Monday 15 October 2012

TUNJUKIKU JALAN MA'RIFAH


Ku meraba dalam hidupku,
Mencari jalan cahaya,
Jalan ma'rifatullah,
Untuk mengenal-Mu Robb.

Bukakanku jalan,
Mengenal-Mu Tuhan,
Agar benar imanku,
Awwaluddin ma'rifatullah.

Hidup tiada bermakna,
Jika tiada mengenal-Mu,
Pintu jalan agama,
Hendaklah mengenal-Mu jua.


(Korus)

Tunjukiku jalan ma'rifah,
Agar ku mengenal-Mu,
Sebenar-benarnya,
Melalui jalan cahaya-Mu.

Rindu melihat wajah-Mu,
Keagungan-Mu ya 'Azhim,
Bukakanku jalan cahaya itu,
Terang menuju mengenal-Mu.





Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 29 Dzulqaedah 1433 H = 15 Oktober 2012 M,
Jam 3.45 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment