Monday 4 February 2013

WANITA JAGALAH DIRIMU

Kalian insan yang istimewa,
Allah menciptakanmu dengan keindahan,
Penenang dan peneman di sisi,
Wahai wanita.

Ingatlah akan taklif atasmu,
Jagalah auratmu dengan sempurnanya,
Ia perintah Tuhanmu dan Rasulmu,
Jagalah dan tutupilah auratmu wanita.

Dirimu itu mahal harganya,
Setiap bahagian jasadmu wajiblah kau tutupi,
Kecuali yang sudah kau maklumi,
Sempurnakanlah auratmu.

Usahlah kau dipengaruhi agenda modenisasi,
Tiada laranga bagimu berfensyen dan berhias,
Namun ingatlah di sana ada hukumnya,
Sempurnakanlah auratmu.

Longgarkanlah pakaianmu,
Labuhkanlah pakaianmu dan hijabmu,
Elakkan tabarruj pada ajnabi,
Janganlah kau pesonakan dengan wangian amat.

Pakai tapi telanjang,
Sudah berlalulah dan berlakulah,
Akan perihal sabda Rasulullah,
Wanita yang berpakaian tapi telanjang.

Ada yang memakai baju,
Tapi menampakkan bentuk dadanya,
Hingga jelas kelihatannya,
Bahkan ada mendedahkan lurahnya.

Tidakkah kau malu dedahkan tubuhmu,
Sungguh malu tiada lagi padamu,
Maka bagaimanakah imanmu,
Perhatikanlah dirimu wahai wanita.

Tidakkah kau mendengar,
Akan kalam Rasulullah di dalam hadith,
Ramainya wanita ke neraka,
Apa sebabnya wahai wanita.

Ada yang memakai,
Namun jelas bentuk tubuhnya,
Ibarat nangka berbalut plastik,
Tiada selamat dirimu di kubur nanti.

Sempurnakanlah auratmu duhai wanita,
Pakailah sebagaimana perintah agamamu,
Di akhir zaman ini,
Ingatlah akhir zaman ini zaman fitnah.

Wahai wanita,
Ada yang berseluar ketat,
Menampakkan bentuk jelas laluan keluar anakmu,
Sungguh ketat tidakkah kau malu.

Ada yang dedahkan rambutnya ibarat semak pakis,
Berwarna ibarat bulunya beruk di sarkis,
Kening bercukur dan bibir bergincu terang,
Kukunya panjang berwarna kilatan.

Di mana maruahmu,
Di mana harga dirimu,
Di mana nilai agamamu,
Dan di mana kau letakkan Allah dan Rasul dalam dirimu.

Sempurnakanlah tutupi auratmu,
Jangan kau tabarruj dan ketat-ketatan,
Jagalah adabmu di mana jua,
Ingatlah bahawa kau seorang wanita.

Telah datang peringatan buatmu wanita,
Ingatlah kalian tika di zaman jahiliyyah dulu,
Diperlaku tiada nilai pemuas semata,
Islamlah yang memuliakanmu wahai wanita.

Jagalah sebaiknya dirimu wanita,
Sempurnakanlah auratmu bertutup rapi,
Sesungguhnya Rasululalh menyayangimu,
Semoga Allah memelihara dan mengampunimu...Amin.




Karangan oleh:

PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 22 rabi'ulawwal 1434 Hijrah bersamaan 4 Februari 2013 Masihi,
Jam 5.52 petang,
Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment