Sunday 9 December 2012

Syair UNGKAPKAN CINTAMU

Bangkitlah dari lalaimu insan,
Selawat salamlah pada junjungan termulia,
Bukakanlah hatimu dengan redha,

Agar disiram cahaya kasih Baginda.

Selawatlah sebanyaknya aduhai insan,
Hingga tenggelam dalam lautan cinta,
Lemas dalam arus kasih Baginda,
Basah lidahmu dengan titisan Nurnya.

Ungkapkanlah cintamu pada Rasul Thoha,
Dengan sebenar kasih dan cinta,
Bersama Baginda di Mahsyar sana,
Barangsiapa yang paling banyak selawat atasnya.

Dengannya Nabi Adam bertawassul,
Lantaran melanggar perintah Tuhan-Nya,
Tiada terqabul do'amu insan,
Tanpa selawat atas Baginda.

Sepenuh ruang langit dan bumi,
Diliputi Nur Muhammad yang mulia,
Bercintalah dengan Baginda sentiasa,
Bagindalah Rahmatan Lil 'Alamin.






Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 26 Muharram 1434 H = 10 Disember 2012 M,
Jam 11.26 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment