Thursday 27 December 2012

Qasidah YA AHMADU HADI YA KHOIRO NABI

Ya Ahmadu Hadi Ya Khoiro Nabi,
Anta Maulana Wa Habibana,
Anta Ya Syifa' ya Musyaffi'un,
Ya Rasul Khotamun Nabi.

*

Dengan namamu ku harap cinta,
Kasih Tuhanku dengan wasilahmu,
Duhai Nabiku yang tercinta,
Pancaran cahayamu di 'alam dunia.

*

Hatiku berdetik merasa rindu,
Mengharap kunjung cahaya mulia,
Hadirlah padaku wahai cahaya,
Ubatilah rindu yang bertakhta.

*

Engkaulah Ahmad yang terpuji,
Engkaulah Hadi yang menunjuki,
Engkaulah Musthofa yang terpilih,
Engkaulah Ghurril Muhajjalin yang terpancar.

*

Dengan pimpinanmu ku mengenal cinta,
Cinta hakiki di 'alam makrifat,
Hakikat cinta yang tersangat,
Mengenal Robb Allah Ta'ala.

*

Wahai yang terpuji penunjuk jalan,
Penuhilah hatiku dengan cairan madu,
Yang bersinar seperti wajahmu,
Biarlah kotoran hatiku ini sirna.

*

Wahai Ahmad dicintai sepanjang zaman,
Asbab namamu lahirlah Ahmadiah,
Semoga kami terus-terusan,
Dalam jalanmu yang terpuji.

*

Sebaik-baik Nabi yang diutus,
Sebaik-baik makhluk yang dicipta,
Setiap degupan jantungku,
Biarlah terisi dengan nama kasihmu.

*

Biarlah hati ini terus hidup,
Biarlah jantung ini terus berdegup,
Dan terang dengan cahayamu,
Duhai Ahmad Ya Khoiro Hadi.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Juma'at, 14 Safar 1434 Hijriyyah bersamaan 28 Disember 2012 Masihi,
Jam 2.40 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment