Monday 3 December 2012

Qasidah YA SAYYIDINAL HABIB

Ya Sayyidinal Habib,
Ya Sayyidinal Habib,
Ya Sayyidinal Habib,
Ya Nabiyyal Musthofa.

*

Ku merindu cahayamu,

Memancar terang,
Di dalam qolbu,
Para umatmu.

*

Hadirmu dirindui,
Di majlis keagungan,
Mengingati merinduimu,
Ya Habibi.

*

Hati yang layu,
Dengan teriknya dosa,
Kembali segar menguntum,
Dengan siraman kasihmu.

*

Seruan namamu,
Membangunkan hati-hati yang lena,
Sejuk qolbu dirasakan,
Selawatan atasmu Habib.

*

Ya Sayyidinal Habib,
Engkaulah sandaranku,
Di Mahsyar yang dahsyat,
Engkaulah sandaranku.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Selasa, 20 Muharram 1434 H = 4 Disember 2012 M,
Jam 9.27 pagi,
Georgetown,
Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment