Sunday 9 December 2012

ALLAH MAHA MENGETAHUI

Dia Maha Mengetahui,
Zahir mahupun batin,
Terang atau rahsia,
Dia yang bersifat 'Ilmun.

Tiada kau terlepas,
Wahai makhluk-Nya,
Daripada pandangannya,

Setiap kau perbuat dalam 'ilmu-Nya.

Awaslah wahai semua,
Setiap 'amal kan dibalas di sana,
Apa dalam hatimu,
Semua dalam pengetahuan-Nya.

Allah Maha Mengetahui,
Segala yang kau rahsiakan,
Niatmu jahat dan baik,
Tiada kau boleh bohongi-Nya.

Dia sentiasa melihatmu,
Kiroman katibin sentiasa mengawasimu,
Setiap zarah 'amalmu ditulis,
Apakah terlepas dari-Nya?

Ingatlah wahai insan,
Allah sentiasa melihatmu,
Dan segala niat 'amalmu,
Kan di'adili di Mahsyar sana.

Tiada gugur sehelai daun pun,
Melainkan dalam pengetahuan Allah,
Setiap lintasan hatimu,
Semuanya Allah tahu.

Malaikat Maut sentiasa memerhatimu,
Bila tiba ajalmu,
Bagaimana nasibnya,
Jika dalam lalai kembali pada-Nya.

Ingatlah ingatlah semua,
Allah Maha Mengetahui segalanya,
Usah kau sembunyikan,
Hanya menipu dirimu sendiri.

Ayuhlah semua,
Akui dosa-dosa kita,
Mohonlah ampunan-Nya,
Selagi masih bernyawa.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 26 Muharram 1434 H = 10 Disember 2012 M,
Jam 8.05 malam,
Sungai Nibong,
Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment