Monday 27 May 2013

Lagu BAWA DIRIKU



Bila ku dibuang,
Tiada erti ku melanggu,
Bawalah hatimu ke mana,
Agar kau bahagia.

Kita dihanyut arus,
Dan tiupan angin dusta,
Ku sedar diriku,
Biar ku dibuang.

Namun ku punya harga,
Dan secebis hati luka,
Mudahnya kau percaya,
Tiupan-tiupan mendatang.

Kini segalanya jelas bagiku,
Ku tetap melangkah,
Mencari erti hidupku,
Walau ke gua berbatu.

Bawalah hatimu bersama,
Semoga kau bahagia,
Aku dengan haluanku,
Yang tiada pernah kau fahami.

Al-Faqir Ilallah,
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 28 Mei 2013 = 18 Rejab 1434,
Jam 11.04 pagi,
Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment