Monday 15 October 2012

Qasidah YA MURSYIDUN

Ya Mursyidun (4 kali),
Ya Auliya' Ya Solihin,
Izinku berpaut padamu,
Tuntunlah aku pada Tuhanku.

*

Ya Mursyidun (4 kali),
Mursyidku pimpinlah daku,
Didiklah akan daku,
Ma'rifah pada Tuhanku.

*

Ya Mursyidun (4 kali),
Wahai auliya' yang mulia,
Bukakan jalanku,
Istiqomah atas thoriqoh.

*

Ya Mursyidun (4 kali),
Ku pegang tangan dan jiwamu,
Dalam halaqah mulia,
Biarku bersamamu.

*

Ya Mursyidun (4 kali),
Ajarku bimbingku,
Ijazahkanku aurad dan cinta,
Agar tetap jalanku.

*

Ya Mursyidun (4 kali),
Ku kucup jasadmu yang mulia,
Syafa'atkanku bila di sana,
Bersama Nabi yang termulia.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 29 Dzulqaedah 1433 H = 15 Oktober 2012 M,
Jam 5.10 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment