Monday 16 July 2012

NEGERI TIMUR



Semenanjung Emas yang masyhur,
Tempat pilihan zaman berzaman,
Berpijaknya Raja agung,
Penguasa Masyrik wal Maghrib.

Inilah tanah disebut-sebut,
Tanah Timur yang dijanjikan,
Menghala pula ia ke timurnya,
Tempat laluan angin damaikan.

Negeri jantung ini berbisa,
Timurnya pula bagai serigala,
Terengganu Darul Iman itu namanya,
Itulah negeri penuh perasa.

Suatu negeri terang-terangan,
Tempat melata 'alim ilmuan,
Berpijak ia wali-wali Allah bertebaran,
Bakal bangkit dari tidurnya sekalian.

Persiaplah segala waris-warisan,
Tiba masanya Timur bergegar,
Bukan tsunami bukan gegaran,
Tetapi hentakan kuda berbarisan.

Hitam putih warnanya panji negeri,
Hitamnya itu biasa dikenali,
Berkuda ia berpanji-panji,
Laungan takbir memecah alami.

Di dalam sini tersimpan rahsia,
Tiada dikenal oranglah pula,
Timur itu disabda-sabda,
Bukan perasan bukan mengada.

Muncul penguasa di timur ini,
Membawa khabar gembira begini,
Munafik bangsa takut sendiri,
Takut terjerat leher sendiri.

Tiba masanya ia bergegar,
Keluarlah ia berdegar-degar,
Bangkitan tidur bersemangat sangat,
Ingin menebas bertambat-tambat.


Duhai Terengganu kami kasihi,
Buat segala pemuda pemudi,
Sudah masanya diri kembali,
Buat mengatur diri sendiri.





Oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Malam Jumaat, 15 Jun 2012,
Jam 2.00 pagi,
Kuala Terengganu,
Terengganu.

No comments:

Post a Comment