Monday 16 July 2012

DINDAKU SAYANG


Aduhai dinda sayang belahan jiwa,
Tiada kanda sedari dalam diam,
Telah terluka hati dinda adanya,
Ampunkan kanda dindaku sayang,
Bicara tingkah kanda buatmu terluka,
Dalam diam dirimu berahsia,
Tiada diungkap rasa di hati,
Namun kanda kurang mengerti.

Dinda berdaulat tiada terperi,
Manakan sama dengan isteri,
Dinda itu seorang permaisuri,
Dimurkai paduka kerna lakuku,
Dalam lalaiku tiada umpamamu,
Datang paduka mengambilmu kembali,
Dibawa pulang ke kayangan seri,
Meratap kanda tersungkur di peraduan,
Air mata kanda membasahi tilam,
Merintih merayu agar dinda pulang.

Aduhai dirimu dindaku sayang,
Sekejap dinda dibawa pulang,
Kanda terasa kehilangan bukan kepalang,
Sangatlah sedih menanggung sesal,
Sudahlah pergi barulah dikesal,
Kanda banyak legar fikiran,
Banyak akannya berfikir fikiran,
Melayan dinda tiada seakan,
Tersungkur diriku menerima hukuman,
Merayu-rayu kepada dinda di sana,
Pulanglah duhai dinda ke pangkuan kanda,
Tangisan kuat memijarkan mata.

Pulang dinda ke pangkuan kanda,
Tangisan jua lantaran gembira,
Dipujuk dinda agar janganlah menangis,
Namun air mata ini tak tertahan,
Terus deras ia mengalir dalam sebak,
Menyambut kepulangan dinda ke pangkuan,
Dinda terus memujuk kanda,
Dalam esak tangis kanda bersuara,
Dinda jua menitiskan air mata itu,
Junjung kasih dindaku sayang,
Kembali ke pangkuan kanda,
Kanda janji padamu dindaku sayang,
Kan kanda jaga dinda selayaknya.



Oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Jumaat, 29 Jun 2012 Masihi bersamaan 9 Sya'aban 1433 Hijrah,
Georgetown,
Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment