Sunday 26 May 2013

Qasidah Melayu.....CINTAKAH RASUL KITA?



Bagaimanakah cinta kita pada Baginda,
Mengaku cinta kasih padanya,
Sedangkan apa kita lakukan,
Ta’atkah kita akan Baginda.

Ajaran dan panduan Rasul,
Kita ringan-ringankan,
Yang difikirkan sesuai,
Itu yang kita ‘amalkan.

Kita mengaku cintakan Baginda,
Namun apakah yang kita lakukan,
Dengan segala ajaran Baginda,
Renungkanlah wahai sekalian.

Bagaimanakan kan kita hadapi,
Baginda Rasulullah nantinya,
Hakikat yang jauh dari benar,
Bagaimana perasaan Rasul kita.

Perpecahan ummat yang parah,
Jauh dari hakikatnya ajaran Baginda,
Kalimah cinta di bibir semata,
Ayuhlah ummat kita kembali.

Baginda berkorban segalanya,
Demi ummat tercinta,
Perhatikanlah bagaimana ummatnya sekarang,
Wahai Rasul maafkan kami.

Al-Faqir Ilallah,
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 27 Mei 2013 Masihi bersamaan 17 Rejab 1434 Hijrah,
Jam 8.55 pagi,
Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment