Friday 7 December 2012

WANGIAN BUKHUR

Harum semerbak wangian berasap,
Ditaburi kemenyan 'Arab dan bukhur,
Di atas api membara,

Kepulan asap semerbak harumnya.

Bakaran bukhur itu jalan sunnah,
Dalam menghidupkan sunnahnya Rasul,
Buat mewangikan ruang,
Bukhur itu kaedahnya sunnah.

Jangan kau risaukan dikata orang,
Mereka itu tiada mengerti,
Dicela pula memberi makan jin,
Sedangkan itu sunnah Nabi.

Minyak attar itu buat wangikan,
Badan dan pakaian,
Bukhur pula mewangikan ruang,
Itulah cara sunnah Rasulullah.

Asap kemenyan itu makanan rohani,
Neutralkan udara keliling,
Amalkanlah sunnah Nabi ini,
Sehari-hari dalam hidupmu.

Wangian asap itu menenangkan,
Di kala zikrullah ketenangan,
Bakarlah bukhur,
Atas jalan sunnah semata.






Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Juma'at, 23 Muharram 1434 H = 7 Disember 2012 M,
Jam 9.13 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment