Monday 3 December 2012

SYAHADAH

Asyhadu an Lailahaillallah,
Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah,
Dialah Yang Maha Esa,
Dialah Yang Maha Kuasa.

Dialah Yang Maha Tunggal,
Tiada selainnya,
Allah tiada bertempat,

Apalagi berjisim.

Tiada berarah,
Tiada yang menyerupainya,
Maha Suci Allah,
Allah Maha Besar.

Dialah Yang Maha Memiliki keagungan,
Sesiapa yang mentajsimkan Allah,
Maka keluarlah ia darinya Islam,
Lalu sesatlah ia sesesatnya jua.

Maka berimanlah dengan i'tiqad yang haq,
Atas keTuhanan Allah Ta'ala,
Dan jauhlah dari Musyrik pula,
Agar terpelihara 'aqidah yang benar sampai Akhirah.

Wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah,
Dan aku bersaksi bahawa (Nabi) Muhammad itu pesuruh Allah,
Bersaksikanlah dengan penyaksian yang haq,
Bahawa bagindalah utusan yang terakhir penutup kenabian.

Sebenar-benar i'tiqad akannya,
Jika tiada benar tiada jazam akan iman padanya,
Menyalahi akan Baginda itu akibatnya,
Maka tiada sahlah tiadalah beriman kamu padanya.

Bahawa Baginda itu daripada keturunan yang disucikan,
Lagi pula sebaik-baik makhluq yang diciptakan,
Daripada Nurnya terciptalah segala sesuatu,
Bahkan diciptakan 'alam buatnya Baginda.

Kenalilah akan susuk insan termulia,
Cahaya yang terang benderang sepanjang zaman,
Jagalah lisan dan hati kalian itu juga,
Daripada menyakiti zahir dan batinnya Rasulullah.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Selasa, 20 Muharram 1434 H = 4 Disember 2012 M,
Jam 10.22 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment