Tuesday 11 September 2012

BIZIKRIL MAUT

Ingatlah duhai semua yang bernyawa di atas dunia yang fana',
Tiadalah yang kekal hidup selamanya melainkan kematian jua suatu kepastian,
Setelah kurniaan kehidupan diberikan padamu oleh Tuhanmu sekian masanya,
Lalu ketika Dia
mengambilmu kembali lalu engkau dimatikan-Nya.

*


Jasad dan ruh tiada selamanya kan kekal bersama sentiasa,

Sampai ketika ia kan pulang pada Tuhan penciptanya,
Tinggallah jasad kosong yang ditinggalkan keseorangan,
Yang akan menghuni suatu lubang tempat perhitungan.

*


Lalu aduhai insan yang hidup melata di bumi Tuhan,

Sebelum ruhmu ditarik keluar dijemput pulang,
Ingat dan kembalilah dikau kepada Tuhan dengan taubatan nasuha,
Sebelum helaan nyawamu sampai ianya di tenggorokan jika itu tiadalah gunanya lagi aduhai insan,

*


Bukankah telah Tuhanmu mengingatkan akannya dalam al-Quran,

Dan melalui lisan Nabimu yang termulia Muhammad Al-Musthofa yang suci,
Bahawa kematian itu suatu yang pasti dilalui setiap hidupan,
Dan sebijak-bijak insan itu yang banyak ingatnya akan kematian.

*


Memerhatilah ruhmu saat jasad kaku engkau dimandikan,

Diam membisu dalam kekakuan siraman air yang sejuk,
Dan engkau akan dirapikan jasadmu dalam helaian kain kafan,
Helaian kafan putih hanya itulah sahaja pakaian.

*


Jasadmu yang kaku diiringi atas pembaringan,

Berbahagialah jasad jenazah yang bahagia minta dipercepatkan,
Celakalah jasad jenazah yang celaka minta dilambatkan,
Kerna sudah diperlihatkan hal keadaan di tempat pemringannya.

*


Di lahad itu engkau dibaringkan,

Dalam qiyam menghadap qiblat,
Bahagia ataukah celaka,
Nantilah akan kau lihat.

*


Bahagilah mereka yang hidup dan kembali dalam selamat,

Celakalah mereka yang hidup dan kembali dalam celaka,
Tika dibenamkan tanah atasmu tiada lagi apa kau boleh perbuat,
Melainkan hanya berserah atas-Nya segala apa dibuat.

*


Di lahad itu menjadi tempat rehat yang aman atau hukuman yang azab,

Lubang syurga atau lubang-lubang neraka,
Sama mengingat sama beringat,
Kita semua tiadanya sempurna hanya berbalut dosa-dosa.





Karangan:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
12 September 2012,
Rabu, Jam 11.20 pagi,
Georgetown, Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment