Sunday 14 April 2013

Lagu BAYANGAN JIWA



Wahai nur yang memancar,
Penerang jiwaku,
Penyuluh jalananku,
Belahan jiwa agung-Mu.

Wahai Thohaa,
Melihatmu fana'kanku,
Keindahanmu,
Merintih hatiku.

Wahai nur,
Di 'Arasy terpahat namamu,
Menerangi 'alam ini,
Dengan nurmu.

Kekasih hatiku,
Izinkan ku memeluk jiwamu,
Yang damai syahdu,
Mewangi segenap penjuru.

Wahai Yaasin,
Aliran air cintamu,
Membasahi hatiku,
Menitis air mataku.

Wahai putera 'Abdullah,
Dakaplah daku,
Dalam jiwa agungmu,
Aku rinduimu.

Melihat keindahanmu,
Yang bercahaya,
Cukuplah bagiku,
Rasul tercinta.

Bayangan jiwa,
Peluklah daku,
Dengan rahmat kasihmu,
Aku ini ummatmu.

Wahai cinta,
Ya Rasulullah,
Tanpamu tiada erti,
Hidupku.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 4 Jamadilakhir 1434 H = 15 April 2013 M,
Jam 10.36pagi,
Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment