Sunday 26 May 2013

Qasidah Melayu..... PENUNJUK JALAN BAHAGIA




Telah zahirlah penunjuk cahaya,
Penyuluh ke jalan kebenaran,
Di bulan Rabi'ulawwal,
Disambut dengan kegirangan.

Baginda membawa obor tauhid,
Baginda penghulu anak Adam,
Baginda penutup Kenabian,
Baginda Rasulullah tercinta.

Penyelamat dari kesesatan,
Membawa ummat semuanya,
Ke arah kebenaran bahagia,
Sanggup korbankan dirinya.

Bahagialah siapa beriman dengannya,
Dan yang ta'at akannya,
Dan teguh iman cinta padanya,
Nescaya bahagialah hidup matinya.

Baginda sanggup bersusah payah,
Demi kebahagiaan ummatnya,
Menunggu di hujung sirath,
Lantaran kasihkan ummatnya.





Al-Faqir Ilallah,
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 27 Mei 2013 = 17 Rejab 1434,
Jam 9.44 pagi,
Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment