Sunday 12 May 2013

YA UMMI




Wahai ummi,
Engkaulah penyejuk jiwa,
Engkau sandaran jiwaku,
Wasilah do'aku.

Wahai ummi,
Engkaulah pembuka jalanku,
Ke 'alam dunia,
Wahai sandaran do'aku.

Sesejuk jiwamu,
Sedamai kasihmu,
Menyiram jiwaku,
Menguliti lenaku.

Tanpa redhamu,
Tiada ku dapat,
Redha Tuhanku,
Wahai ummi.

Redhamu tiada bandingnya,
Redhamu harapan jiwa,
Tiada kasih Tuhanku,
Tanpa redha kasihmu.

Jasa-jasamu hingga 'alam sana,
Titisan susumu memenuhi hamba,
Dirimu tiada duanya,
Mahupun penggantinya.

Wahai ummi,
Kini dirimu di 'alam sana,
Istirehat di barzakh,
Menanti saatnya.

Wahai ummi,
Di kuburmu ku menangis,
Menghantar bekalan jiwamu,
Cahaya zikrullah di sisinya.

Wahai Ilahi,
Ampunkan ummiku,
Sucikan dosa rahmati dia,
Dia ummiku.

Wahai cahaya jiwa,
Penenang hati penyejuk mata,
Do'aku sentiasa buatmu,
Tuhanku redhailah ummiku.

Dengan berkah Musthofa,
Kasihilah ummiku,
Jangan diseksa dia,
Hingga kebangkitan akhirnya.

Ampunkan ummi wa abi,
Ampunkan diriku ini,
Redhamu ku pinta,
Duhai ummi wa abi.





Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 13 mei 2013 = 3 Rejab 1434 H,
Jam 10.45 pagi,
Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment