Monday 1 October 2012

HAYYA 'ALAS SOLAH

Hayya 'alas solah,
Seruan syari'at menuju Allah,
Ayuhlah tanpa berlengah,
Tunaikan kewajiban kita.

pabila azan diserukan,
Sahutlah wahai Muslimin,
Ke tempat solahmu,
Rukuk dan sujudlah dalam jema'ah.

(Korus)

Hayya 'alas solah,
Solah itu kefardhuan,
Atas setiap yang mukallaf,
Fardhu atasmu wahai Muslimin.

Jangan abaikan perintah-Nya,
Solah itu tiangnya agama,
Ayuhlah tegakkan agama itu,
Melalui menunaikan solah.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 15 Dzulqaedah 1433 H = 30 September 2012 M,
Jam 11.25 malam,
Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment