Saturday 29 September 2012

IMADUDDIN

Ingatlah kalian insan,
Yang mengaku Muslim,
Bahawa solat itu kefardhuan,
Atas setiap dirinya Muslim.

Apa gunanya nama tersohor,

Apa gunanya berumur panjang,
Apa gunanya harta bertimbun,
Jika solah tiada kerjakan.

Masakan teguh suatu binaan,
Tiadakan teguh suatu asasnya,
Jika tanpa bertiang,
Itulah ibaratnya solah fardhu.

Sanggupkah kalian runtuhkan agama,
Namun mengaku pula Muslimnya,
Assolatu imaduddin,
Bukankah itu sabdanya Rasul kita.

Tiada berharga suatu kehebatan,
Dalam kehidupan nan fana',
Walau bertimbun harta memenuhi,
Jika solah tiada kerjakan.

Solatlah kamu sekalian,
Sebelum kamu disolati,
Di hadapan imam,
Dalam kafan yang membaluti.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 14 Dzulqaedah 1433 H = 30 September 2012 M,
Jam 10.40 pagi,
Pulau Pinang.

HANYA ENGKAULAH YANG SATU

Hanya Engkaulah yang satu,
Yang Esa tiada duanya,
Yang tunggal tiada sekutunya,
Wahai Tuhanku Allah Ta'ala.

Hanya pada-Mu sahajalah,

Kami semua beriman,
Semua apa di 'alam ini,
Semunya milik-Mu lah semata.

Pada Allah yang Maha Esa,

Janganlah kau syirikkannya,
Wahai insan semuanya,
Hanya Dialah yang satunya.

Kembalilah pada Allah,

Dengan taubah dan khudhu',
Agar teguh benar i'tiqad kita,
Hanya pada Allah yang satu.

Allahu Ahad....Allahu Ahad,

Pada Engkaulah satu-satunya,
Di qolbu kami hanya ada nama-Mu,
Wahai Allah Maha Esa.




Karangan oleh:

PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 14 Dzulqaedah 1433 H = 30 September 2012 M,
Jam 10.15 pagi,
Pulau Pinang

AULIYA' MUTIARA INSAN

Ketahuilah olehmu saudaraku,
Akan bahawa wali-wali Allah itu,
Adalah kekasih-kekasih Tuhan Azzawajalla,
Yang tinggi maqamnya di sisi Tuhannya.

Tiadalah engkau dapati pada mereka itu,
Rasa ketakutan dan kesedihan,
Dan kegerunan pada makhluk,

Apalagi tunduk kepada makhluk pula.

Qolbu mereka sentiasa hidup dan segar,
Dengan nama Allah yang sentiasa berdetik,
Setiap nafas yang bersamanya,
Dan gerakan saraf dan darahnya pula.

Bercahaya wajah mereka itu,
Dengan nur yang amat indah,
Wajah lambang kesolehan dan taqarrub,
Jua 'abid mereka kepada Allah.

Lisan-lisan mereka sentiasa basah,
Dengan zikrullah yang zhouq,
Untaian kata penuntun hati bak mutiara,
Hingga meruntuhkan keegoan insan.

Merekalah insan yang dekat,
Dan tinggi kedudukannya di sisi Allah,
Membenci dan mengkhianati mereka,
Adalah Allah isytiharkan perang atasmu.

Sungguh kemuliaan padanya anugerah,
Akan karomah yang mulia,
Dari sisi-Nya yang terindah,
Wahai para auliya' Allah.

Hati-hati kami tenang bahagia,
Memandang ketenangan wajahmu,
Dan cahaya yang menghiasi wajahmu,
Wahai insan solihin.

Hilangmu mendukacitakan insan,
Para wali itu kemuliaan,
Namun di akhir zaman ini,
Kehilangan waliyullah tiada diambil peduli.

Barokah para waliyullah,
Yang sentiasa segar dan mewangi,
Bertabarruk pada mereka,
Mengharap kasih Ilahi.

Manusia semakin alpa dan lupa,
Akibat penyakit keseronokan dunia semata,
Yang memuliakan artis dan menghinakan waliyullah,
Sungguh suatu kejelikan yang nyata.

Aduhai insan sekalian,
Kasihilah para wali dan ulama' itu,
Merekalah mutiara-mutiara indah,
Yang ada di kalangan kamu.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 14 Dzulqaedah 1433 H = 30 September 2012 M,
Jam 7.45 pagi,
Pulau Pinang.

DAULAT TUANKU

Daulat Tuanku payung Mahkota,
Mahkota indah atas ulunya,
Memerintah negeri dengan 'adilnya,
Dipandu dengan hidayah Tuhannya.

Daulat Tuanku payung negeri,
'Adil saksama seisi negeri,
Aman sentosa tiada peri,

Mahkota Raja berdaulat tinggi.

(Korus)

Daulat Tuanku...Daulat Tuanku,
Allah peliharakanlah dan selamat,
Akan seluruh Kerabat DiRaja,
Biar dalam keta'atan sentiasa.

Pada Allah kami berdoa,
Peliharakan kami dengan sentosa,
Tuntunlah kami dengan hidayah-Mu,
Agar kami terpelihara.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Juma'at, 12 Dzulqaedah 1433 H = 28 September 2012 M,
Jam 12.38 tengah hari,
Pulau Pinang.

Wednesday 26 September 2012

PERKEMASKAN BARISANMU



Bersatulah dalam barisanmu,
Teguhkan pasak kakimu,
Kuatkan benteng pertahananmu,
Wahai tentera-tenteraku.

Allah lah kekuatanmu,
Bersama Nur Nabimu,
I'tiqad yang padu,

Takbir kita meluru.

Wahai tentera-tenteraku,
Dalam semangat juangmu,
Dan jua ketaatanmu,
Pada Allah Yang Satu.

(Korus)

Tiada yang menghalang,
Langkah kita di medan,
Dengan senjata terhunus,
Siaga membunuh musuhmu.

Ingatlah janji Tuhanmu,
Pada tentera pejuang,
Yang menegakkan kalimah-Nya,
Dengan pedang-pedangmu.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Rabu, 10 dzulqaedah 1433 H = 26 September 2012 M,
Jam 4.07 petang,
Pulau Pinang.

Tuesday 25 September 2012

KEHADIRANMU

Wahai yang dinantikan sekian lama,
Ummat sekian lama merindukanmu,
Penantian dalam keresahan,
Untuk mengakhiri zaman penindasan.

Wahai sang Imam sandaran kami,
Kemunculanmu sudah lama dinanti,
Hadirmu meredakan kegelisahan kami,

Wahai Imam Mahdiyyul Muntazhor.

Bergetar saraf-sarafku mengingatkanmu,
Pasukan pembela ummat yang gagah,
Berani tanpa sedikit berserah,
Hanya Allah lah tempat berserah semata.

Ya Imam yang dirindui,
Kehadiranmu membela ummat,
Menghancurkan kebathilan,
Bergantilah kebenaran yang Haq.

Kan diruntuh hancurkan demokrasi,
Yang penuh kebathilan ini,
Menghancurkan ketidakadilan,
Bergantilah keamanan dan keadilan hakiki.

Pasukan berkuda yang amat kuat,
Biarkan kami bersamamu,
Perjuangan membela kebenaran ,
Menghapuskan kebathilan.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Selasa, 9 dzulqaedah 1433 H = 25 September 2012 M,
jam 6.25 petang,
Pulau Pinang.

Sunday 23 September 2012

PERMATA UMMAT

Keturunan mulia di kalangan manusia,
Mewarisi ilmunya leluhur mulia,
Mencintaimu kewajiban kami,
Wahai habaib yang mulia.

Dikaulah titihan cahaya termulia,
Dari puterinya Rasul Fathimah Az-Zahra',
Memandangmu wajahmu menambah cinta,

Wahai Ahlul Bait yang tercinta.

Tuntunlah daku mengenal Tuhanku,
Bawalah daku kepada kekasihku,
Datukmu yang sangat mulia itu,
Bawalah daku kepada cinta Rasul.

Wahai Ahlul Bait Rasulullah,
Wahai Habaib permata ummat,
Cahaya wajahmu tanda kesolehan,
Wajah yang mengingatkan Tuhanku.

Sudah sabda Rasul junjungan,
Wajah orang-orang soleh itu,
Pabila dipandang akan wajahnya,
Akan mengingatkan akan Tuhanmu.

Sesungguhnya di wajah para Sayyid itu,
Di wajah para ulama' solihin Sayyidi,
Ada cahaya-cahaya itu,
Wajah yang menjadi penyejuk cinta.

Dikaulah keluarga Rasul termulia,
Padamu ku bertabarruk akan berkah,
Sebagai tawassulku akan rahmat,
Yang turun di kalangan kalian.

Wahai Ahlul Bait zaman bahari,
Ada yang terlupa hakikatnya dirimu,
Kembalilah semula mewarisi ilmu,
Kalian itu keturunan Rasulku.

Ahlul Bait permata ummat ini,
Yang menaungi hati Muslimin,
Jadilah sebenar-benar permata,
Wahai sekalian yang ku cinta.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 8 Dzulqaedah 1433 H = 24 september 2012 M,
Jam 10.14 pagi,
Pulau Pinang.

ANOK MELAYU

Bangge sungguh anok Melayu,
Lawonye rupe comel laku,
Orang kite beringat selalu,
Kitelah bangse Melayu.

Dok duane duane,

Ingatlah sokmo asal kite,
Hidup kite ade agame,
Hok tulah panduan kite.

Anok Melayu...anok Melayu,
Hati waje serupe dulu,
Sejaroh kite janganlah lupe,
Jangan jadi dok reti base.

Mari kite pakat bersatu,
Bior kuat orang kite,
Jangan mudoh kite layu,
Mudoh jatuh sebab rete.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 8 Dzulqaedah 1433 H = 24 September 2012 M,
Jam 7.28 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang.

ULAMA' KURA-KURA

Berserban kemas berjubah labuh,
Selendang indah di bahu tersangkut,
Beramal dari terbitnya Subuh,

Adalah dia ramai pengikut.

Namun itu pelbagai pula,
Yang benar itu warisnya anbiya',
Ada pula jenisnya perosak,
Ambillah yang benar dalam tapisan.

Ulama' yang benar itu bersifat,
Tiada takut dalam berhujjah berkata,
Pada menteri apalagi Raja,
Takutnya hanya Allah lah semata.

Ulama' jahat pula keparat,
Luarnya indah dalamnya berkarat,
Takut berkata nantikan hilang pangkat,
Amboi takutnya hidup melarat.

Ulama' kura-kura ramailah kini,
Takut bersuara menjerat diri,
Ilmu yang ada apalah gunanya,
Jika yang ditakuti pemimpin pula.

Ulama' yang benar sangatlah berani bersuara,
Apa yang dikalam ilmulah puncanya,
Walau apa kesannya orang perbuat,
Hidupnya kerna Allah semata.

Lantang bersuara bercakap panjang,
Bila ada perihal bersimpang,
Takut bersuara apa yang benar pula,
Itulah dia ulama' kura-kura.

Hal yang benar takut bersuara,
Dalam jubah disorok kepala,
Ibaratnya lagak si kura-kura,
Bila bertentang dengan manusia.

Wahai ulama' yang melata,
Benarlah kalian atas kata dan berbuat,
Takutlah hanya Allah semata,
Janganlah jadi si kura-kura.



Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 8 Dzulqaedah 1433 H = 23 September 2012 M,
Jam 8.55 malam,
Pulau Pinang.

GURINDAM ADAB ILMU

Bismillahirrahmanirrahim bermulalah kalam,
Selawat salam teruslah hadhrat junjungan.

Perkumpulan majlis rahmat lagilah indah,

Tahulah olehmu akannya raudhotul jannah.

Akan sekian ambillah tahu,
Itulah kalamku majlisnya ilmu.

Jika hendak mengenal mana sahabat mana seteru,
Lihatlah bagaimana adab berguru.

Pandai-pandailah memilih duku,
Panduan hayat kenalah berguru.

Ilmu yang jazam jadilah pasak,
Silap berguru terbaliklah akhlak.

Menulis itu dengannya qolam,
Di majlis ilmu hendaklah diam.

Kasturi harum dihulur tangan disua,
Tahan dirimu beradablah ketawa.

Berdiamlah santun jangan bergurau,
Dilihat guru darah berderau.

Sungguh indah pesan-pesanan,
Keleklah kitabmu di dada kanan.

Ada yang ke majlis difikirkannya makan,
Isi kitab hendaklah kau muliakan.

Dalamnya nama Allah dan Rasul junjungan,
Kurang ajarmu nantilah penangan.

Jagalah adab perelokkanlah pakaian,
Janganlah berbunyi membelek helaian.

Kepala besar hingga berbayang,
Pandanglah guru berkasih sayang.

Sakit berusung mengaji bertunda,
Sopanlah santun jangan bersenda.

Aduhai kamu rendahkan suara,
Guru bercakap dengarlah semua.

Mengaji kitab itu bab demi bab,
Jangan kau letak pen atas kitab.

Masa mengajimu jangan dipilis-pilis,
Apa didengar hendaklah kau tulis.

Tiada kau tahu lalu kau tanya,
Berguru tiada adab tiada berkatnya.

Tok guru ralit mengira pitih,
Eloklah amat berpakaian putih.

Dalam belajar hendaklah pakat,
Majlisnya ilmu dikunjung malaikat.

Ketahuilah sahabat adabnya belajar,
Faham tiada akan ku lempar.

Adalah sunnah engkau bersugi,
Jangankan ilmu diletak di kaki.

Indah sungguh ukirannya dokoh,
Tak faham juga memang bodoh.

Sudah disuruh sudah diingatkan,
Perlaku juga memanglah bangang.

Apa kau dapat jadilah ilmu,
Gunakan ia memandu hidupmu.

Ilmu engkau faham biarlah bertahan,
Apa yang benar jangan bantahan.

Sedekah pun boleh dengannya jimak,
Jangan dilanggar apa yang ijmak.

Belajarlah berkuda juga memanah,
Ilmumu itu suatu amanah.

Apa dikata diajar fahamkan,
Apa yang tahu jangan sembunyikan.

Kuatnya kunci akan kau umpil,
Jangan kau menjadi tok guru bakhil.

Sudah masanya undur hei rakan,
Pergilah keluar pergilah sampaikan.

Aduhai saudara sahabat bijaksana,
Mohonlah sama selamat di sana.

Takzim bersalam sempurna berkalam,
Berpisahlah kalian dengannya salam.

Selawat salam janji berwa'ad,
Allahumam sholli 'ala Sayyidina Muhammad.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 8 Dzulqaedah 1433 H = 23 September 2012 M,
Jam 8.35 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang.

AHLUL BAITIN NABI

Wahai Ahlul Bait Nabi shollallah,
Kalian dari leluhur termulia,
Ahlul Bait yang suci terpelihara,

Ya Ahlal Baitil Musthofa.

Kalianlah pengaman di bumi,
Gunung ilmu dan gedungnya sekali,
Mencintai kalian diwasiatkan Nabi.,
Menceduk ilmu daripada lubuknya.

Ya Ahlal Baitin Nabi,
Pada kalian turunnya rahmat,
Yang bersambung padanya Baginda,
Wahai para solihin dan waliyullah.

Dipesan Rasul shollallah,
Dalam riwayat yang berbeda,
Khazanah ditinggalkan ialah kalian,
Mengikutinya tiada sesat selama.

Wahai keturunan yang suci,
Mengasihimu dari lubuk hati,
Mengikutimu ats tareqat ini,
Agar terbimbing diri kami.

Para Habaib yang mulia,
Biarlah kami bersamamu,
Bimbinglah kami ke jalan Tuhan,
Dan tenggelam dalam cinta Rasul.

Wahai Ahlul Bait yang terpelihara,
Nasihatilah daku dengan kalammu,
Bimbinglah daku dengan ilmumu,
Pimpinlah daku dengan tanganmu.



Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 7 Dzulqaedah 1433 H = 23 September 2012 M,
Jam 5.25 petang,
Pulau Pinang.

YA YA ALLAH

Ya Ya Allah Allah Ya Allah,
Ya Ya Allah Allah Ya Allah,
Ya Ya Allah Allah ya Allah,
Ya Dzaljalali wal Ikram.

Irhamna Allah Ya Allah,
Bariklana Allah Ya Allah,
Isyfa'lana Allah Ya Allah,

Ya Robbana Ya Allah.

Ma'an Nabi shollallah,
Nur Muhammad shollallah,
Ya Sayyidir Rusli hadina,
Isyfa'lana ya Rasulullah fi Yaumul Akhirah.

Bin Nurin Nabi shollallah,
Nurul qolbi 'alat Thoriqoh,
Thoriqol Hadi Ya Rasulullah,
Ma'an Nabiyyi ilal Jannah.

Taqobbalna minna du'a ana,
Ya Robbana Ya Sami'na,
Ighfirlana min dzunubana,
Udkhulna ilal Jannah.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 7 Dzulqaedah 1433 H = 23 September 2012 M,
Jam 4.30 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.

Saturday 22 September 2012

YA AHLIL QIYAM




Qolallahu Ta'ala,
Ya ayyuhal muzzammil..Qumillailla illa qolila,
Nishfahu awinqhus minhu qolila,
Auzid 'alaihi warottilil Qurana tartila.

Wahai hamba-hamba yang khudhu',

Hiasilah malammu dengan qiyam,
Dengan tahajjud dan zikrullah,
Ya ahlil qiyam.

Ruku' dan bersujudlah wahai hamba,

Di saat insan lena di peraduannya,
Si hamba bersimpuh dalam keta'atan,
Sendirian di hadapan Tuhan Azzawajalla.

Dalam kedinginan malam,

Dan kesayuan hati yang bersinar terang,
Dalam amat kerinduan,
Menghadap yang dirindui setiap malam.

Ya ahlil qiyam,

Bersinar wajahmu dengan nur,
Bersinar dengan tanda kesolehan,
Di wajah ahli-ahli qiyam.

Bersimpuh lemah dalam tangisan,

Tangisan hati yang paling dalam,
Mengakui setiap kesalahan,
Menitislah dari matanya mutiara keinsafan.

Mendayu suaramu mengalunkan zikrullah,

Melimpahlah nur di qolbu dan genangan,
Di mata yang tenggelam zhouq,
Hinggalah hilang rasa diri di sejadah.

Ya ahlil qiyam,

Dikasihi dirimu oleh Allah penguasa 'alam,
Terkenal namamu di langit tinggi,
Si hamba yang mukhlis menghadap Ilahi.

Teresak tangisanmu dalam bacaan,

Ayatul Quran dan makna kalam,
Tenggelam zhouq yang amat indah,
Qolbu terasa sejuk siraman cahaya indah.

Sujudmu diziarahi Malaikat,

Zikirmu menghancurkan kotoran hatimu,
Menggilap bersih sebersih wajahmu,
Ahlil qiyam yang dirahmati Tuhan.

Kalam do'amu naik ke langit indah,

Do'a seorang hamba ahli tahajjud,
InsyaAllah tiada padanya barzakh,
Allah mengasihi ahlil qiyam itu.

Ya ahlil qiyam,

Istiqomahmu dalam pertemuan,
Dalam kerinduan menuju Tuhanmu,
Nikmat indah bersama-Nya.

Duhai Allah Yang Maha Mengabulkan,

Jadikanku hamba yang istiqomah,
Berqiyamullail setiap malam yang indah,
Bersama-Mu nikmat terindah.




Karangan oleh:

PEDANG TIMUR BERKELANA,
Sabtu, 22 September 2012 M,
Jam 10.54 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang

Friday 21 September 2012

KHUTBAH - PANGGILAN JIHAD MEMBELA AGAMA ALLAH

(KHUTBAH PERTAMA)

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَل

ِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai sekalian hamba Allah Subhanahuwa Ta'ala. Bertaqwalah kalian seluruhnya kepada Allah Subhanahuwa Ta'ala dengan sebenar-benar ketaqwaan kepada-Nya dan janganlah kalian mati melainkan dalam keadaan Islam dan Iman dan dalam keadaan membela agama Allah dan Rasul-Nya shollallahu 'alaihi wasallam dalam keadaan redha berserah kepada Allah Azzawajalla semata.

Saya menyeru dan mengingatkan kepada kepada diri saya sendiri dan sekalian kamu wahai saudara-saudaraku agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Azzawajalla setiap masa dengan melaksanakan segala apa yang diperintahkan oleh Allah Subhanahuwa Ta'ala dan meninggalkan segala perkara yang dilarang dan ditegah oleh Allah Subhanahuwa Ta'ala. Manakala dalam masa yang sama pula terus-terusan berselawat dan mengalunkan puji-pujian ke atas junjungan termulia, makhluk Allah yang terbaik Baginda Nabi Muhammad Al-Musthofa shollalahu 'alaihi wasallam, semoga nantinya kita bersama Baginda shollallahu 'alaihi wasallam pada hari perhimpunan besar akan datang.....amin

Wahai seluruh saudaraku Muslimin,

Bahawasanya Allah Subhanahuwa Ta'ala telah berfirman di dalam kitab Al-Quranul 'Azhim dalam Surah At-Taubah ayat yang ke empat belas.

(انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالاً وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيْلِ اللهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ) (التوبة: 14)

Maksudnya: “Berangkatlah kamu untuk berperang baik kamu merasa ringan maupun kamu merasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (Surah At-Taubah: 41).

Jihad adalah bermakna berusaha keras dan mencurahkan segala kemampuan dalam rangka perang, dilakukan juga dengan lisan atau apa saja kemampuannya. Manakala secara syariatnya pula adalah memerangi orang-orang kafirin dalam perjuangan untuk meninggikan kalimat Allah dan hukum Allah serta bahu-membahu dalam melaksanakannya. Allah memerintahkan orang-orang Islam untuk memerangi orang-orang kafir setelah pensyari'atan jihad atau berperang ini diturunkan.

Jihad disyariatkan bagi membela dan mempertahankan agama Allah dan Rasul-Nya mengikut panduannya pula sebagaimana yang telah dipesan oleh Baginda Nabi Muhammad shollallahu 'alaihi wasallam kepada para Mujahidin ke medan peperangan. Apabila kalian diseru ke medan jihad untuk meninggikan syi'ar Islam, maka adalah wajib bagi wahai saudara-saudaraku sekalian memenuhinya kecuali sebahagian untuk tafaqquh fiddin, menjaga kota dan seumpamanya. Dalam keadaan berat mahupun ringan, seruan itu wajib disahut bagi mereka yang berkemampuan ke medan perang, dan boleh juga berjihad itu dengan menyumbang harta kekayaan yang dikurniakan oleh Allah Azzawajalla kepada kalian untuk menyediakan keperluan perang, program membangkitkan semangat juang Muslimin. Harta kurniaan Allah hendaklah dibelanjakan apabila ianya diperlukan untuk membela agama Allah yakni Al-Islam kerana Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih. Tiadalah agama yang diredhai Allah Azzawajalla melainkan Islam sahaja. Maka itu, ianya memerlukan pengorbanan yang besar bagi melaksanakan misi jihad ini. Para sahabat nabi rodhiyallahu 'anhum pada zaman itu membelanjakan harta mereeka di jalan Allah bagi melaksanakan jihad fi sabilillah sama ada seluruhnya, separuh atau sebahagiannya. Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq rodhiyallahu 'anhum membelanjakan segala hartanya ke jalan Allah tanpa meninggalkannya sedikit pun, apabila ditanya oleh Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam, apa yang ditinggalkan untuk keluargamau wahai Abu Bakar? Jawabnya, Allah dan Rasul. Subhanallah, teguh dan tingginya iman para sahabat rodhiyallahu 'anhum dalam membela dan berjuang di jalan Allah dan Rasul-Nya yang tercinta.

Wahai seluruh saudaraku Muslimin,

Jihad fi sabilillah adalah perintah Allah Subhanahuwa Ta'ala. maka wajiblah taat akan perintah apabila diperlukan kalian berbuat demikian. Allah mengancam mereka yang enggan keluar berperang sabil dengan firman-Nya di dalam Surah At-Taubah ayat ke 29 yang berbunyi.

(إِلاَّ تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيْمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرُكُمْ وَلاَ تَضُرُّوْهُ شَيْئًا وَاللهُ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ) (التوبة: 29)

Maksudnya: “Kalau kamu tidak mau pergi berperang, nicaya Allah akan menyiksa kamu dengan siksaan yang pedih dan digantinya kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak dapat memberi kemudharatan kepada Nya sedikitpun. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah At-Taubah: 39).

Sungguh besar dan beratlah ancaman Allah ke atas mereka yang enggan menyediakan dirinya untuk tumbang di jalan Allah. Apabila Allah mengkehendaki untuk menyiksa sesuatu kaum itu adalah amat mudahnya bagi Allah Azzawajalla. Darah dan jasad yang kalian serahkan kepada Allah adalah sangat mulianya di sisi Allah, mereka yang mati syahid dalam berperang sabil amat mulia, pengorbanan sebesar ini bukanlah dilakukan jika tiada mempunyai Iman yang kukuh, teguh dan mantap kepada Allah Subhanahuwa Ta'ala serta tawakkal ilallah yang sebenar-benarnya. Oleh itu, apabila agama dihina, rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam dihina kemuliannya Baginda, maka wahai sekalian saudaraku bangkitlah dengan diri dan kelengkapan kalian menuju musuh-musuh itu dengan semangat dan keberanian yang tinggi. rasulullah shollallahu 'alaihi wasalalm telah bersabda dalam sebuah hadith baginda berbunyi.

لاَ هِجْرَةَ بَعْدَ الْفَتْحِ وَلَكِنْ جِهَادٌ وَنِيَّةٌ فَإِذَا اسْتَنْفِرْتُمْ فَانْفِرُوْا .)رواه البخاري.

“Tidak ada hijrah (dari Mekah ke Madinah) setelah pembebasan kota Mekah. Yang ada ialah jihad dan niat (yang baik). Maka oleh sebab itu bila kamu diseru untuk berjihad memerangi orang kafir maka keluarlah". (HR Bukhari).

Kita adalah ummat akhir zaman yang berada dalam ancaman musuh daripada segala aspek. Kita menjadi lemah kerana kurangnya Iman dan jasad-jasad telah diisi dengan pelbagai makanan yang syubhah bahkan haram, maka kebergantungan dan ma'unah daripada Allah Subhanahuwa Ta'ala menjadi lemah. Dan adalah sukar dalam keadaan begini bagi mendapatkan rahmat dan bantuan daripada tentera Allah yang tidak kelihatan kerana pencemaran pegangan dan jasad serta rohaninya.

Wahai seluruh saudaraku Muslimin,

Adalah amat penting bagi ummat sekarang ini untuk kembali menguasai ilmu-ilmu peperangan seperti memanah, berkuda, berpedang dan sebagainya yang perlu termasuk taktik peperangan. Selain menghidupkan amalan sunnah rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam, ianya adalah suatu perkara yang besar yang tidak boleh sama sekali dipandang remeh oleh umat Islam pada hari ini. Kita adalah umat yang terakhir, yang mana pada zaman ini adalah zaman yang dijanjikan akan kebangkitan Islam yang besar dan pembelaan Islam yang besar di bawah pimpinan Khalifah Allah Al-Imam Mahdiyyul Muntazhor.
Wahai saudaraku, persiapkanlah diri dan rohani kalian untuk menyahut panggilan Allah atas hal yang besar ini.
Pada hari ini, orang-orang kafir sudah mula dengan beraninya menghina agama Islam dan Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam sewenang-wenangnya rentetan kelemahan umat Islam juga, yang tiada semangat pembelaan dan perjuangan yang sebenar. Tiba masanya, kita akan mengangkat senjata, menghunus pedang dan memacu kuda-kuda perang yang amat ganas meluruh musuh-musuh Allah dengan takbir yang menggegarkan alam ini. kan tiba masanya kita membela segala perkara yang dilakukan kuffar selama ini. Biarkan tubuh kita ditikam, ddipancung atau apa saja, biar kita tetap teguh dalam berjuang hingga kemenanganlah yang kita dapatkan dengan bantuan dan izin Allah jua.

Kuda-kuda perang yang tangkas itu akan menghambur ke dalam pasukan musuh tanpa takut sedikit pun. bahkan saudaraku, Allah Subhanahuwa Ta'ala bersumpah dengan kuda-kuda perang di Surah Al-'Adiyat. Nikmat mencantas, mencincang dan menghancurkan pasukan musuh-musuh Islam itu adalah suatu kurniaan yang besar kepada kita apabila menyahutnya.

Adalah juga menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam ini, untuk membela saudara-saudara seagama kita di mana-mana saja dengan jihad fi sabilillah dengan apa cara sahaja yang kita mampu hatta dengan doa. Saban hari, di negara kuffar Muslimin diperangi dan didiskriminasi kerana mereka adalah Muslim. Saudaraku, darah balasannya darah, perang balasannya perang. Jeritan dan teriakan saudara-saudara kita di mana-mana saja yang ditindas, yang meminta tolong kepada kita saudara Muslimin ini akan kita bela dengan segala kekuatan yang kita miliki dengan izin Allah, insyaAllah.

A'udzubillahi minasy syaitonirrojim,

(وَإِنِ اسْتَنْصُرُوْكُمْ فِي الدِّيْنِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ) (الأنفال: 72).

“Bila mereka minta tolong kepadamu dalam membela agamanya, maka wajib atas kamu menolong mereka”. (Surah Al-Anfal: 72)

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk menyahutnya...Amin

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

***********

(KHUTBAH KEDUA)

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai saudaraku sekalian,
Bertaqwalah kalian seluruhnya kepada Allah Subhanahuwa Ta'ala dengan sebenar-benar ketaqwaan kepada-Nya dan janganlah kalian mati melainkan dalam keadaan Islam dan beriman.

Mereka yang gugur di medan jihad sabilillah ini adalah para syuhada' yakni orang-orang yang gugur syahid dalam membela agama Allah dan Rasul. Kita dapat melihat di mana-mana negara jiran, umat Islam ditindas semahu-mahunya oleh orang-orang kafirin. Oleh yang demikian, mimbar menyeru untuk kalian semua yang beriman kepada Allah dan Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam untuk bersatu atas nama Allah, iaitu demi Islam tanpa mengira fahaman apa pun pada kalian dan buanglah sejauh-jauhnya daripada dada-dada kalian amalan demokrasi yang bathil.

Allah Subhanahuwa Ta'ala telah menyatakan di dalam Al-Quranul Karim dengan firman-Nya.

(وَقَاتِلُوْا الْمُشْرِكِيْنَ كاَفَّةً كَمَا يُقَاتِلُوْنَكُمْ كاَفَّةً وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ) (التوبة: 26)

Maksudnya:“Dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwa Allah itu beserta orang-orang yang bertakwa” (Surah At- Taubah: 36).

Marilah kita perangi orang-oramg kafir sebagaimana mereka memerangi orang-orang Islam. Pembelaan dan pembalasan ke atas saudara-saudara kita di mana-mana saja saudaraku. Perangilah mereka itu dari segala arah dan keadaannya.

Rasulullah Shollallahu 'alaihi wasallam menyatakan dalam hadith Baginda.

مَنْ قُتِلَ دُوْنَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَمَنْ قُتِلَ دُوْنَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُوْنَ دِيْنِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُوْنَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ[8]
Maksuddnya: “Barang siapa terbunuh karena membela hartanya maka dia itu syahid dan barangsiapa terbunuh karena membela darahnya maka dia itu syahid dan barang siapa terbunuh karena membela agamanya maka dia itu syahid dan barangsiapa terbunuh karena membela keluarganya maka dia itu syahid” (HR Tirmidzi dan Nasai).

Wahai sauadarku sekalian,
Marilah kita sama-sama berusaha dan bangkit untuk membela Muslimin yang ditindas diperangi kafirin di mana saja dan membacakan Qunut Nazilah buat mereka dan mendo'akan pasukan perang kita. InsyaAllah.

Allahummaghfirli Muslimina wal Muslimat, wal Mu'minina wal Mu'minat birahmatikaya arhamarrohimin. Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka, goncangkan pendirian mereka dan hantarkanlah anjing-anjing-Mu kepada mereka.
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
Robbana atina fiddunya hasanah wal akhiroti hasanatan waqina 'adz bannar.
Istabillahumma du'a ana (3x)...amin

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Allahuakbar....Allahuakbar....Allahuakbar.......
 
 
 
Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Sabtu, 6 Dzulqaedah 1433 H = 21 september 2012 M,
Jam 9.30 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang.

YA NUR

Ya Nur...Ya Nur...Ya Nur,
Ya Hadi Ya Musyaffi',
Anta Nur fil a'lam,

Nur Muhammad shollallah.

Engkau cahaya segala cahaya,
Cahayamu meliputi segala sesuatu,
Cahayamu memulai sesuatu,
Membentuk alam raya ini.

Wajahmu yang amat bercahaya,
Laksana sinar mentari amat terang,
Terbias cahaya amat menerangi,
Dengan pancaran cahaya wajahmu.

Wahai cahaya permata alam,
Barisan gigimu yang sungguh mulia,
Bercahaya tatkala dirimu tersenyum,
Cahaya aduhai cahaya mataku.

(Korus)

Cahayamu menerangi hati-hati,
Bersinar terang ke hati nurani,
Ya Nur...Ya Nur...Ya Nur,
Ya Rasulullah salamun 'alaik.

Ya Nur Ya Muhammadurrasulullah,
Syafa'atkanku wahai Nur,
Bantulah umatmu Ya Nur,
Menuju jannatul Firdausi denganmu Nur.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Juma'at, 5 Dzulqaedah 1433 H = 21 September 2012 M,
Jam 2.57 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.

Thursday 20 September 2012

KHUTBAH - SERUAN BERSATU MEMBINA KEKUATAN UMMAH

(KHUTBAH PERTAMA)

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh,

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah. Bertaqwalah kalian kepada Allah Subhanahuwa Ta'ala dengan sebenar-benar ketaqwaan kepada-Nya dan janganlah kalian mati melainkan dalam keadaan Islam dan Iman kepada Allah Subhanahuwa Ta'ala.

Saya menyeru dan mengingatkan kepada kepada diri saya sendiri dan sekalian kamu saudaraku agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Azzawajalla dengan melaksanakan segala apa yang diperintahkan Allah dan meninggalkan segala perkara yang dilarang dan ditegah oleh Allah Subhanahuwa Ta'ala.

Sekalian saudaraku sidang jema'ah.

Allah Subhanahuwa Ta'ala telah berfirman di dalam Surah Ali-Imran ayat ke 103.

Maksudnya: “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara” (Surah Ali-Imran: 103).

Islam amat mementingkan penyatuan dan persaudaraan yang teguh erat di kalangan penganutnya kerana ikatan ini diikat oleh kalimah mulia Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. Maka menjadilah kalian sebagai 'saudara' dan haramlah bagi kalian memusuhinya. Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam mempersaudarakan di antara 'Ansar dan Muhajirin lalu mereka bersatu atas dasar Islam dan menjadi umat yang kuat dan digeruni pada zamannya, dan asbab perjuangan merekalah kita dapat berpegang dan menganuti Islam pada hari ini. Alhamdulillahi robbil 'alamin.

Dalam ayat di atas, Allah Subhanahuwa Ta'ala telah memerintahkan agar orang-orang yang beriman itu bersatu di atas tali yakni Ad-Din Allah Subhanahuwa Ta'ala iaitulah Al-Islam.
Dengan kesatuan yang jitu di antara kalian, maka terbentuklah kekuatan yang amat ampuh dan kuat yang tidak mudah retak bahkan hancur dengan ancaman dan provokasi musuh-musuh Islam ibarat yang diumpamakan dalam pepatah Melayu, sebatang lidi boleh dipatahkan dengan mudah namun ia tidak mampu dipatahkan apabila diikat dalam jumlah yang banyak. Begitulah perumpamaan umat Islam yang bersatu dan tidak.

Allah Subhanahuwa Ta'ala juga mengingatkan kalian saudaraku agar tidak sesekali berpecah belah dalam kesatuan 'aqidah hingga berpecah menjadi firqah-firqah yang membawa fahaman masing-masing hingga membarah dalam masyarakat Islam. Apabila perpecahan berlaku di kalangan umat islam sendiri, maka lemahlah kekuatan mereka itu ibarat buih di lautan, ramai tetapi tiada kekuatan. Namun janganlah sesekali kalian mengikuti akan firqah yang ternyata menyeleweng dari Islam sebagaimana firqah
Wahhabiyyah, Mujassimah, Syi'ah, Muktazilah dan seumpamanya serta pemikiran dan ideologi yang menyimpang langsung hingga mentajsimkan Allah Subhanahuwa Ta'ala. Wal iya dzubillahi min dzalik.

Sekalian saudaraku sidang jema'ah.

Ingatlah dan simpanlah benar-benar di hati kalian bahawa kita adalah umat akhir zaman yang berhadapan dengan godaan zaman dan cabaran moden yang amat berbisa. Musuh-musuh Islam telah berusaha sekian lamanya untuk menghancurkan Islam dan penganutnya secara kekuatan fizikal namun tidak berjaya dan tidak mampu mencapai harapan mereka. Lalu mereka menggunakan suatu kaedah yang amat halus yakni menyerang dalaman umat Islam melalui kaedah yang akan menjauhkan penganut Islam lebih jauh daripada Allah dan Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam. Nampaknya melalui kaedah ini, mereka berjaya melemahkan umat Islam apabila golongan muda terutamanya sudah jauh dari pelaksanaan syariat dan sunnah Nabi Muhammad Al-Musthofa shollallahu 'alaihi wasallam. Allah sudah tiada ditakuti dan diingat di hati-hati Muslimin dan Rasululullah shollallahu 'alaihi wasallam sudah jauh di hati Muslimin, apatah lagi untuk mengikuti sunnah-sunnah Rasul yang mulia.

Saudaraku,
Mimbar menyeru kalian semua agar bersatu di atas 'aqidah Islam yang mantap sebagai suatu jema'ah yang kuat di atas Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, hanya inilah golongan yang selamat daripada tujuh puluh dua golongan lagi. Kekuatan kita sebagai umat yang satu sedang diuji dan teruji dengan agenda-agenda musuh Islam untuk memisahkan kita menjadi buih-buih yang halus yang mudah dihancurkan dengan amat mudah. Apabila kita mula berprasangka sesama kita dan memisahkan diri daripada jema'ah maka lemahlah kita dan mudahlah musuh menyelinap dan menghancurkan Islam dari dalam dengan menggunakan orang-orang Islam sendiri. Namun jika kesatuan kita amat teguh dan tidak sesekali tergoda dengan cubaan musuh, insyaAllah kita dengan Iman dan Islam, dapat mematahkan mereka.

Sekalian saudaraku sidang jema'ah,

Aku menyeru kalian membuang perbezaan fahaman politik kalian yang telah tertanam dalam dada kalian, sungguh halangan besar umat Melayu-Islam di Malaysia ini adalah perbezaan fahaman politik yang pekat sehinggakan sanggup melawan saudara seagama dan berbaik-baik dengan kafirin demi survival politik mereka. Demokrasi adalah ciptaan musuh Islam, Yahudi la'natullah. Ia bukanlah sistem yang sepatutnya ddiambil dan diterima oleh umat Islam itu, lihatlah apakah demokrasi itu boleh menyatukan kalian atau membesarkan jurang di antara kalian?
Dua puak terbesar Melayu-Islam yang sentiasa bertelagah ini mestilah membuang segala fahaman mereka dan bersatulah hanya atas sebenar-benar dasar yakni Islam. Tiada yang lain melainkan Islam semata-mata. Apa salahnya saling memperbetulkan sesama kalian daripada bertelagah hingga memberi peluang kepada kafirin di Malaysia ini mencari peluang atas kelalaian kita sendiri, dan para ulama' juga wajiblah memainkan peranan mereka menyatukan golongan ini. Maksud saya adalah ulama' yang neutral yang hanya Allah Subhanahuwa Ta'ala semata-mata bagi mereka, bukan politik.

Perpecahan kita langsung tidak menguntungkan, bahkan kita pula yang memberi ruang dan 'kaedah' keepada musuh Islam bagaimana untuk menghancurkan Islam melalui kita sendiri yakni penganut Islam. Apabila kita sanggup membuang dan bersatu dengan sebenar-benarnya, percayalah kita akan menjadi teguh seperti tembok batu yang gagah yang tidak mudah terkesan walau serangan musuh amat dahsyat. Tetapi sekiranya kita masing-masing berdegil dan membela fahaman dan puak sendiri sahaja,tatkala itu syaitan dan bala tenteranya serta orang-orang kafir sudah berada di antara kita, lalu mencucukkan jarum perbalahan sesama kita. Alangkah ruginya kita apabila sanggup membela kuffar daripada saudara seagama sendiri.

Ingatlah akan wasiat daripada junjungan yang termulia kita, sebaik-baik makhluk Allah di jagat raya ini untuk kita semua wahai umat islam, wahai saudaraku semua. rasulullah Al-Musthofa shollallahu 'alaihi wasallam telah berpesan dalam hadith Baginda shollallahu 'alaihi wasallam yang mulia. Dalam sebuah hadith, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ. (الإمام مالك

Maksudnya: Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.).

(Imam Malik).

Oleh itu saudaraku, jadikanlah ini sebagai panduan dan standard yang perlu kita ikuti, kenapa standard aturan ciptaan manusia itu ditakuti sedangkan standard Allah dan Rasul-Nya diabaikan bahkan tiada rasa ditakuti pula.

A'udzubillahi minasy syaitonirrojim.

يُرِيدُونَ لِيُطْفِؤُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

Maksudnya: "Mereka sentiasa berusaha memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

(Surah Ash-Shof ayat 8)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ





Oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Juma'at, 5 Dzulqaedah 1433 H = 21 September 2012 M,
Jam 12.20 tengah hari,
Pulau Pinang.

WAHAI NABIKU

Wahai Nabiku,
Aku merinduimu,
Dalam setiap hembusan nafasku,
Dalam hatiku ada namamu.

Dengarlah esak tangisku,
Memanggilmu kekasihku,
Merindukan dirimu,

Saban waktu itu.

Selawat salamku atasmu,
Tanda cintaku itu,
Seorang kekasih perindu,
Tentu diseru-seru selalu.

Wahai Nabiku,
Wahai penenang jiwaku,
Pandanglah daku,
Ku amat merinduimu.

Selawat dan kerinduanku,
Saban waktu padamu,
Lantaran cinta yang jitu,
Oh kekasih hatiku.

(Korus)

Duhai Nabiku teragung,
Memandangmu sesaat jua,
Cukuplah bagiku,
Namun biarlah selama begitu.

Ku takut Nabiku,
Diriku menjadi pencinta palsu,
Yang di hati menipu,
Ku mohon selamat dari hal itu.

Wahai Nabiku wahai Anwar,
Dengarlah setiap bait selawat,
Dan syair yang ku alunkan,
Dalam mengubati kerinduanku.





Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 4 Dzulqaedah 1433 H = 20 September 2012 M,
Jam 6.50 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.

BERSIMPUH PADA-MU

Ku bersimpuh lemah,
Di hadapan-Mu Robbi,
Tertunduk lemah malu,
Ku tahu kehinaan diriku.

Ku beramal pada-Mu,

Namun kau tahu isi hatiku,
Bagaimana niatku,

Ku bersimpuh pada-Mu.

Ku terduduk menangisi,

Diriku yang lemah Robbi,
Tersungkurku di hadapan-Mu,
Lantaran gementarnya diriku.

(Korus)


Dengan keagungan-Mu Tuhan,

Yang memiliki sekalian 'alam,
Kekuasaan-Mu Tuhan,
Yang MahaTinggi dari segalanya.

Allahummaghfirli fidz dzunubi,

Ampunkan daku Tuhan,
Ku bersimpuh pada-Mu,
Merintih mengharap ampunanmu.

Ku amat takut Tuhanku,

Ku kembali pada-Mu nanti,
Dalam keadaan dosa-dosaku,
Yang tak terampunkan-Mu.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 4 Dzulqaedah 1433 H = 20 September 2012 M,
Jam 6.22 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.

ANDAIKU PERGI DULU

Aku hanyalah insan,
Yang hidup dalam gelumang,
Ampunan-Mu ku pohonkan,
Hanya pada-Mu Yang Satu.

Andaiku pergi dulu,
Andai ku meninggalkanmu,
Perpisahan denganmu,
Tabahlah duhai dirimu.

Kita ini hanyalah hamba,
Tiada kan kekal di dunia,
Setiap yang bernyawa,
Pasti kan kembali jua.

Duhai kalian yang bersamaku,
Ampunkan salah silapku,
Pada kalian selama ini,
Kerna ku pergi takkan kembali.

Ku pohon halalkan hutangku,
Halalkan makan minumku,
Lupakan persengketaanku,
Agar tenang 'perjalananku'.

Andai ku berpisah,
Meninggalkan yang fana',
Hadiahilah padaku insan,
Amal yang membantuku.

Andaiku pergi dulu,
Kembali menuju Yang Satu,
InsyaAllah kan ketemu,
Di hari Mahsyar nanti.
 
 
 
 
Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 4 Dzulqaedah 1433 H = 20 September 2012 M,
Jam 4.30 petang,
Pulau Pinang.

DUHAI AYAHKU


Dalam titisan hujan dan gerimis,
Bawah terik sinaran mentari,
Dikau setia memerah keringatmu,
Buat sesuap nasi keluargamu.

Ayahku,
Dulu sama berkubang di sawah,
Menanam dan menuai padi-padi,
Hingga kini dikau gigih ayahku.

Duhai ayahku,
Ada tika sikapku membuat dirimu,
Terluka di hati dan jiwamu,
Hatimu menangis bukan wajahmu.

Cekalmu dalam menanggung,
Kehidupan keperluan keluargamu,
Tiada hentinya dirimu berusaha,
Seolah tiada derita pada dirimu.

Ayahku,
Kini dirimu cekal berdiri,
Dalam teguhnya prinsip dan zikri,
Dalam tareqah Naqsyabandiyyah.

Siang mahupun malam-malamku,
Allahummaghfirli waliwalidayya warhamhuma kama
robbayani soghiro,
Doaku buatmu ayah ibuku sentiasa,
Ku panjatkan ke hadhrat Yang Esa.

Ayahku,
Semoga kuat dirimu bersama Robbmu,
Dalam melalui liku jalan ini,
Doaku sentiada buatmu bersamaku, ayahku.



Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 4 Dzulqaedah 1433 H = 20 September 2012 M,
Jam 11.33 pagi,
Pulau Pinang.

Wednesday 19 September 2012

TOKKI

Adakala ku terkenangkanmu,
Saat bersamamu dulu,
Bersamamu duhai datukku,
Yang kami panggilmu Tokki.

Bersiah riak wajahmu,
Janggut putihmu disisir rapi,
Senyum guraumu menceriakan,
Memanjakan kami cucu-cucumu.

Terkenangku di saat sakitmu,
Di pembaringan akhir usiamu,
Namaku dan abangku Abdullah,
Selalu kau panggilkan.

Kini segalanya berlalu,
Mencengkam sudut hatiku,
Di saat terkenangkanmu,
Berlalulah tikanya bersamamu.

Riak sedih abangku,
Tiada dapat menatap wajahmu,
Di saat pemergian dan pengebumianmu,
Kerna dia menghadapi peperiksaannya.

Hanya kuburmu ku ziarahi,
Amal dan zikir ku hadiahi buatmu,
Semoga Allah mengampunkanmu,
Kerna salah khilafmu dulu.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 4 Dzulqaedah 1433 H = 20 September 2012 M,
Jam 8.13 pagi,
Pulau Pinang.


SYAIR BUATMU IBU

Ku lagukan syair ini,
Buatmu oh ibuku,
Ku tahu kau menyayangiku,
Kerna dirimu ibuku.

Ku mengguris hatimu,
Ku menyakiti jiwamu,
Kerna kerenah perangaiku,

Terlukalah batinmu.

Wajahmu yang penuh kasih,
Saat memandang diriku,
Tiada kau tunjukkan,
Kelukaan di wajahmu.

(Korus)

Ampunkan daku ibu,
Kerna dosaku padamu,
Ku tahu kau disakitiku,
Namun kau pendamkan itu.

Maafmu ku pohonkan,
Doa buatmu ku panjatkan,
Saban siang dan malamku,
Agar Allah mengasihi menjagamu.

Ampunkan daku ibuku,
Ampunkan daku Ya Tuhanku,
Diriku menyayangimu,
Syurga di tapak kakimu.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 4 Dzulqaedah 1433 H = 20 September 2012 M,
Jam 7.44 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang.

YA IMAM MAHDIYYUL MUNTAZHOR

Ya Imam Mahdiyyul Muntazhor,
Wahai insan mulia akhiruzzaman,
Wahai Ahlul Bait yang suci nan mulia,
Kami merindukan kedatanganmu Ya Imam.

Wahai dirimu yang mempunyai khatmun,
Wahai yang mempunyai wajah bercahaya,
Dari jaluran nasab yang mulia,

Ya Mahdi.

Kehadiranmu suatu penantian,
Umat yang dalam keresahan,
Wahai pembela yang dinanti,
Ya Mahdi.

Keberanian dan keadilanmu,
Tiada tandingan akhir zaman,
Memerintah dunia dengan keadilan,
Ya Mahdi.

Bersama berjuang khalifah kananmu,
Putera pejuang Bani Tamim ini,
Dalam diam bersedianya diri,
Ya Mahdi.

(Korus)

Ku ingin bersama tenteramu,
Berjuang di sisi menuju Tuhanmu,
Membela umat dan leluhurmu,
Ya Mahdi.

Dengan bai'ah kami bewa'ad,
Dengan takbir kami berjihad,
Dengan darah kami menadah,
Ya Mahdi...Ya Mahdi,
Allahuakbar.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Rabu, 4 Dzulqaedah 1433 H = 19 September 2012 M,
Jam 11.35 malam,
Pulau Pinang.

KUDA PERANG


Demi kuda perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,
Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,
Dan meluru menyerbu musuh pada waktu Subuh,
Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,
Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh.

Allah bersumpah demi kuda-kuda perang,

Yang kuat dan amat ganas lariannya,
Yang memercikkan api-api dari geseran kakinya,
Yang waja semangatnya merempuh musuh durjana.

Bersama tentera yang teguh imannya memacu berani,

Keberanian mujahid bersama kudanya yang tiada gentarnya,
Teguh kejap dalam melaksanakan suruhan Ilahi,
Sekejap iman yang ditanam di dada-dada mereka.

Sesungguhnya junjungan mulia jua bersabda,

"Batu jemala kuda memang membawa kebaikan sampai hari qiamat",
Kekuatan dan keberaniannya kuda-kuda perang dikagumi,
Oleh manusia akan kehebatannya walau sampai kini.

Yang meluru tanpa takut dan sangat menggerunkan,

Gempur menghancurkan dan membinasakan musuh di pagi harinya,
Hinggakan manusia sendiri tiada seberaninya,
Beruntunglah mereka yang memilikinya sebagai bekalan.

Inginku memacunya laju dengan pedang yang terhunus,

Demi sebuah perjuangan sabilillah yang kudus,
Getaran kaki-kaki kuda perang yang menggegarkan,
Dan ibarat memutuskan jantung-jantung musuh.

Larian kencang dan lurus menggempur,

Sebagaimana lurusnya aqidah dan semangat pejuang,
Menerbangkan debu-debu di medan yang tandus,
Melaksanakan tugas mulianya dan kemuliaannya.

Ya Allah Yang Maha Mendengar rintihan si hamba,

Berilah padaku peluang memacu kuda perang,
Dengan hunusan pedang yang menggerunkan,
Bersama berjuang dalam pasukan terbilang.

Berilah padaku peluang memerangi musuhmu,

Bersama pimpinan terbilang yang mendapat hidayah-Mu,
Bersatu dalam panji-panji ufuk Timur yang tak terkalahkan,
Ku rindu untuk bersama mereka perkenanlah Tuhanku.



Karangan oleh:

PEDANG TIMUR BERKELANA,
Rabu, 4 Dzulqaedah 1433 H = 19 September 2012 M,
Jam 11.06 malam,
Pulau Pinang.
 
 

MARILAH BERSATU

Ingatlah akan firman Tuhanmu,
Wahai saudara-saudaraku,
Telah termaktub akan ianya,
Dalam Quran yang mulia.

Perintah Tuhanmu agar bersatu,
Dan jangan berpecah belah,
Ingatlah dikau akan hal itu,

Bersatulah sebagai ummat yang satu.

Garis pemisah yang berlaku,
Hanyalah kerana rekaan manusia,
Atas nama demokrasi semata,
Lalu terhasut kalian berpecah.

(Korus)

Bersatulah saudaraku bersatulah,
Menjadi ummat yang kuat,
Dan teguh atas syahadah yang satu,
Agar dirahmati oleh Tuhanmu.

Agamamu menyeru bersatu,
Buanglah segala ego fahaman,
Marilah bersatu saudara-saudaraku,
Agar menjadi ummat yang kuat.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Rabu, 3 Dzulqaedah 1433 H = 19 September 2012 M,
Jam 6.22 petang,
Pulau Pinang.

UMMAT YANG SATU

Syahadah telah mengikat kita semua,
Di atas Lailahaillah Muhammadurrasulullah,
Kita semua bersaudara menuju yang satu,

Sebagai suatu ikatan ummatan wahidah.

Kita semua adalah bersaudara,

Dengan Islam yang mulia,
Tanpa mengira 'Arab atau 'Ajam,
Teguh bersama sebagai ummat yang satu.

Ingatlah akan firman Tuhanmu,

Wa'tashimu bihablillahi jami'an wala tafarroqu,
Teguhlah atas tali (ad-din) Allah itu,
Dan janganlah memisahkan diri sebagai firqah terpisah.

Namun saudaraku janganlah tersesat dan tergoda,

Dengan firqah yang meyimpang,
Dari jalan Tuhanmu Maha Esa,
Dari mereka yang kufur dan sesat jalannya.

Dari firqah yang menyimpang dan keliru,

Yang menghina Allah dan Rasul-Nya,
Seperti firqah Syi'ah dan Wahhabi,
Dan yang lain seumpamanya.

Bersatulah sebagai ummat yang satu,

Agar terbinanya kekuatan ummat seperti ikatan batu,
Dan janganlah jaringan lemah seperti rumah labah-labah,
Nescaya kuat dalam sebuah kesatuan.

Kita ummat yang satu,

Bersama dalam ikatan 'aqidah yang satu,
Iman kepada Allah yang satu,
Dan berkiblatkan pada kiblat yang satu.

Janganlah khilaf furu' memisahkan kalian,

Tapi pisahkanlah diri dari mereka yang menyimpangkanmu,
Yang memesongkanmu dari 'aqidah yang haq,
Kerna hal itu akan menyesatkanmu dari jalan kebenaran.

Musuh Islam sentiasa menghina agama kalian,

Kerna kita sendiri berpecah dan memusuhi sesama sendiri,
Dan tiada mengapa melawan golongan sesat itu,
Itu suatu hal yang wajib dan perlu.

Sesungguhnya ummat Rasulullah berpecah,

Kepada tujuh puluh tiga golongan,
Maka berpeganglah kamu pada Ahlis Sunnah Wal Jama'ah,
Jadilah kita sebagai ummat yang satu.

Buanglah segala prasangka dan perbezaan kita,

Atas kesempitan dan kebatilan politik kepartian,
Satukanlah kembali hati-hati kalian,
Bersatulah semula sebagai ummat yang satu.



Karangan oleh:

PEDANG TIMUR BERKELANA,
Rabu, 3 Dzulqaedah 1433 H = 19 September 2012 M,
Jam 6.07 petang,
Pulau Pinang

Tuesday 18 September 2012

SERUAN JIHAD


Lailahaillallah Muhammadurrasulullah,
'Ainar rojul fi ummatan Muhammad,
'Ainal ahlis saif wal fitan,
Wal 'adiyati dhobha fal muriyati qodha.

Aku menyeru kalian semua bersama,

Bersiaplah kalian dengan iman dan zikir,
Dengan taqwa dan tawakkal,
Dengan penyerahan demi Allah...Allahuakbar.

Persiapkan pedang dan kelengkapan kalian,

Dan kuda-kuda yang gagah perkasa,
Bersatulah dengan iman saudaraku,
Kan kita hadapi musuh yang nyata.

Wahai ummat Muhammad tercinta,

Nabi kalian merindui kalian sentiasa,
Duhai pembela agama Maha Kuasa,
Serahkan jasad dan ruh kalian demi jihad.

Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar,

Masanya kian hampir saudaraku,
Bersatulah kalian dalam saf tersusun,
Yang amat teguh atas Syahadah.

Panji-panji telah datang,

Tunaikanlah janji kalian pada Allah,
Kan kita bela Rasulullah dan Muslimin,
Saudaraku...darah balasannya darah.

Serahkan diri kalian ke medan jihad,

Teguhlah demi Allah dan Rasul,
Dengan takbir kita melangkah,
Allahuakbar...Allhuakbar...Allahuakbar,
Lailahaillallah Muhammadurrasulullah.



Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Selasa, 2 Dzulqaedah 1433 H = 18 September 2012 M,
Jam 6.10 petang,
Pulau Pinang

SELAGI HIDUP SELAGI BERJUANG

Selagi jasadku bernafas di dunia yang fana',
Selagi ku masih diberi peluang hidup di dunia,
Selagi ku masih bersama sahabat saudaraku,
Selagi ku masih berpeluang mengaut ilmu nan mulia.

Akan ku berusaha untuk hidup sebaiknya,
Dan akan ku berusaha untuk teguh dalam,
Perjalanan hidupku yang panjang,

Dan penuh dugaan yang setia mendatang.

Setiap insan itu pejuang yang tercabar,
Akan jua ku berjuang selagi hidupku,
Walau ia hanya sekecil manfaat cuma,
Akan ku cuba sedaya upaya yang terdaya padaku.

Tuhan anugerahkan kehidupan dengan segala nikmatnya,
Tiada pula Dia meminta balasan atas segalanya,
Maka perjuangkanlah apa yang diperintahkan-Nya,
Itu tanda syukurmu pada Allah Azzawajalla.

Selagi ku hidup ku serahkan diriku kepada-Nya,
Selagi ada daya dan kudrat akan ku bersama,
Mereka yang berjuang bersama-sama,
Dengan menyerahkan segala jasad dan ruhnya.

Selagi ku diizinkan hidup menikmati dunia,
Izinkan ku bersama kalian duhai pejuang,
Untuk bersama dalam perjalanan kalian,
Yang tercabar dalam pengorbanan tujuan.

Selagi ku diizinkan hidup di dunia,
Akan ku berjuang hingga ke akhir titisan,
Dengan segala apa yang ada bersama,
Semoga bahagia dalam kembali pada-Nya.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Selasa, 2 dzulqaedah 1433 H = 18 September 2012 M,
Jam 3.53 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.

DAMPINGAN MULIA

Berdamping bersama orang-orang ahlil 'ilmi dan waliyullah yang selalu dirinya bersama Allah,
Sungguh suatu kenikmatan yang mulia yang engkau dapatkan di dunia ini,
Berdamping pula dengan orang-orang yang selalu berzikir menyebut nama Allah siang dan malamnya pula,
Adalah kenikmatan berupa limpahan barokah dan ketenangan yang tiada mudah engkau dapatkan semudahnya.

Pada yang demik
ian itu suatu hal keberuntungan bagi mereka yang mengasihi mereka yang soleh,
Pancaran iman dan kesolehan mereka itu akan terbias jua pada dirimu itu,
Lalu hai ikhwan manfaatkanlah hidupmu dalam menggunakan waktu-waktumu seharian,
Jangan siakan peluangmu mendekati keberkatan dengan kehadiran ulama'.

Sangat beruntunglah dampingan pada sekumpulan insan yang selalu menjadi perindu setia Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam,
Yang selalu meletakkan Rasulullah di hati mereka dan mengalunkan selawat dan syair-syair pujian indan nan mulia,
Lalu hati-hati itu menjadi lembut dan menangis kerana kerinduan ibarat insan termulia Baginda Al-Musthofa berada di sisi bersama,
Hadir bersama mereka yang merindukannya dan hudhur pula hati mereka itu akan baginda pula.

Suatu kalam mulia saat kamu berdamping bersama orang soleh itu suatu hasil yang amat besar,
Yang tiada engkau dapatkan ia jika kamu tiada berada bersama-samanya pula,
Melihat wajah-wajah indah hamba yang soleh apa lagi wali-wali Allah yang sangat mulia,
Adalah suatu nikmat ketenangan kerna ia mengingatkanmu kepada Allah dan kerinduan kepada Rasulullah.

Berdampinglah dengan mereka insan-insan yang mulia itu aduhai saudaraku,
InsyaAllah mereka menjadi hujjah bagimu jua bila tiba masanya perkumpulan manusia di saat kebangkitan semula di Mahsyar kelak,
Yang engkau memuliakan mereka hidup mereka di dunia lalu engkau memanfaatkannya,
Kerna mereka itu wakil-wakil Rasulullah yang akan engkau bersandar padanya tatkala bersama Rasulullah di sana nanti.

Orang-orang mulia itu sangat merindui dan memuliakan serta teguh melaksanakan syariat dan sunnah Rasulullah yang sangat mulia sehari-harinya,
Ibarat geraham yang kuat mencengkam warisan sunnah Nabi Al-Musthofa lalu melaksanakannya sehari-hari dan tiada mereka itu hanya bercakap semata,
Untungnya bersama hamba Allah yang soleh akan waliyullah yang mulia ibarat setitis air yang engkau dapatkan saat amat kedahagaan di padang pasir yang tandus,
Bila mana nikmat itu kau rasakan ketahuilah beruntunglah mereka yang dapat bersama mereka di dunia dan bersambung sanad dengan mereka di sana nanti.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Selasa, 2 Dzulqaedah 1433 h = 18 september 2012 M,
Jam 3.15 petang,
Pulau Pinang.

Monday 17 September 2012

TANGISANMU

Duhai Rasulullah kesayanganku,
Tangisanmu di malam harinya,
Kerna kesucian dan takutnya dirimu pada Robb,
Dan kasih sayang pada umatmu.

Atas kasih dan cintamu,
Air matamu bercucuran,
Merindui umatmu,
Ummati..ummati..ummati.

Menangis dirimu di Mahsyar,
Melihatkan pada umatmu,
Yang sengsara di sana,
Dan terseksa kerna amalnya.

Tangisanmu yang menghibakan,
Bersimpuh di hadapan Tuhanmu,
Memohon kasih sayang Tuhan,
Buat umatmu di sana.

Ummati...ummati....ummati,
Ya Allah, mereka umatku,
Syafa'at kau pohonkan,
Buat kami Ya Rasulullah.

Menangis dirimu kerna kami,
Sedangkan kami ini pelupa,
Dan tiada tahu harga diri,
Mudah alpa dan melupakanmu.

Tulus indahnya kasih cintamu,
Pada umatmu setiap masanya,
Umatmu dikau ingati hingga saatnya,
Kau kembali pada Tuhan semesta.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Selasa, 2 Dzulqaedah 1433 H = 18 September 2012 M,
Jam 11.15 pagi,
Pulau Pinang.

PANJI TIMUR

Panji-panji Timur berkibar megah,
Bersamanya pasukan yang gagah,
Dalam saf menongkah arah,

Tiada padanya risau dan gundah.

Kibaran Timur kian terserlah,

Dalam diamnya bumi bertuah,
Kebangkitan pembela bermaruah,
Kian hampirnya membela darah.

Panji-panji di tangan pejuang,

Di atas kuda pasukan perang,
Maruah Islam akan dijulang,
Hancurlah semua segala petualang.

Panji-panji hitam dijanjikan,

Ku taat setia pada jemaah pejuang,
Gagah tiada dapat dikalahkan,
Bersama Allah dalam perjalanan.

Timur ke Barat dan jajahan Arab,

Menjarah sekalian tanah Eropah,
Kembalikan keagungan agama Allah,
Di tangan pemimpin al-huda.




Karangan oleh:

PEDANG TIMUR BERKELANA,
Selasa, 2 Dzulqaedah 1433 H = 18 September 2012 M,
Jam 8.50 pagi,
Pulau Pinang

YA ZAINAL MADINAH

Ya Zainal Madinah,
Ya Zainal Madinah,
Ya Zainal Madinah,

Anta misbah wannur.

*


Selawat Allah ke atasmu,

Wahai pancaran Masjid Nabawi,
Yang menggamit rindu dan air mata,
Mereka yang menziarahimu.

*


Wahai penghias kota berkah,

Kami tetamumu dan ummatmu,
Menziarahi maqammu Zainal Madinah,
Melepaskan kerinduan di hati.

*


Bersimpuh kami di raudhoh,

Lantaran menatap maqammu,
Berteriak memanggil namamu,
Yang tenggelam dalam salju.

*


Kota Madinah dilimpahi cahaya,

Kerna engkaulah rahmatan lil 'alamin,
Pengikat Ansar dan Muhajirin,
Dan pendamai sekalian 'alam.

*


Cahaya Madinah tiada kan pudar,

Itulah cahayamu yang memancar,
Membias wajah-wajah pencintamu,
Mereka itulah perindumu.





Karangan oleh:

PEDANG TIMUR BERKELANA,
Selasa, 2 Dzulqaedah 1433 H = 18 September 2012 M,
Jam 8.15 pagi,
Pulau Pinang

Saturday 15 September 2012

RAUDHOTUL JANNAH

Indah sungguh taman-taman syurga,
Rugilah mereka yang melaluinya,
Namun tiada ia mengambil manfaatnya,

Tiada singgah menyertainya.

Taman syurga itu keindahan,
Dihiasi keindahan-keindahan nama Robbmu,
Disebut diseru nama Allah dalamnya,
Disebut nama Rasulullah dirindui dalamnya.

Jika kalian melalui taman syurga,
Aduhai kalian saudara-saudaraku,
Nikmatilah keindahannya dan bersiar-siar,
Sertailah mereka yang khusyu' itu.

Apakah taman yang seindah itu,
Bukankah telah disabdakan Rasul (saw) kita,
Itulah majlis-majlis zikrullah,
Itulah Raudhotul Jannah.

Beruntunglah mereka yang istirahat dalamnya,
Sambil menikmati indahnya alunan dan bait-bait,
Seruan nama-nama Yang Maha Tinggi,
Itulah dia majlisnya zikrullah.

Taman syurga itu sentiasa dicari Malaaikah,
Mengelilingi bumi yang indah,
Mencari majlis-majlis zikir,
Dan bersama kalian hingga akhirnya.

Sayap-sayap malaaikah menaungi majlis,
Tercurahlah rahmat Allah ke atas kalian semuanya,
Hati yang gundah bening indah,
Wajah yang resah bercahaya indah.

Wajah ahli zikir itu bercahaya,
Dengan biasan cahaya qolbu yang membias wajah,
Lalu bercahayalah wajah dengan indahnya,
Itulah wajah-wajah yang soleh.

Taman syurga itu 'bercahaya',
Dengan cahaya-cahaya yang indah,
Cahaya yang membuahkan rindu,
Rindu pada Robb dan yang tercinta.

Majlis zikir itu tamannya syurga,
Sertailah kalian menyertainya,
Kan kalian dapatkan rahmat Allah,
Di dalamnya yang indah.

Beruntunglah kalian yang mendapat,
Rahmat dan keampunan Allah,
Saat kalian melangkah keluar,
Daripada majlis-majlis zikrullah.


Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Sabtu, 15 september 2012,
Jam 10.35 malam,
Pulau Pinang.

PERMATA HATIKU

Permata hatiku permata hatiku,
Engkaulah cahaya kerinduanku,
Keindahanmu memukau mataku.
Membuatku tenggelam rindu.

Menatapmu nikmat terindahku,
Terangnya cahaya dirimu,
Wajah muliamu tersenyum indah,

Aduhai cahaya menerangi alam.

Wajahmu indah sempurna,
Pakaianmu putih bercahaya,
Disandang rida' hijau di bahumu,
Sungguh menawan dirimu.

Wajah dan senyummu,
'Mematikan' jasad yang melihatmu,
Lantaran nikmat itu,
Mengalirkan air mata rindu.

Dikau cahaya yang dirindui,
Janganlah pergi dariku,
Inginku selalu hampir padamu,
Mencurahkan khidmat untukmu.

Sungguh indah dirimu itu,
Cahayamu tubuhmu membias penjuru,
Lantas menerangi ruang hati,
Engkau kekasih idaman perindu.

Permata hatiku permata hatiku,
Izinkan diriku sentiasa merinduimu,
Izinku menumpang cahayamu,
Sebagai panduan penyuluh hidupku.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Sabtu, 15 September 2012 M = 29 Syawal 1433 H,
Jam 9.13 malam,
Pulau Pinang.

ISYFA'LANA YA ALLAH

Shollu 'ala khoirin Nabi Muhammadinil Musthofa,
'Ala hadza nurin Nabi Muhammadinil Musthofa,
Wa 'ala ahlal baitin Nabi ya ahlal baitil Musthofa,

Isyfa'lana Ya Allah bijahin Nabiyyal Mukhtar.

*


Kami sentiasa serukan namamu wahai Nabi,

Menumpang cahayamu menyuluh laluan kami,
Selawat salam sebanyak pasiran di lautan padamu,
Siang dan malam berterusan dalam kerinduan itu.

*


Saat kami akan dikumpulkan di Mahsyar yang terik,

Pada hari yang tiada perlindungan apa pun padanya,
Melainkan kalangan hamba yang dipilih Maha Kuasa,
Dilindungi teduhan Arasy yang mulia menaungi.

*


Di saat itu kami dalam kesengsaraan duhai Nabi kami,

Dalam terik yang membakar dan jeritan manusia menangisi,
Dengan kecintaan dan rindu melalui selawat salam padamu,
Kami mencarimu kerna kami umatmu yang dirinduimu duhai Nabi.

*


Dengan kelalaian dan derhaka pada Allah dan dirimu duhai Nabi,

Dan dosa 'berpaling' dari Allah tika hidup kami di dunia,
Dan dosa-dosa akibat melupakanmu dan tiada beradab padamu,
Pada hari ini (Mahsyar) yang nyata terbeliaklah mata-mata kami.

*


Dengan sisa-sisa kecintaan padamu duhai khoiril anwar,

Walaupun sebesar zarrah cinta dan iman yang tersisa,
Kami dengan penuh khudhu' dan rojaa' menundukkan wajah-wajah,
Mengharapkan syafa'atmu yang membantu kami.

*


Isyfa'lana Ya Rasulullah biiznillahi Robbil 'Azhim,

Isyfa'lana Ya Rasulullah bihubbin Nabina,
Isyfa'lana Ya Rasulullah biiznillahi Robbil 'Azhim,
Isyfa'lana Ya Rasulullah bihubbin Nabina.

*


Kami umat terakhir diizinkan menikmati kehidupan dunia,

Namun kamilah umat terawal menghadapi penghisaban,
Oleh itu bantulah kami dengan syafa'atmu Ya Rasulullah,
Ya Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam.

*


Dengarlah rintihan-rintihan kami duhai Nabi termulia,

Penghulu segala utusan yang dihantar ke dunia,
Dengan hati bergetar hebat dan air mata bercucuran,
Mengharap kasih dan syafa'at mulia daripadamu jua.

*


Ya Rasulullah Ya Imamal Mursalin,

Kami amat berharap penuh pengharapan,
Pertolonganmu di Mahsyar yang penuh sengsara,
Syafa'at kemuliaanmu wahai kekasih mulia.

*


Isyfa'lana isy'fa'lana isyfa'lana Ya Allah,

Isyfa'lana isy'fa'lana isyfa'lana Ya Allah,
Isyfa'lana isy'fa'lana isyfa'lana Ya Allah,
Isyfa'lana Ya Rasulullah Ya Habiballah.





Karangan oleh:

PEDANG TIMUR BERKELANA,
Sabtu, 28 Syawal 1433 H = 15 September 2012 M,
Jam 6.42 petang,
Pulau Pinang.

ROBBANA YA ROBBANA


Robbana Ya Robbana,
Ya Allah Ilahana,
Robbana Ya Robbana,

Ya Allah Ilahana.

Wahai yang memiliki nama-nama (ismullahil a'zhom) yang mulia,
Wahai yang atas-Mu segala pujian siang dan malam,
Wahai yang memiliki segala keagungan dan kerajaan,
Wahai yang diseru dizikirkan nama-Mu kulli makan

Robbana Ya Robbana,
Ya Allah Ilahana,
Robbana Ya Robbana,
Ya Allah Ilahana,


Wahai Tuhanku pada-Mu segalanya kami berserah,
Curahkanlah ke dalam hati-hati kami hidayah dan ilmu,
Siramilah hati-hati kami yang kering membeku,
Dengan Nur yang membangkitkan jiwa.

Robbana Ya Robbana,
Ya Allah Ilahana,
Robbana Ya Robbana,
Ya Allah Ilahana.

Namamu diseru di mana jua berada Tuhanku,
Dalam qolbu dan lisan-lisan hamba yang khudhu',
Mohon kami terimalah ingatan kami pada-Mu Allah,
Jadikan hati kami putih ibarat salju yang mulus.

Robbana Ya Robbana,
Ya Allah Ilahana,
Robbana Ya Robbana,
Ya Allah Ilahana.

Limpahilah atas kami rahmat dan kasih sayang-Mu,
Dan ilmu yang haq hanya daripada sisi-Mu,
Dibenamkan ke dalam hati kami pemandu hidup kami,
Jadikanlah ia cahaya yang menunjuki jalan kami.

Robbana Ya Robbana,
Ya Allah Ilahana,
Robbana Ya Robbana,
Ya Allah Ilahana.

Seindah-indah pujian itu hanyalah pada-Mu,
Yang memiliki kemuliaan dan segala kepujian,
Daripada sisi-Mulah dihantarkan kekasih-Mu,
Pengubat jiwa kami yang tandus merindu.




Karangan oleh:
ABDUL LATIFF MOHAMAD ASY-SYALUKI,
Juma'at, 27 Syawal 1433 H = 14 September 1433 H,
Jam 4.50 petang,
Pulau Pinang

Thursday 13 September 2012

DHUHA



Setiap kita mesti sedeqah,
Anggota jasad ada haknya,
Jadikan ia amalan harian,
Moga beroleh kerahmatan.

Sudah sabda Rasul junjungan,
Berbuatlah sedeqah tiap harinya,
Semua itu boleh gantikan,
Dalam dua raka'at dhuha.

Solatlah dhuha tiba waktunya,
Jangan lengah dan abaikan,
Hanya dua rakaat saja,
Banyak manfaat murah rezekinya.

Solat dhuha amalan junjungan,
Rasul mulia kita ikutkan,
Ayuh semua kita lakukan,
Jangan risau ada dalilnya.

Ayuhlah semua solatlah dhuha,
Tiada biasa hendaklah mulakan,
Amalan sunat jangan lengahkan,
Amalan tambahan kita semua.





Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Juma'at, 27 Syawal 1433 H = 14 September 2012 M,
Jam 9.16 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang.