Monday 27 May 2013

Lagu LANGKAHMU

Ku ingin ikut jejakmu,
Pada setiap langkahmu,
Amal mahupun katamu,
Duhai bunga cintaku.

Namamu selalu disebut,
Di setiap penjuru 'alam,
Timur mahupun Barat,
Utara bahkan Selatan.

Menuju kesempurnaan,
Mengikut jalananmu,
Setiap pusaka agungmu,
Inginku sematkan padaku.

Namamu yang meniti,
Di bibir setiap jiwa,
Pencinta perindumu,
Engkaulah bunga cinta.

Pandanglah aku walau seketika,
Senyum kasihmu hilangkan,
Derita jiwa membara,
Hati yang sentiasa gelora.

Al-Faqir Ilallah,
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 28 Mei 2013 = 18 Rejab 1434,
Jam 11.14 pagi,
Pulau Pinang

Lagu BAWA DIRIKU



Bila ku dibuang,
Tiada erti ku melanggu,
Bawalah hatimu ke mana,
Agar kau bahagia.

Kita dihanyut arus,
Dan tiupan angin dusta,
Ku sedar diriku,
Biar ku dibuang.

Namun ku punya harga,
Dan secebis hati luka,
Mudahnya kau percaya,
Tiupan-tiupan mendatang.

Kini segalanya jelas bagiku,
Ku tetap melangkah,
Mencari erti hidupku,
Walau ke gua berbatu.

Bawalah hatimu bersama,
Semoga kau bahagia,
Aku dengan haluanku,
Yang tiada pernah kau fahami.

Al-Faqir Ilallah,
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 28 Mei 2013 = 18 Rejab 1434,
Jam 11.04 pagi,
Pulau Pinang

Sunday 26 May 2013

Qasidah Melayu..... PENUNJUK JALAN BAHAGIA




Telah zahirlah penunjuk cahaya,
Penyuluh ke jalan kebenaran,
Di bulan Rabi'ulawwal,
Disambut dengan kegirangan.

Baginda membawa obor tauhid,
Baginda penghulu anak Adam,
Baginda penutup Kenabian,
Baginda Rasulullah tercinta.

Penyelamat dari kesesatan,
Membawa ummat semuanya,
Ke arah kebenaran bahagia,
Sanggup korbankan dirinya.

Bahagialah siapa beriman dengannya,
Dan yang ta'at akannya,
Dan teguh iman cinta padanya,
Nescaya bahagialah hidup matinya.

Baginda sanggup bersusah payah,
Demi kebahagiaan ummatnya,
Menunggu di hujung sirath,
Lantaran kasihkan ummatnya.





Al-Faqir Ilallah,
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 27 Mei 2013 = 17 Rejab 1434,
Jam 9.44 pagi,
Pulau Pinang

Qasidah Melayu.....CINTAKAH RASUL KITA?



Bagaimanakah cinta kita pada Baginda,
Mengaku cinta kasih padanya,
Sedangkan apa kita lakukan,
Ta’atkah kita akan Baginda.

Ajaran dan panduan Rasul,
Kita ringan-ringankan,
Yang difikirkan sesuai,
Itu yang kita ‘amalkan.

Kita mengaku cintakan Baginda,
Namun apakah yang kita lakukan,
Dengan segala ajaran Baginda,
Renungkanlah wahai sekalian.

Bagaimanakan kan kita hadapi,
Baginda Rasulullah nantinya,
Hakikat yang jauh dari benar,
Bagaimana perasaan Rasul kita.

Perpecahan ummat yang parah,
Jauh dari hakikatnya ajaran Baginda,
Kalimah cinta di bibir semata,
Ayuhlah ummat kita kembali.

Baginda berkorban segalanya,
Demi ummat tercinta,
Perhatikanlah bagaimana ummatnya sekarang,
Wahai Rasul maafkan kami.

Al-Faqir Ilallah,
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 27 Mei 2013 Masihi bersamaan 17 Rejab 1434 Hijrah,
Jam 8.55 pagi,
Pulau Pinang.

Lagu HAI SUFI



Engkau berkata,
Engkau yang berkalam,
Tanpa bersuara,
Tanpa berhuruf.

Di dalam rahsia,
Dia ada,
Dia yang segala,
Tiliklah hai sufi tiliklah.

Nur mengaliri,
Terbang ke 'alam tinggi,
Menemui cahaya,
Tawajjuhlah hai sufi tawajjuhlah.

Nama-Nya sentiasa,
Tiap saraf bergetar,
Bersama asma'-Nya,
Sentiasa.

Allah Hu....Allah Hu,
Di dalam binasa,
Hilang diriku,
Menginjak 'alam rahsia.

Al-Faqir Ilallah,
PEDANG TIMUR BERKELANA ASY-SYALUKI AL-FAQR,
Sabtu, 24 Mei 2013
Pulau Pinang.

Lagu FAJAR SUBUH




Di fajar yang hening,
Kesyahduan akhir malam,
Suara muazzin kedengaran,
Isyarat Subuh datang.

Wahai insan yang lena,
Bangkitlah dari mimpimu,
Singkaplah selimutmu,
Sahutlah seruan Tuhanmu,

Sucikan tubuhmu,
Dengan wudhu' sempurna,
Langkahkan kakimu ke masjid,
Tunaikan Subuh berjema'ah.

Bertakbirlah bersama imam,
Hayati ayatul Quran,
Sujudlah dahimu di lantai,
Buangkan segala keakuan dirimu.

Fajar ini kan sirna,
Apakah akan ada fajar,
Buatmu keesokannya,
Wahai hamba yang ta'at.






Al-Faqir Ilallah,
PEDANG TIMUR BERKELANA ASY-SYALUKI AL-FAQR,
Sabtu, 24 Mei 2013
Pulau Pinang

Friday 24 May 2013

Lagu MAKHLUQ AGUNG



Engkau yang mulia,
Makhluk teragung,
Di Arasy sana,
Terpahat namamu.

Hadirmu ke dunia,
Dinantikan 'alam,
Hatta pokok pun,
Turut gembira.

Engkaulah cahaya,
Engkaulah pelita,
Sifat pengasihmu,
Menambat serata.

Dirimu dihiasi,
Dengan akhlaq terindah,
menjadi panutan,
Sekalian ummah.

Pakaianmu sempurna,
Lagikan indah,
Di bahumu selempang rida',
Gemarmu akan hibarah.

Senyummu menawan,
Amat memikat,
Menunduk lembutkan,
Hati yang jahat.



Al-Faqir Ilallah
Pedang Timur Berkelana Asy-Syaluki Al-Faqr,
Juma'at, 24 Mei 2013

Qasidah YA RASULULLAH





Ya Rasulullah Salamun 'Alaik,
Ya Rofi'asysyani waddaroji,
Athfatayya jirotal 'alami,
Ya Uhaylal judi wal karomi.

Menyebut namamu ya Rasulullah,
Menyejukkan jiwa yang tandus,
Dengan siraman nurmu ya Nabiyyallah,
Menerangi jalan ma'rifatillah.

Bila dibacakan manaqibmu,
Hati bergetar lantaran rindu,
Serasa ingin selalu di sampingmu,
Bersimpuh ta'zhim di kakimu.

Wahai cahaya selalu dirindui,
Menatapmu menjadi maksudku,
Duhai pengubat jiwa yang gersang,
Hadirlah di dalam mimpiku.

Bila dialunkan syair rindu,
Jiwa damai tenggelam syahdu,
Air mata menitis pilu,
Jantung bergoncang dengan namamu.

Hati sentiasa mengenangmu,
Ibarat pasangan pencinta sejati,
Selalu terkenang memikiri,
Duhai cahaya penerang jiwaku.

Wahai Allah Yang Maha Agung,
Pada-Mu ku selalu berdo'a,
Agar diriku bersama Nabiku,
Di dunia hingga sa'at ketentuan-Mu.







Al-Faqir Ilallah
Pedang Timur Berkelana Asy-Syaluki Al-Faqr,
Juma'at, 24 Mei 2013

Thursday 23 May 2013

Qasidah AKHLAQUL QURAN



Akhlaqul Quran,
Akhlaknya junjungan,
Hiasan terindah,
Sepanjang kehidupan.

Keindahan akhlaqmu,
Ya Rasulullah,
Tafsirannya al-Quran,
Pada dirimu yang mulia.

Sungguh ia menambat jiwaku,
Mencontohi akhlaqmu,
Lembut damaikan jiwaku,
Buar diri menanggung rindu.

Aduhai panutan sepanjang zaman,
Jiwamu dirindui sehari-hari,
Akhlaqmu bayangan peri,
Bimbinglah daku sepertimu.

Ya Allah Robbul Izzati,
Hiasilah diriku dengan,
Kesempurnaan akhlaqnya Rasulku,
Selimutilah jiwaku dengan akhlaqul karimah.



Al-Faqir Ilallah
Pedang Timur Berkelana Asy-Syaluki Al-Faqr,
Khamis, 23 Mei 2013 = 13 Rejab 1434,
jam 4.06 petang,
Pulau Pinang.

Thursday 16 May 2013

AKU INSAN FAQIR



Aku insan faqir,
Tiada memiliki apa,
Hatta jasad ini,
Semuanya milik-Nya.

Ku nafikan bagiku,
Sandarkan segalanya pada-Mu,
Hanya diri-Mu,
Yang memilikiku.

Semuanya adalah Dia,
Apa saja pandangan,
Adalah Dia,
Hakikat keTuhanan.

Kita bukan sesiapa,
Kita hanyalah watak ciptaan,
Jalankan amanah pencipta semata,
Faqirullah.

Al-Faqir Wal Haqir Ilallah,
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 16 Mei 2013 = 6 Rejab 1434 H,
Jam 2.31 petang,
Pulau Pinang.

Wednesday 15 May 2013

ANDAI AJALKU DEKAT



Andaikan ajalku dekat,
Ku mohon ampun-Mu,
Ku mohon ampunan temanku,
Biar tenang kepulanganku.

Air mataku mengalir,
Kenangkan salahku,
Oleh itu,
Maka ampunkan daku.

Andaikan ruhku tiada kembali,
Setakat inilah pertemuan kita,
Salam perpisahan buatmu,
Teman-temanku di sini.

Kemaafan jua dipinta,
Andai itu tiada ku dapati,
Di Mahsyar sana pasti,
Kecelakaanlah bagiku.

Ajal itu rahsia,
Tiada siapa mengetahui,
Jika inilah perpisahan,
Maka kembalilah daku pada-Mu.

Ya Allah,
Sungguh ku tiada daya,
Melainkan dengan-Mu,
Ku bersandar segala.

Al-Faqir Ilallah,
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 16 Mei 2013 = 6 Rejab 1434 H,
Jam 9.04 pagi,
Pulau Pinang.

AGHITSNA YA RASULULLAH




Aghitsna aghitsna ya Rasulullah,
Ya syafi'ul a'zhom 'alaika solawatullah,
Marhaban 'alaika ya Habibullah,
Akrimna bil mahabbah ya Nabiyyallah.

Engkaulah kekasih maksud kami,
Engkaulah mentari yang menyinari,
Engkaulah purnama yang suci,
Engkaulah sandaran 'alamin.

Kami meneguk kasihmu ya Rasulullah,
Syafa'atul uzhma ya Rasulullah,
Bantulah kami ya Habibullah,
Di masa senang mahupun susah.

Ya syafi'ul wara ya Rasulullah,
Aghitsna aghitsna Habibi,
Kulli layali wa nahari,
Allah Allah ya Rasulullah.







Al-Faqir Wal Haqir Ilallah
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 16 Mei 2013 = 6 Rejab 1434 H,
Jam 9.04 pagi,
PP.

Sunday 12 May 2013

YA UMMI




Wahai ummi,
Engkaulah penyejuk jiwa,
Engkau sandaran jiwaku,
Wasilah do'aku.

Wahai ummi,
Engkaulah pembuka jalanku,
Ke 'alam dunia,
Wahai sandaran do'aku.

Sesejuk jiwamu,
Sedamai kasihmu,
Menyiram jiwaku,
Menguliti lenaku.

Tanpa redhamu,
Tiada ku dapat,
Redha Tuhanku,
Wahai ummi.

Redhamu tiada bandingnya,
Redhamu harapan jiwa,
Tiada kasih Tuhanku,
Tanpa redha kasihmu.

Jasa-jasamu hingga 'alam sana,
Titisan susumu memenuhi hamba,
Dirimu tiada duanya,
Mahupun penggantinya.

Wahai ummi,
Kini dirimu di 'alam sana,
Istirehat di barzakh,
Menanti saatnya.

Wahai ummi,
Di kuburmu ku menangis,
Menghantar bekalan jiwamu,
Cahaya zikrullah di sisinya.

Wahai Ilahi,
Ampunkan ummiku,
Sucikan dosa rahmati dia,
Dia ummiku.

Wahai cahaya jiwa,
Penenang hati penyejuk mata,
Do'aku sentiasa buatmu,
Tuhanku redhailah ummiku.

Dengan berkah Musthofa,
Kasihilah ummiku,
Jangan diseksa dia,
Hingga kebangkitan akhirnya.

Ampunkan ummi wa abi,
Ampunkan diriku ini,
Redhamu ku pinta,
Duhai ummi wa abi.





Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 13 mei 2013 = 3 Rejab 1434 H,
Jam 10.45 pagi,
Pulau Pinang.