Wednesday 28 November 2012

TATKALA MERINDU

Tatkala ku dicengkam rindu,
Lalu ku mengingatimu,
Menyebut namamu,
Memandang akan namamu.

Meronta hati,
Ingin sekali melihatmu,
Hanya selawat ku lantunkan,

Buat mengubat kerinduanku.

Hanya itulah tanda,
Dan syifa' pada hatiku,
Selawat salam padamu Rasulku,
Adalah amal ibadahku.

Allah dan Malaaikah,
Sentiasa selawat salam atasmu,
Duhai pengubat jiwaku,
Di saat rindu bertamu.

Hati dicengkam jua,
Qasidah dan madah ku lagukan,
Ku tanamkan irama di hatiku,
Agar membenih dan subur di hatiku.

Setiap kekasih pasti tiada lekang,
Nama dan jiwa si kekasih setia,
Terbenam dalam di dalam jiwa,
Itulah hakikat orang berkasih.



Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 15 Muharram 1434 H = 29 November 2012 M,
Jam 9.22 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment