Lalu mengapakah mereka itu mengingkarinya pula di saat cahaya yang ditunggu sekian lama itu muncul,
Kerana ketaksuban kepada keturunan dan keangkuhan yang telah menutupi pintu-pintu hati mereka,
Lalu mereka itu hanyut dan hilang dalam kebutaan mereka pula,
Dan menjadilah mereka itu golongan yang sesat dan dimurkai Allah.

Sungguh cahaya Islam lalu menyelubungi Kota yang suci, tanah haram yang dirahmati,
Cahaya Baginda saw adalah rahmatan lil 'alamin hingga qiamat mendatang,
Nur Muhammad yang melimpahi setiap jajaran 'alam dan sanubari makhluk Allah,
Yang menyinari setiap hati Muslimin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya (saw),
Maka oleh itu berbahagialah wahai kalian yang menyintainya saw,
Sesungguhnya kalian yang menyintainya saw akan berbahagia selamanya,
Dampingan Sayyidina Jibril a.s. menyampaikan wahyu Ilahi kepada baginda saw setiap masa dan ketikanya,
Dengan cahayamu duhai Rasul (saw) moga kami sentiada dirahmati Allah hingga saat di mana kami kembali pada Allah.

Allahumma sholli wasallim wabarik 'alaih.





Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 15 Rabiulawwal 1434 Hijriyyah bersamaan 27 Januari 2013 Masihi,
Jam 7.44 pagi,
Pulau Pinang.
 

Thursday 17 January 2013

Syair AKHLAQUN NABI

Akhlaqun Nabi,
Akhlaqul Quran,
Akhlaq makhluk agung,
Nabi Muhammad.

Menawan hati,
Menundukkan jiwa,
Hingga kafir pun,
Menggelarnya Al-Amin.

Indah lagi terpuji,
Ahklaq Baginda,
'Alam memuji,
Kesempurnaan Baginda.

Kana khuluquhul Quran,
Dijawab 'Aishah,
Tika ditanya,
Tentang akhlaq Baginda Rasulullah.

Pesona setiap zaman,
Hingga akhirnya,
Akhlaq termulia,
Cerminan al-Quran.

Berakhlaqlah ummat,
Dengan akhlaqnya Baginda,
Dengan sepenuh jiwa,
Mendapat rahmat Allah Ta'ala.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Juma'at, 6 Rabiulawwal 1434 Hijriyyah bersamaan 18 Januari 2013 Masihi,
Jam 3.55 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.

HATI RINDU

Hati,
Yang selalu merindu,
Yang selalu mencinta.
Basah dalam kudus.

Ia selalu berdetik,
Dengan denyutan rasa,
Yang indah,
Lagi menenangkan.

Hati,
Yang sentiasa hidup,
Dengan Nur biasan,
Dengan bait alunan.

Alunan rindu bergema,
Dan berirama selalu,
Dengan bahasa cinta,
Padamu ya Musthofa.

Seluas pandangan lautan,
Dan angin yang berhembus,
Di mana kau berada,
Bertakhta di hatiku.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 5 Rabiulawwal 1434 Hijriyyah bersamaan 17 Januari 2013 Masihi,
Jam 8.08 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang.

Wednesday 16 January 2013

Syair FADHILAT ZIKIR

Berzikirlah berzikirlah,
Serulah lafazkanlah,
Nama indah Tuhanmu,
Allah Allah Allah.

Berzikir dicintai Allah,
'Amalan yang berkah,
Menenangkan hatimu,
Menghilang resahmu.

Serulah nama Allah,
Dengan penuh kelazatan,
Dan rindu yang dalam,
Hingga tenggelam zhouq.

Mengalirlah air mata,
Pencinta setia sejati,
Tika sa'at bercinta,
Dengan Tuhannya.

Tenang tenteramlah hati,
Dan sentiasa dicintai Ilahi,
Mereka yang sentiasa basah dan hidup,
Hatinya dengan berzikir.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Selasa, 4 Rabiulawwal 1434 Hijriyyah bersamaan 16 Januari 2013 Masihi,
Jam 3.41 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.

Tuesday 15 January 2013

Lagu ISTERI SOLEHAH

Isteri solehah,
Penenang jiwa,
Peneman bersama,
Di taman Syurga.

Hiasan terindah dunia,
Adalah wanita solehah,
Penyejuk jiwa suaminya,
Isteri solehah.

Isteri yang solehah,
Yang ta'atkan segala,
Menjaga maruah dan solatnya,
Calon wanita Syurga.

Isteri solehah,
Dirahmati Allah,
Nantikan bersama,
Fathimah Az-Zahra'.

Didambakan insan,
Yang bergelar lelaki,
Ditemani permata Syurgawi,
Bergelar isteri solehah.

Isteri solehah,
Buat lelaki soleh,
Ketentuan Ilahi,
Dalam kitab suci.



Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Selasa, 4 Rabiulawwal 1434 Hijriyyah bersamaan 16 Januari 2013 Masihi,
Jam 3.41 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.

HAKIKAT JUA

Terbang burung keluar pagi,
Mencari rezeki di mana ada,
Dari hidup sampailah mati,
Kita hanyalah hamba-Nya jua.

Menanam padi di dalam baruh,
Banyaklah pipit memakan padi,
Bila bertabur kapur baruh,
Itu tandanya berkafanlah diri.

Tumbuhnya rumput hidup subur,
Ada pula yang melata,
Bila terbaring di dalam kubur,
Hanyalah keranda rumahnya kita.

Diikat susun tiang bata,
Berjahit pula atap rumbia,
Tiadalah keturunan dan harta,
Tinggallah jua ia di dunia.

Sekali dilihat sudah berkenan,
Sungguh indah lagi pesona,
Tiada guna akan keturunan,
Bila kita di kubur sana.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Selasa, 4 Rabiulawwal 1434 Hijriyyah bersamaan 16 Januari 2013 Masihi,
Jam 9.36 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang.

Monday 14 January 2013

BANGKITAN TIMUR

Ku tusukkan pedang,
Di bumi berdarah,
Ku hentakkan kaki,
Di bumi bertuah.

Berderap kakinya kuda,
Berhunusnya as-saif,
Tidakku berpaling,
Walau seribu halangan jua.

Ayuhlah gerak duhai panglima,
Berpasak kaki bertumbang tiada,
Berbaris mujahid diam berdo'a,
Tiada berpaling melainkan celaka.

Ar-Rayah berkibar semangat kita,
Takbir bergema memecah jiwa,
Api jihad semakin menyala,
Biar tumpah darah nan mulia.

Bumi Terengganu semakin rahsia,
Kan bangkit pahlawan setia,
Bersama Ahlul Bait pembimbing jiwa,
Kemuliaan baginya tempat bertakhta.

Semangat al-'adiyat sudah bernyala,
Pedang keris sudah bersedia,
Hancurkan musuh tiada berkira,
Tumbangkan ia tiada bernyawa.

Bumi hitam putih ini semakin bangkit,
Bertakhtalah Sultan sebenar Sultan,
Bergantilah Sultan yang tiada berhak,
Sebenar ulil amri mengambil hak.

Kan para Ulama' Ahlul Bait,
Diletak tempat sebagai lentera ummat,
Sebenar-benar lentera,
Pewaris dan anak cucu Baginda tercinta.

Pasukan panji hitam yang barokah,
Bersatu atas wadah fillah,
Menuju jihad fi sabilillah,
Kentallah hatinya dengan iman Allah.

Tiada takut tegakkan yang haq,
Lidah lurus umpama pedang,
Tiada goyah menunjang kalam,
Hanya kebenaran jua padanya.

Pasukan berhati besi,
Gagah dan kemas jiwanya juangnya,
Di bumi Terengganu bangkitlah,
Wahai jiwa-jiwa mujahid fi sabilillah.

Putera ini bangkit atas haq,
Darah pejuang darah takhta,
Demi Allah berjuanglah segala,
Kembalikan Islam ke persadanya.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Selasa, 3 Rabiulawwal 1434 Hijriyyah bersamaan 15 Januari 2013 Masihi,
Jam 9.09 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang.

DENGAN-MU

Di dalam air,
Berkandung hidup,
Di dalam cahaya,
Berkandung cinta.

Dengan Bashirah,
Ku memandang,
Dengan Nur,
Ku berjalan.

Cahaya terang,
Penuntun jiwa,
Dia yang tunggal,
Tiada duanya.

Dengan bashor-Mu,
Ku memandang,
Dengan sama'-Mu,
Ku mendengar.

Dengan Ruh-Mu,
Ku bernyawa,
Dengan Rasul-Mu Habibullah,
Ku mendapat cahaya.

Engkau yang wujud,
Tiada bertempat,
Dengan dzat-Mu,
Yang Agung.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Selasa, 3 Rabiulawwal 1434 Hijriyyah bersamaan 15 Januari 2013 Masihi,
Jam 8.02 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang.

Wednesday 9 January 2013

BAWAKU KE JALAN SYURGA

Duhai guruku,
Duhai murobbi,
Bukakan jalan cahaya,
Pimpinan Nur Muhammad shollallah.

Ajarkanku tauhid yang benar,
Dan syari'at yang membimbing,
Pimpinlah bagiku tasaufku,
Bimbinglah dalam tareqahku.

Bawakan aku ke jalan cinta,
Jalan kekasih yang tercinta,
Dengan Nur Baginda,
Bawakanlah daku ke sana.

Murobbiku,
Bawaku ke jalan Syurga,
Menatap cahaya agung itu,
Biarlah limpahan cahaya itu menerangiku.

Bawalah daku ke jalan haq,
Melalui maqam-maqam yang tersucikan,
Redaman nafsu yang dihancurkan,
Terang menuju jalan-Nya.

Kembali pada yang asal,
Yang bersih tiada kotor,
Yang terang tiada gelap,
Yang lurus tiada bengkok.

Sungguh di jalanan itu,
Terlalu banyak duri mengait,
Namun dengan bimbinganmu,
Bawalah daku ke jalan Syurga.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 27 Safar 1434 Hijriyyah bersamaan 10 Januari 2013 Masihi,
Jam 7.12 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang.

CAHAYA ISLAM DI TIMUR

Dunia ini sudah tua,
Islam kan kembali,
Ke kekuasaan dan,
Keagungan asalnya.

Kebangkitan ini dinantikan,
Kehadirannya dirindui zaman,
Daulah Ad-Din yang agung,
Melenyapkan kebathilan rekaan.

Islam kan bangkit semula,
Di persada dunia,
Cahaya akan menyala semula,
Bersama Imam dituntun jiwanya.

Saat itu telah dijanjikan,
Oleh Allah Yang Maha Esa,
Pembelaan kaum sadah yang mulia,
Lentera Islam seluruh dunia.

Cahaya itu telah datang,
Limpahan ke'adilan ke persada,
Dzulfaqar itulah lambang,
Kebangkitan bersamamu ya Imam.

Kan dikenal Islamkah munafiq,
Duhai pembela kami,
Semoga Allah memelihara jalanmu,
Kebangkitan daulah di akhir zaman.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 27 Safar 1434 Hijriyyah bersamaan 10 Januari 2013 Masihi,
Jam 6.18 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang.

Sunday 6 January 2013

MARILAH BERSOLAT

Hayya 'alas Solah,
Marilah bersolat,
Semua Muslimin,
Marilah bersolat.

Pabila azan diseru,
Penuhilah seruan itu,
Datangilah tempat solatmu,
Aduhai hamba semua.

Kita hanya hamba,
Allah semata,
Perlakulah sebagai hamba,
Pada Tuhan segala.

Sempurnakanlah wudhu'mu,
Kemaskan saf qiyammu,
Bersolatlah sebaiknya,
Pada Tuhan-Mu wahai insan.

Marilah bersolat,
Laksanakan janjimu,
Pada Tuhan-Mu,
Sebagai Muslim dan hamba.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 23 Safar 1434 Hijriyyah bersamaan 6 Januari 2013 Masihi,
Jam 7.28 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang.

INGATLAH JANJI IKRARMU

Kembalilah pada Tuhanmu,
Dengan kembali yang sebenarnya,
Ingatlah janjimu dulu,
Wahai yang bergelar insan.

Ingatlah..ingatlah,
Tika di 'alam ruh dahulu,
Kita semua telah disoal,
Dan berikrar janji dengan Allah.

Bukankah Allah telah menyoal di 'alam ruh,
"Bukankah Aku ini Tuhanmu?",
Maka sekalian ruh menjawab,
"Qolu bala.....ingatlah itu semua.

Tepatilah perjanjian suci ruh itu,
Dengan Allah Yang Esa,
Jangan dibatalkan janji sucimu,
Dengan kesyirikan pada-Nya.

Ingatlah janji ikrarmu insan,
Di 'alam ruh dulu,
Kotakan janji itu,
Hingga kembali pada-Nya.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 23 Safar 1434 Hijriyyah bersamaan 6 Januari 2013 Masihi,
Jam 7.22 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang.

ASTAGHFIRULLAH

Astaghfirullah Robbal Baroya,
Astaghfirullah Minal Khothoya,
Minadz dzanbilladzi a'lam,
Waminadz dzanbilladzi laa a'lam.

Tuhanku,
Ku beristighfar pada-Mu,
Mohon ampun atas dosa-dosaku,
Sehari-hariku.

Tiada lepas diriku,
Dari dosa dan maksiat,
Dalam hidupku,
Sampai akhirat.

Ampunkanlah dan terimalah,
Taubat dan istighfarku,
Agar suci dosa-dosaku,
Dari zhulmah hatiku.

Tuhanku,
Kasihilah daku,
Rahmatilah daku,
Ampunkan dosaku.

Tiada ku harapkan,
Melainkan ampunan-Mu,
Dan juga redha-Mu,
Sebelum temui ajalku.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 23 Safar 1434 Hijriyyah bersamaan 6 Januari 2013 Masihi,
Jam 4.51 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.

Saturday 5 January 2013

ZIARAH BAITULLAH

Ziarah Baitullah,
Wahai Muslimin,
Mengharap redha-Nya,
Allah.

Bersolat di samping,
Ka'abah yang suci,
Qiblat Muslimin,
Damainya hati.

Ziarahlah jua,
Maqamnya Rasul,
Yang tercinta,
Di Madinah sana.

Sanggupkah kau datang,
Ziarah Makkah,
Sedangkan kau lupa,
Akan ziarahnya Baginda.

Ziarahlah Baitullah,
Ungkapkan cinta,
Pada Tuhanmu yang Esa,
Dan rindumu pada Baginda Rasul.






Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Sabtu, 22 Safar 1434 Hijriyyah bersamaan 5 Januari 2013 Masihi,
Jam 4.33 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.