Saturday 21 April 2012

RAJA BERDAULAT


Dalam suatu negeri bestari,
Aman sentosa seisi negeri,
Dilimpah nikmat tidak terperi,
Dengan hasil yang diberi.

Diperintah ia seorang Sultan,
Seluruh negeri ceruk diperhatikan,
Kota negeri wajib pertahankan,
Kedaulatan kekuatan harus kekalkan.

Seorang Sultan penuh berdaulat,
Kacak lagi bertubuh kuat,
Amal zikir sunnah ia perbuat,
Teguhlah pendiariannya dengan bulat.

Hamba rakyat sekalian taat,
Tiada ingkar jua khianat,
Akan Sultan yang juga taat,
Sentosalah negeri dalam kuat.

Negeri rahmat dengan agama,
Semua rakyat jelata semua,
Belajar mengaji bersama-sama,
Kuatlah Islam itulah beragama.

Tawadhu’ Sultan perbetul diri,
Kerana sedar hakikatnya diri,
Ke barzakh jua akan kembali,
Ketika itu apa nasiblah diri.

Segala panglima pahlawan perang,
Tiada gentar melawan menyerang,
Habis seluruh segala orang,
Berlari merangkak ke medan perang.

Sultan gemilang selalu bertanya,
Kepada gurunya jua diajunya,
Agar jernih di fikirannya,
Akan helah jalan selesainya.

Peemurah ia sifatnya diri,
Segala hamba rakyat sukalah hati,
Girang ia tidak terperi,
Dapat perhatian walaupun abdi.



Oleh:
ABDUL LATIFF MOHAMAD ASY-SYALUKI,
21 April 2012 Masihi bersamaan 29 Jamadilawwal 1433 Hijrah,
Sabtu, Jam 11.49 malam,
Georgetown,
Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment