Monday 27 May 2013

Lagu LANGKAHMU

Ku ingin ikut jejakmu,
Pada setiap langkahmu,
Amal mahupun katamu,
Duhai bunga cintaku.

Namamu selalu disebut,
Di setiap penjuru 'alam,
Timur mahupun Barat,
Utara bahkan Selatan.

Menuju kesempurnaan,
Mengikut jalananmu,
Setiap pusaka agungmu,
Inginku sematkan padaku.

Namamu yang meniti,
Di bibir setiap jiwa,
Pencinta perindumu,
Engkaulah bunga cinta.

Pandanglah aku walau seketika,
Senyum kasihmu hilangkan,
Derita jiwa membara,
Hati yang sentiasa gelora.

Al-Faqir Ilallah,
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 28 Mei 2013 = 18 Rejab 1434,
Jam 11.14 pagi,
Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment