Monday 1 October 2012

WANITA SOLEHAH HIASAN TERINDAH DUNIA

Telah berwasiat junjungan mulia,
Agar para wanita itu dijaga,
An-nisa' an-nisa' ittaqun nisa',

Sedarlah wahai wanita kedudukanmu.

Wanita-wanita solehah itu,
Adalah sebaik-baik hiasan dunia,
Senang dipandang tenang merasa,
Menjadi hiasan yang disenangi.

Wajah indah selembut bulan,
Bak bulan kerana kesolehan,
Agamalah jua menjadi penjaganya,
Pembimbing dalam jalan kehidupan.

Wanita yang menjaga maruah kehormatannya,
Yang taat pada agama dan suaminya,
Yang takutkan Allah semata,
Pilihlah akan pintu Syurgamu.

Dirimu bijaksana tiada pengaruhi,
Akan kilauan indah fesyen dunia,
Yang menggigit kebanyakan wanita,
InsyaAllah berbahagialah akan dirimu.

Sungguh dukacitalah Nabi Musthofa,
Melihatkan wanita masa kini,
Ramainya yang tersesat di jalanan,
Hanyut dalam arus dan mimpi.

Wanita solehah itu indah,
Dirinya adalah amanah terjaga,
Daripada pandangan ajnabi,
Daripada pandangan yang khianat.

Jadilah seindah wanita solehah,
Bukan wanita yang suka membelah,
Aurat dan segala tayangan,
Janganlah begitu nanti terseksakan.

Wanita solehah wahai wanita solehah,
Padamu ada kemuliaan,
Selagi dirimu terjaga dengan Ad-Din,
Semoga terbimbing dirimu ke Jannah.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 15 Dzulqaedah 1433 H = 30 September 2012 M,
Jam 11.40 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment