Thursday 1 November 2012

MARILAH BERJUANG


Ayuhlah semua sahabatku,
Bangkit dan berpijak,
Atas kaki sendiri,
Membina kekuatan sendiri.

Untuk menjadi terbilang,
Tidak semudah membilang hari,
Lalu berdiri teguh,
Hebat sebagai perwira.

Hanya usaha dan kesungguhan,
Yang jitu membara,
Dan kesanggupan merintang,
Bekal muncul jaya.


(Korus)

Marilah berjuang,
Membina maruah diri dan bangsa,
Agar maruah tiada dicela,
Kerna kita bangsa terbilang.

Bangsaku oh bangsaku,
Dulu kita menguasai hebat,
Ayuhlah kini kita kembali,
Berdiri membinanya semula.






Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 16 Dzulhijjah 1434 H = 1 November 2012 M,
Jam 6.38 petang,
Georgetown,
Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment