Rumah
kayu beratap rumbia,
Disusun
ia selisih-selisih,
Sudah
adatnya kita manusia,
Ada
hati berbenihnya kasih.
Ke
laman memetik daun selasih,
Untuk
dibuat penyedap sajian,
Adatlah
dalam menabur berkasih,
Tidaklah
sunyi ia daripada ujian.
Meletup-letup
menggoreng bertih,
Riuh
rendah ibarat perang,
Bila
hati sudah bertaut kasih,
Janganlah
pula berniat curang.
Beras
pulut dikisar halus,
Hendak
dikisar berguni-guni,
Cinta
kasih itu memanglah tulus,
Janganlah
pula ia diracuni.
Membeli
kelapa dibuat inti,
Dibeli
ia dengan cara beraqad,
Jika
ingin merasa kasih sejati,
Hendaklah
sah secara beraqad.
Lenguh
tangan mengait kuini,
Sudah
dikait kita memberi,
Sungguh
indah cinta kasih ini,
Bila
bergelar suami isteri.
Bila
dua hati sudah bersatu,
Janganlah
pula dilupakan siapa diri,
Jika
ingin hidup bahagia selalu,
Hendaklah
kita bersifat memberi.
Jasad
ruh sentiasalah bersih,
Oleh
itu janganlah kelahi,
Kita
hidup di istana kasih,
Biarlah
ada redhanya Ilahi.
Pasang
kelambu sebelah luar,
Agar
tidak diganggu nyamuk,
Apa
gunanya bahagia di luar,
Jika
di dalam hatinya kecamuk.
Jika
tidak mahu diganggu nyamuk,
Bakarlah
perasap dalam dupa,
Jika
tiada ingin hati kecamuk,
Zikir
selawat janganlah dilupa.
Usia
lanjut janganlah disia,
Janganlah
semakin jauh dari Tuhan,
Tak
mengapa dibenci manusia,
Asalkan
kita dikasihi Tuhan.
Letak
kuih di atas peti,
Kuih
itu ramai yang berahi,
Kalu
nak hidup bererti,
Selalulah
dekat dengan Ilahi.
Oleh:
ABDUL
LATIFF MOHAMAD ASY-SYALUKI,
9
April 2012 Masihi bersamaan 17 Jamadilawwal 1433 Hijriah,
Isnin,
Jam 6.04 petang,
Georgetown,
Pulau
Pinang.
No comments:
Post a Comment