Wednesday 5 December 2012

BERZIKIRLAH

Marilah berzikir pada Allah,
Sebutlah nama Allah,
Tiada kira masa di mana-mana,
Zikir lisan qolbi mahupun fi'li.

Duhai hamba Allah semua,
Sebutlah nama Tuhanmu,
Terus-terusan dalam cinta,

Larutkan di dalam zikrullah.

Zikirlah sentiasa hai saudaraku,
Basahilah lidahmu,
Afdholudz dzikri fa'lam annahu,
Lailahaillallah...Lailahaillallah.

'Amalan berkah hai saudaraku,
Tanda cintamu pada Yang Esa,
Berzikirlah hai saudaraku berzikirlah,
Dalam nikmat zhouq itu.

'Abdikan dirimu pada-Nya,
Tiap nafas degup jantungmu,
Tiada lain melainkan zikrullah,
Marilah berzikir Lailahaillallah.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 22 Muharram 1434 H = 6 Disember 2012 M,
Jam 3.40 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment