Wednesday 28 November 2012

Syair SOHIBUR RIDA'


Wahai cahaya kecintaanku,
Wahai cahaya kecintaanku,
Kerinduan batinku,
Wahai Rasulku ya Sohibur Rida'.

Engkaulah Sohibur Rida',
Rida' hijau yang indah,
Disangkut di bahu muliamu,
Wahai Rasulullah kecintaanku.

Dengan rida'mu Rasulku,
Selesailah pertikaian hajarul aswad,
Dengan rida'mu menutupi kepalamu,
Wahai Rasulullah kasihilah daku.

Ya Allah kurniakanlah kami,
Taufiq dan istiqomah,
Menyandang rida' di jasad kami,
Sebagai ittiba'is sunnah ya Allah.

Jadikan rida' yang menutup kami,
Sebagai penutup keaiban kami,
Dari pandangan manusia dan makhluq,
Tutupilah rahsia kami ya Allah.

Rida' tanda cintaku,
Kerna ia pakaian kegemaranmu,
Wahai cahaya jalanku,
Wahai Rasulullah kecintaanku.





Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 15 Muharram 1434 H = 29 November 2012 M,
Jam 8.03 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang.
 

No comments:

Post a Comment