Thursday 25 October 2012

LENTERA UMMAT


Kalian ibarat lentera,
Dan payung yang memayungi,
Akan ummat ini,

Kalianlah wahai Ahlul Bait.

Kalianlah cerminan keilmuan,

Dan akhlaqul Islam,
Pada kalian kami berpaut,
Menagih keilmuan yang berharga.

Darah makhluk termulia,

Mengalir dalam jasad kalian,
Generasi demi generasi,
Hinggalah qiamat.

Kemuliaan pada kalian,

Wahai keturunan mulia,
Penerang jalan gelap,
Bagi ummat ini.

Ibarat lampu yang menyuluh,

Jalanan yang gelap,
Buat pedoman pejalan jalanan,
Itulah kalian Ahlul Bait.

Ibarat kolam yang jernih,

Dan air yang sejuk lazat,
Penawar penyakit mujarab,
Itulah kalian wahai Ahlul bait.

Namun dunia semakin tua,

Ada antara kalian mula lupa,
Akan hakikat darah dan diri,
Hakikat tugas dan peranan.

Kembalilah pada kemurniaan,

Pada akhlaq yang berasal,
Kerna daripada kalianlah,
Kami mengambil wasilah termahal.

Jadilah yang sebenar-benar,

Menjaga nasab dan ke'ilmuan,
Agar benar-benar menjadi,
Lentera bagi ummat.






Karangan oleh:

PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 9 Dzulhijjah 1434 Hijrah = 25 Oktober 2012 Masihi,
Jam 5.36 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment