Sunday 28 October 2012

Qasidah ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah Wasy Syukrulillah,
Alhamdulillah Wasy Syukrulillah,
Ya 'abdun ya kholqullah,
Syukru 'ala ni'matullah.

*

Allah itu pemberi segala nikmat,
Dari kecil mahupun besar,
Oleh itu syukurilah ia,
Wahai hamba Allah semua.

*

Dalam setiap hela nafasku,
Saban hari yang kau lalui,
Semuanya daripada Allah,
Maka syukurlah Alhamdulillah.

*

Wahai hamba yang beriman,
Ucapkanlah syukurmu itu,
Setiap pagi dan petang,
Siang mahupun malam.

*

Moga menjadi hamba bersyukur,
Yang sentiasa dalam tawadhu',
Dan dalam ke'abdian pada-Nya,
Ya Allahu Ya Allah.

*

Ya Allahu Ta'ala Ya Allah,
Saksikan kami bersyukur pada-Mu,
Penuh kehambaan mengharap redha-Mu,
Maka rahmatilah kami dengan rahmat-Mu.

*

Kami bersyukur pada-Mu semata,
Wahai pemberi segala-gala,
Alhamdulillah jua penyudahnya,
Moga rahmat terlimpah segala.

*

Ya Allah Maha Mendengar,
Dan Maha Mengabulkan hajat,
jadikan kami sentiasa istiqomah,
Bersyukur pada-Mu hingga ajal kami.






Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 13 Dzulhijjah 1434 Hijrah = 29 Oktober 2012 Masihi,
Jam 7.52 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang


**********************************************************************************

Qasidah ini ku karangi, kita sebagai makhluk Allah Ta'ala wajib bersyukur atas segala nikmat daripada segala segi nikmat pada-Nya.....

                             Photo: Qasidah ini ku karangi, kita sebagai makhluk Allah Ta'ala wajib bersyukur atas segala nikmat daripada segala segi nikmat pada-Nya.....
                         ********************


Qasidah ALHAMDULILLAH


Alhamdulillah Wasy Syukrulillah,
Alhamdulillah Wasy Syukrulillah,
Ya 'abdun ya kholqullah,
Syukru 'ala ni'matullah.

                   *

Allah itu pemberi segala nikmat,
Dari kecil mahupun besar,
Oleh itu syukurilah ia,
Wahai hamba Allah semua.

                   *

Dalam setiap hela nafasku,
Saban hari yang kau lalui,
Semuanya daripada Allah,
Maka syukurlah Alhamdulillah.

                   *

Wahai hamba yang beriman,
Ucapkanlah syukurmu itu,
Setiap pagi dan petang,
Siang mahupun malam.

                   *

Moga menjadi hamba bersyukur,
Yang sentiasa dalam tawadhu',
Dan dalam ke'abdian pada-Nya,
Ya Allahu Ya Allah.

                   *

Ya Allahu Ta'ala Ya Allah,
Saksikan kami bersyukur pada-Mu,
Penuh kehambaan mengharap redha-Mu,
Maka rahmatilah kami dengan rahmat-Mu.

                    *

Kami bersyukur pada-Mu semata,
Wahai pemberi segala-gala,
Alhamdulillah jua penyudahnya,
Moga rahmat terlimpah segala.

                     *

Ya Allah Maha Mendengar,
Dan Maha Mengabulkan hajat,
jadikan kami sentiasa istiqomah,
Bersyukur pada-Mu hingga ajal kami.






Karangan oleh:
PEDANG TIMUER BERKELANA,
Isnin, 13 Dzulhijjah 1434 Hijrah = 29 Oktober 2012 Masihi,
Jam 7.52 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang

TONGKAT


Ku ambil tongkat itu,
Sebagai sokongan langkahku,
Dalam meniti kehidupan,
Tongkat kayu kesayanganku,
Dari kayu emuning hitam itu,
Ku jaga sebaiknya ia,
Tongkat,
Bertongkat itu sunnahnya,
Rasul kita yang termulia.

Bertongkat itu sunnah,
Orang memandang ku pelik,
Sungguh mereka tiada mengerti,
Akan hakikat tongkat itu,
Ia mengingatkanku akan,
Usiamu yang kau lalui,
Ingatkanmu akan jalan hidupmu,
Yang semakin menghampiri,
Liang lahad yang menyeru,
Sekian hari-harinya,
Sebagaimana butiran-butiran tasbih itu,
Ia mengingatkanmu akan,
Berzikir pada Allah,
Begitu jua tongkat itu,
Ingatkanmu pada ketuaanmu.

Semampumu wahai akhi,
Amalkan sunnah dalam hidupmu,
Sungguh tongkat itu tiada pelik,
Bahkan sunnah pula,
Oleh itu jangan disinis akan ia,
Akan orang yang pada pandanganmu,
Muda sudah bertongkat,
Kerna ia hanya bersunnah,
Hidup kita ini,
Semakin masa semakin tua pula,
Ayuh,
Saudaraku hidupkan sunnah itu,
Dengan menggunakan tongkat,
Dalam jejak kasih Rasul,
Yang dijunjung semulia-mulia,
Minad dunya ilal akhirah.





Karangan oleh:
PEDANG TIMUER BERKELANA,
Ahad, 13 Dzulhijjah 1434 H = 28 Oktober 2012 M,
Jam 11.27 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang
 

ANOK BURUNG


Anok burung terngange-ngange,
Panggil mok duaner ade,
Ambe lapor makang serangge,
Wei mok duaner ade.

Sayang sungguh ke anok die,
Cari rezeki merate-rate,
Bakpe manusie dok serupe die,
Buang anok ikut suke.

Anok burung dok sabor-sabor,
Tumbuh bulu nok terbang tinggi,
Belajor hidup cari rezeki,
Pisoh ngan mok hidup berdikari.

Anok burung oh anok burung,
Seroh diri harap rezeki,
Gantung ke Tuhan tiada peri,
Kite pulok dok susoh sediri.







Karangan oleh:
PEDANG TIMUER BERKELANA,
Ahad, 12 dzulhijjah 1434 H = 28 Oktober 2012 M,
Jam 5.16 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang

OH TANAH MINANGKABAU


Inginku terbang tinggi,
Lalu hinggap di tanah asal keturunanku,
Mencari susur galur darahku,
Ooooh tanah minangkabau,
Indahmu menggamit kerinduanku,
Keindahan Pagaruyung,
Membuatku rindu padamu,
Ingin ku ziarah maqam,
Mereka yang telah pergi,
Meninggalkan dunia fana' ini.

Ooh Gunung Bongsu,
Ooh Istano Basa Pagaruyung,
Ingin ku jejak kaki padamu,
Mencari diri dan ertiku,
Mencari titih dan darahku,
Di kehijauan yang terbentang,
Jantung daulat wibawa,
Di sana Ranah Lamo,
Wahai Negeri Dua Tanduk,
Gahmu di tengah gunung,
Bukit bukau yang menghijau,
Pagaruyung ooh Pagaruyung,
Ku ingin pulang padamu,
Sekian lama ku merindui tanahmu,
Jejak titihku padamu.

Minangkabau ooh Minangkabau,
Biarlah ku menggenggam,
Sekepal tanahmu,
Lalu ia dibawa angin,
Bersama hati yang berduka,
Terpisah dari tanah tacinto,
Marantau itulah Minang,
Adaik basandi syara' landasannyo,
Ooh Tanah Minangkabau,
Sabarlah dalam diam,
Sukalah dalam duka,
Kembalimu nanti,
Dengan gah yang tak terkata,
Menyambut kembali titihan,
Rajo 'Alam yang membawa,
Sembunyi diri dan erti,
Kan kembali membawa diri,
Berdiri di Tanah Minangkabau,
Pagaruyung ooh Pagaruyung.





Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 12 Dzulhijjah 1434 H = 28 Oktober 2012 M,
Jam 4.12 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.
 

Saturday 27 October 2012

Sajak JALANAN HIDUP


Tika mana ku termenung,
Sepi,
Bertemankan aliran sungai yang sayu,

Bersaksikan alunan indah sang burung,
Dan lembu yang meragut,
Angin pula membelai-belai wajahku,
Ku terfikir jalan hidupku,
Untuk apa aku diciptakan,
Dengan sebegini sempurna,
Apakah hanya sekadar hidup jua,
Hanya menikmati seenaknya hidup,
Hanya melahap apa saja makanan,
Hanya terbang bebas umpama burung,
Tentu,
Tidak sesekali begitu.

Ku selami diri,

Kenangkan hakikat diri bergelar insan,
Di mana kehambaanku pada Tuhan,
Lalaiku membuatku lupa,
Dan alpa lalu hanyut dalam,
Sungai sepi yang tiada berkata,
Terbuai puas buaian pohonan tinggi,
Ku,
Sedar acuan hidupku telah rebis,
Ibarat pasiran tebingan sungai,
Yang runtuh harga dan maruah,
Begitulah diriku,
Terbuai dan hanyut dengan nikmat hidup,
Hingga ku lupa taqarrub pada Dia,
Yang memiliki segala-gala,
Gunungan dosa dan banjaran derhaka,
Yang ku lakukan pada-Mu Tuhan,
Sepanjang kau kurniakanku hidup.

Tiada ku sedar,

Dingin air mata ini,
Mengalir kerana kederhakaanku,
Tangan dan jemariku bergetar,
Jantungku berdegup kencang,
Seperti memutuskan hayatku,
Lantaran salah silapku menerjah,
Benak fikirku yang cetek,
Namun berlagak dalam kehidupan,
Bagaimana jika Kau matikan aku,
Sedangkan tubuhku terpalit selut-selut,
Selut dosa yang hitam dan busuk,
Bagaimana jika Kau merenggut nyawaku,
Sedangkan aku lalai mengingati-Mu,
Ku takut Tuhanku,
Ku kembali pada-Mu sedangkan imanku goyah,
Sedangkan amalku tiada apa,
Ibarat habaa'an mantsuro,
Amal yang hanya terpalit riya' dan sum'ah,
Layakkah aku mendapat rahmat-Mu,
Dalam ketakutan ku tersungkur,
Di kaki langit yang beransur.

Tentu hidup bukan setakat itu,

Tidak sebagaimana makhluk-mu,
Yang bergelar binatang,
Aku tidak ingin menjadi lembu,
Yang hanya ditarik ke mana saja,
Tanpa faham erti,
Ku tidak ingin menjadi lalang,
Yang saban hari mengulik dibuai angin,
Ku tidak mahu menjadi lalang,
Yang tiada pendirian hidup,
Tika ku tersedar dalam hidupku,
Ku pohon pada-Mu,
Agar dapatku istiqomah mengubah diriku,
Ku tiada sedia kembali pada-Mu dalam,
Diriku yang berpalit getah dosa ini,
Lalu taubat pada-Mu ku pinta,
Berbekalkan tangisan keinsafan,
Ku tersungkur dalam sujud pada-Mu,
Tangan ini ku angkat ke hadhrat-Mu,
Agar Kau betulkan jalan hidupku Tuhan,
Dan murni hanya pada-Mu,
Biarlah ku kembali pada-Mu dengan selamat.







Karangan oleh:

PEDANG TIMUR BERKELANA,
Sabtu, 12 Dzulhijjah 1434 Hijrah = 27 Oktober 2012 Masihi,
Jam 10.47 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang.

Thursday 25 October 2012

LENTERA UMMAT


Kalian ibarat lentera,
Dan payung yang memayungi,
Akan ummat ini,

Kalianlah wahai Ahlul Bait.

Kalianlah cerminan keilmuan,

Dan akhlaqul Islam,
Pada kalian kami berpaut,
Menagih keilmuan yang berharga.

Darah makhluk termulia,

Mengalir dalam jasad kalian,
Generasi demi generasi,
Hinggalah qiamat.

Kemuliaan pada kalian,

Wahai keturunan mulia,
Penerang jalan gelap,
Bagi ummat ini.

Ibarat lampu yang menyuluh,

Jalanan yang gelap,
Buat pedoman pejalan jalanan,
Itulah kalian Ahlul Bait.

Ibarat kolam yang jernih,

Dan air yang sejuk lazat,
Penawar penyakit mujarab,
Itulah kalian wahai Ahlul bait.

Namun dunia semakin tua,

Ada antara kalian mula lupa,
Akan hakikat darah dan diri,
Hakikat tugas dan peranan.

Kembalilah pada kemurniaan,

Pada akhlaq yang berasal,
Kerna daripada kalianlah,
Kami mengambil wasilah termahal.

Jadilah yang sebenar-benar,

Menjaga nasab dan ke'ilmuan,
Agar benar-benar menjadi,
Lentera bagi ummat.






Karangan oleh:

PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 9 Dzulhijjah 1434 Hijrah = 25 Oktober 2012 Masihi,
Jam 5.36 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.

Tuesday 23 October 2012

AIRMATA RASUL



Dengan kasih cinta,
Pada umatmu ini,
Menitis air matamu,
Yang mulia Rasulku.

Airmata Rasul,
Meninggalkan umatnya,
Kembali ke hadhrat,
Tuhan Maha Kuasa.

Setitis airmata mulia,
Membuatku derita,
Taufan rindu ini,
Membanjiri hatiku.


(Korus)

Airmata Rasulku,
Benarkah kami menyintaimu,
Sedangkan ingkar padamu,
Berpaling syari’atmu.

Kerna kami ini,
Dikau menangis di sana,
Melihat umatmu,
Tersungkur di Sirath.

Bersujud pada Robbmu,
Agar perkenan syafa’atmu,
Deraian airmatamu,
Mengenangkan umat kesayanganmu.



Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Rabu, 8 Dzulhijjah 1434 Hijrah = 24 Oktober 2012 Masihi,
Jam 2.49 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.

MAHAR CINTA


Setiap itu dicipta berpasang,
Begitulah jua hakikatnya insan,
Lelaki itu pasangannya perempuan,
Dengan 'aqad halallah ikatan.

Ku ambil dirimu,
Dengan mahar cinta,
Berijab qabul sighah pula,
Wahai permaisuriku yang tercinta.

Dengan mahar ini,
Ku ambil amanah padamu,
Ku serahkan mahar padamu,
Tanda ikatan cinta tulus.


(Korus)

Mahar cinta ini,
Terbinalah istana kasih,
Dengan jalan syari'at-Mu,
Peliharalah kami ini.

Dengan kasihmu itu,
Bening indah hatiku,
Siraman kasih cinta,
Menyulam hidup denganmu.







Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Selasa, 7 Dzulhijjah 1434 H = 23 Oktober 2012 M,
Jam 6.05 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.
 

Saturday 20 October 2012

TEMANKU



Dalam hidupku,
Ku mencari-cari dirimu,
Wahai temanku,
Buat menemaniku.

Perjalanan ini pahit temanku,
Denganmu di sisiku,
Kekuatan ku harapkan,

Sokonganmu kekuatanku.

Satu sama lain,
Dalam jalanan ini,
Bersama melangkah,
Dalam sepi mencari cahaya.

(Korus)

Duhai temanku,
Temanilah diriku,
Jadilah sebaik sahabatku,
Pimpinlah diriku.

Hadirmu ke sisi,
Menghilangkan sepiku,
Menguatkan semangatku,
Dalam langkah takdir ini.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Sabtu, 4 Dzulhijjah 1434 Hijrah = 20 Oktober 2012 Masihi,
Jam 7.02 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang

Qasidah YA BUNAYYA


Ya Bunayya Ya Bunayya,
Ya qurrotul 'aini,
Ya dzurriyyati,
Ya lu'lu' wal marjani.

*

Duhai anak kesayanganku,
Dikau anugerah buatku,
Penambat kasihku,
Dikaulah anakku.

*

Duhai anakku,
Ta'atlah dirimu wahai anak,
Akan Tuhanmu dan Rasulmu,
Sampai ajal menjemputmu.

*

Wahai anakku,
Ingatlah dirimu anakku,
Kasihilah ayah ibumu,
Ta'atilah do'akanlah ayah ibumu.

*

Wahai anak kesayanganku,
Jadilah dikau sebenar-benar permata hatiku,
Mutiara indah penghias hidupku,
Menjadi kebahagiaan hidudpku.

*

Ya Bunayya,
Ku doakan dirimu,
Membesar dalam ke'ilmuan sempurna,
Agar dirimu menjadi mutiara.





Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Sabtu, 4 Dzulhijjah 1434 Hijrah = 20 Oktober 2012 Masihi,
Jam 4.23 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.
 
 

SEDARKAN DAKU

Tika mana ku hanyut dalam lalaiku,
Kau sedarkanlah aku,
Dan tetapkanlah daku atas jalan-Mu,
Dengan hidayah dan taufiq-Mu.

Tatkala aku sia-siakan waktuku,
Dengan bicara dan fi'il tiada guna,
Ku mohon Kau ampunkanlah daku,

Saat aku tersedar dan mohon ampunan-Mu.

Bila hatiku berprasangka,
Kau sedarkanlah daku ya Tuhanku,
Agar ku bertaubat pada-Mu segera,
Dan kembali pada jalan-Mu yang lurus.

Tuhanku,
Ku mohon pada-Mu jua,
Engkau bimbinglah diriku dan sekalian Muslimin,
Di dunia dalam menuju Akhirat sana.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Sabtu, 4 Dzulhijjah 1434 Hijrah = 20 Oktober 2012 Masihi,
Jam 3.56 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.

Wednesday 17 October 2012

YA SYABABAL JANNAH

Ya Syababal Jannah,
Wahai cucunda-cucunda kemuliaan,
Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam,

Penghulu Syurgawi.

Antum cucu-cucu kesayayangan,
Baginda yang termulia,
Dikucup Rasul akan dirimu,
Wahai zuriah Sayyidatina Fathimah.

Al-Hasan kemudian Al-Husain,
Perjuanganmu dalam keredhaan,
Turunan Ahlul Bait Mushthofa,
Wahai pemuda-pemuda Syurga.

Wahai Sayyidina Hasan rodhiyallahu 'anhu,
Jasadmu yang mulia dibunuh musuh,
Semoga barokah rahmat atasmu,
Ya Syababal Jannah.

Wahai Sayydina Husain rodhiyallahu 'anhu,
Darah muliamu tumpah di Karbala',
Berpisah kepalamu yang mulia dari jasad,
Oleh Abdullah bin Saba'.

Ya Syababal Jannah,
Kami bertawassul dengan dirimu,
Dan turunan yang mulia lagi suci,
Yakni Ahlal Baitil Mushthofa.

Wahai Sayyidina Husain rodhiyallah,
Darahmu kan kami bela,
Dengan pedang-pedang kami,
Ke atas kaum Syi'ah yang celaka.

Ya Syababal Jannah,
Pimpinlah diri dan jiwa kami,
Bersamamu menuju Syurgawi,
Ya Syababal Jannah.

Peristiwa Karbala' kan kami beela,
Kepala-kepala mereka kan kami putuskan,
Thoyalisah mereka kan kami lurutkan,
Membelamu wahai cucu kesayangan Mulia.

Wahai syahid yang mulia,
Wahai Sukaina dan Ruqayyah,
Kan kami bela ayahandamu,
Turunan Ahlul Bait yang mulia.

Kami pencinta keturunan Rasulullah,
Cucu-cucu Baginda yang mulia,
Wahai cahaya petunjuk Muslimin,
Wahai gedung ke'ilmuan.

Ya Syababal Jannah,
Bahagilah dirimu ya syahid di Jannah,
Wahai penghulu Jannah,
Langkah kami menuruti jejak Ahlul Baitmu.





Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 2 dzulhijjah 1434 Hijrah = 18 Oktober 2012 Masihi,
Jam 7.50 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang.

Monday 15 October 2012

QASIDAH YA SOHABAH RODHIYALLAHU ‘ANHUM



Ya Sohabah Ya Sohabah,
Ya ikhwanun Nabi shollalah,
Paksi-paksi yang indah,
Wahai sohabah yang mulia.

*

Ya Sohabah rodhiyallahu ‘anhum,
Kalian diredhai Allah,
Setia bersama Nabi shollallah,
Mulia teguhnya iman kalian.

*

Ya Abu Bakar ya Umar,
Ya Utsman ya ‘Ali,
Ya khulafa’ ar-rosyidun,
Wahai tunggak ummat ini.

*

Wahai sohabah-sohabah yang mulia,
Kami bertawassul padamu,
Kalianlah kemuliaan ummat,
Pendamping Rasulullah.

*

Warisanmu yang mulia,
Catatan kalam-kalam Rasul,
Dan atsar yang mulia,
Allah meredhai kalian.

*

Ya Sohabah Ya Sohabah,
Mulianya diri kalian,
Teguhnya iman kalian,
Allahumma barik ‘alaih.


Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 29 Dzulqaedah 1433 H = 15 Oktober 2012 M,
Jam 5.10 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang

Qasidah YA MURSYIDUN

Ya Mursyidun (4 kali),
Ya Auliya' Ya Solihin,
Izinku berpaut padamu,
Tuntunlah aku pada Tuhanku.

*

Ya Mursyidun (4 kali),
Mursyidku pimpinlah daku,
Didiklah akan daku,
Ma'rifah pada Tuhanku.

*

Ya Mursyidun (4 kali),
Wahai auliya' yang mulia,
Bukakan jalanku,
Istiqomah atas thoriqoh.

*

Ya Mursyidun (4 kali),
Ku pegang tangan dan jiwamu,
Dalam halaqah mulia,
Biarku bersamamu.

*

Ya Mursyidun (4 kali),
Ajarku bimbingku,
Ijazahkanku aurad dan cinta,
Agar tetap jalanku.

*

Ya Mursyidun (4 kali),
Ku kucup jasadmu yang mulia,
Syafa'atkanku bila di sana,
Bersama Nabi yang termulia.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 29 Dzulqaedah 1433 H = 15 Oktober 2012 M,
Jam 5.10 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang

AMPUNILAH DAKU


Astaghfirullah Robbal Baroya,
Astaghfirullah Minal Khothoya,
Astaghfirullahal 'azhim,
Ya Allah Ya Ghoffar.

Ya Allah ya Tuhanku,
Ampunilah segala dosaku,
Sepanjang hidupku ini,
Sucikanlah dosaku Ya Allah.

Ampunilah daku,
Dosa zahir dan batinku,
Engkaulah yang mengenalku,
Zahir batin diriku.

Setiap anggotaku berbuat dosa,
Setiap tika dan tempatnya,
Maka hanya pada-Mu,
Ku memohon ampunan-Mu.

Kau mengenal diriku sebenarnya,
Manusia hanya memandang zahirku,
Namun Engkaulah Maha Mengetahui,
Setiap sudut kejelekanku Tuhan.

Tujuh anggotaku,
Sentiasa berdosa pada-Mu,
Oleh itu ampunilah daku,
Tolonglah ya Tuhanku.

Titisan air mataku,
Mengenangkan setiap dosaku,
Namun suatu yang ku pinta,
Dosa-dosaku diampuni-Mu,
Asraghfirullahal 'azhim ya Allah.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 29 Dzulqaedah 1433 H = 15 Oktober 2012 M,
Jam 4.11 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang
 
 

TUNJUKIKU JALAN MA'RIFAH


Ku meraba dalam hidupku,
Mencari jalan cahaya,
Jalan ma'rifatullah,
Untuk mengenal-Mu Robb.

Bukakanku jalan,
Mengenal-Mu Tuhan,
Agar benar imanku,
Awwaluddin ma'rifatullah.

Hidup tiada bermakna,
Jika tiada mengenal-Mu,
Pintu jalan agama,
Hendaklah mengenal-Mu jua.


(Korus)

Tunjukiku jalan ma'rifah,
Agar ku mengenal-Mu,
Sebenar-benarnya,
Melalui jalan cahaya-Mu.

Rindu melihat wajah-Mu,
Keagungan-Mu ya 'Azhim,
Bukakanku jalan cahaya itu,
Terang menuju mengenal-Mu.





Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 29 Dzulqaedah 1433 H = 15 Oktober 2012 M,
Jam 3.45 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang

HADRAH SUFI

Dialah Yang Maha Tunggal,
Hanyalah Dia tiada duanya,
Ingatlah Dia di mana-mana jua,
Jahar atau sirr ingatlah Dia.

Berzikirlah menyebut nama-Nya,
Basahilah lidah dan qolbumu sentiasa,
Redamlah nafsu hancurkanlah,

Dengan keagungan nama-Nya.

Hudhurlah hatimu di mana-mana,
Berzikirlah selalu pada-Nya,
Marilah berzikir bersama,
Lailahaillallah...Lailahaillallah.

Halaqah zikir itu raudhah,
Tamannya ahli sufiyyah,
Zikirlah nama-Nya sebanyak-banyaknya,
Lailahaillah..Lailahaillah..Allah Allah.

Allah...Allah...Allah...Allah,
Zikirlah nama Tuhanmu,
Di mana tak kira masa,
Allahu Allah Lailahaillallah.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 29 Dzulqaedah 1433 H = 15 Oktober 2012 M,
Jam 3.20 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang

Sunday 14 October 2012

PENEMAN SISIKU



Temanilah daku,
Sentiasa di sisiku,
Duhai teman jiwaku,
Bersamalah denganku.

Ku pohon pada-Mu,
Hantarkanku teman jiwaku,
Yang sudi bersamaku,
Dalam setiap langkahku.

Tuhanku ku pohon pada-Mu,
Gantilah bagiku yang terbaik,
Menemani sisiku,
Hingga ke kembali pada-Mu.

(Korus)

Setiap jiwa telah kau tetapkan,
Akan peneman sisinya,
Kurniailah padaku yang terbaik,
Agar terbimbingku pada-Mu.

Biarlah dia di sisiku,
Bagaimana jua rentak hidup,
Dia sentiasa didi sisiku,
Itu ku pinta Ya Allah.

Wahai teman,
Maafkanku atas khilafku,
Membuatmu terbuang,
Bukan niatku begitu.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 28 Dzulqaedah 1433 H = 14 Oktober 2012 M,
Jam 8.25 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang