Thursday 6 December 2012

TAZKIYATUN NAFS

Kita ini manusia,
Tiada yang sempurna,
Sesiapa saja bisa berdosa,
Kotoran dosa melekat jua.

Bila qolbu dikotori dosa,
Gelaplah hati natijahnya,
Malap cahaya jalannya,

Jauh dari Tuhan-Nya.

Maka itu ayyuhal insan,
Sucikanlah hatimu,
Sucikanlah ruhmu,
Dengan taubat dan zikrullah.

Tazkiyatun nafs jalan perlu,
Menyucikan diri dan batin dari zhulmah,
Dan palitan dosa yang hina,
Sucikanlah ia dengan 'amal solehmu.

Ayyuhal insan,
Berzikirlah selalu,
Dan tangisilah dosa-dosamu,
Agar mendapat keampunan Allah.

Air mata penyesalanmu,
Ibarat pencuci yang hilangkan,
Kotoran yang melekit melekat,
Penggilap yang menyinarkan.

Bila qolbu sudah malap,
Dengan palitan dosa,
Dan karat-karat zhulmah yang pekat,
Semakin mudah jalan sesat.

Duhai saudaraku,
Zikirlah dan berzikirlah,
Taubat dan istighfarlah,
Do'a dan munajatlah.

Semoga dipandang Allah,
Dikasihi akan Allah pula,
Dicintai akan Nabi Muhammad hendaknya,
Dengan sinaran diri yang tersucikan.

'Ilmu itu cahaya,
Tiada kan ia bercampur,
Dengan kegelapan,
Dalam suatu masa.

Janganlah kau malapkan,
Cahaya hatimu insan,
Dengan maksiat dan kesyirikan,
Ingatlah kematian itu dekat.

Merintihlah dirimu insan,
Di kegelapan dinihari yang sunyi,
Meratapi dosa yang dilakukan,
Rayulah Alalh mengampunimu insan.

Tazkiyatun nafs,
Sucikanlah hatimu,
Sucikanlah dosa-dosamu,
Wahai saudaraku sesama.

Peringatan yang baik,
Sesama kita sentiasa,
Buat manfa'at sesama,
InsyaAllah Ta'ala.

Bila gelapnya meliputi,
Hati yang berbalut,
Maka sukarlah cahaya 'ilmu,
Dicurahkan ke dalam hatimu.

Sucikanlah diri dari dosa-dosa,
Dengan taubatan da'iiman,
Dan selawatan da'iimatan,
Dan zikrullah berterusan.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 22 Muharram 1434 H = 6 Disember 2012 M,
Jam 8.09 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment