Monday 1 October 2012

YA SAYYIDI YA WALIYULLAH

Ya Sayyidi Ya Waliyullah,
Wahai para kekasih Allah,
Wali-wali Allah yang mulia,
Saksikan kami mengasihimu.

*

Wahai bani 'Alawi Ahlal baitil Musthofa,

Wahai titihan Muhajir Ilallah,
Berkahmu menyebar di muka bumi,
Asbab kerahmatan buat ummat.

*

Wahai Bani 'Idrus yang tercinta,
Wahai turunan para wali,
Ku bertawassul dengan kemuliaanmu,
Ku bertabarruk dengan tinggalanmu.

*

Ya Al-Haddad quthubuz zamani,
Biarku hampir padanya Rasulullah,
Melalui jalananmu Waliyullah,
Kami mengambil jalan thoriqohmu.

*

Wahai Al-Habasyi cahaya kemuliaan,
Pimpinlah tanganku dalam jalanmu,
Bukakanlah pintu mengenal Tuhanku,
Tawsaaulku padamu semua ya Waliyullah.

*

Dan semua jurai Ahlul bait yang suci terpelihara,
Yang sentiasa mengalir di mana saja,
Buat insan mencedok manfaatnya,
Tawassalna bikum ya Waliyullah.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 15 dzulqaedah 1433 H = 30 September 2012 M,
Jam 11.15 malam,
Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment