Thursday 16 May 2013

AKU INSAN FAQIR



Aku insan faqir,
Tiada memiliki apa,
Hatta jasad ini,
Semuanya milik-Nya.

Ku nafikan bagiku,
Sandarkan segalanya pada-Mu,
Hanya diri-Mu,
Yang memilikiku.

Semuanya adalah Dia,
Apa saja pandangan,
Adalah Dia,
Hakikat keTuhanan.

Kita bukan sesiapa,
Kita hanyalah watak ciptaan,
Jalankan amanah pencipta semata,
Faqirullah.

Al-Faqir Wal Haqir Ilallah,
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Khamis, 16 Mei 2013 = 6 Rejab 1434 H,
Jam 2.31 petang,
Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment