Monday 4 February 2013

Syair UTUSAN DITUNGGU

Telah hadirlah utusan ditunggu,
Dengan zahirnya Nabi Thohaa,
Beruntunglah sesiapa bersamanya,
Yang tetap ta'at padanya.

Berkumpullah wahai Muhibbin,
Mengucap seru nama kekasihmu,
Selawat salam atas Baginda,
Agar sentiasa bersamanya.

Ucaplah dengan serindu kasihnya,
Serulah namanya dengan selazatnya,
Biar lemas dirimu dalam lautan,
Dan renangilah aliran cinta itu.

Muhammad (saw) sebaik ciptaan,
Tiadalah di Timur mahupun Barat,
Melainkan diseru panggil namanya,
Bahkan di 'Arasy terpahat namanya.

Ingatlah wahai ummat,
Tiada beriman kalian semua,
Melainkan dicintai Rasulullah melebihi semua,
Melebihi ibu ayah jua.

Rasulullah datang membawa cahaya,
Untunglah yang menta'atinya,
Siapa yang menolak cahaya itu,
Celakalah baginya.

Zahirmu wahai Rasul (saw),
Sebaik anugerah 'alam,
Lalu dijadikan kami,
Menjadi ummatmu sebaik ummat.





Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 22 Rabi'ulawwal 1434 Hijrah bersamaan 4 Februari 2013 Masihi,
Jam 7.10 malam,
Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment