Monday 1 October 2012

YA NABIYYALLAH

Ya Nabiyyallah salamun 'alaik,
Ya Nur Ya qurrotul 'aini,
Wajahmu yang penuh keindahan,

Menjadi harapan kami menatapnya.

Ke mana sahaja dirimu melangkah,
Pasti turunlah rahmat dikasihi makhluknya,
Bahkan sepohon pokok merinduimu,
Setelah sekian waktu tidak menemuimu.

Engkaulah sandaranku pada hari
manusia dalam keresahan,
menghadapi hal keadaan Mahsyar
dan dihujani persoalan,
Hanya syafa'atmu kami harapkan,
Bersandar padamu sebagai pembantu kami.

Selawat Allah sentiasalah ke atasmu,
Jasamu yang teramat besar nan mulia itu,
Semoga Allah memebalas atasmu Rasul semulia-mulia hikmah,
Wahai Nabi (shollalahu 'alaihi wasallam)
penuntun ummat.

Pandanglah wajah-wajah kami ummatmu,
Yang sentiasa sekian dirmu merindu,
Setiap hari mengucap selawat atasmu,
Kami ingin sentiasa di sisimu.

Wahai Allah Yang Maha Besar,
Selamatkanlah kami daripada fitnah keduniaan,
Dan penyakit batiniah yang merosakkan,
Matikanlah kami atas Syahadah dan kemuliaan.






Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 15 Dzulqaedah 1433 H = 1 Oktober 2012 M,
Jam 4:43 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment