Friday, 23 November 2012

Syair MARILAH BERSELAWAT




Allahumma sholli 'ala Sayyidina Muhammadin wa 'ala aali Sayyidina Muhammad,
Wahai Muslimin Muslimah Mu'minin Mu'minah,
Sebanyak yang bertaburan di dunia,

Marilah berselawat ke atas Al-Musthofa shollallah 'alaihi wasallam.

*
Allahumma sholli 'ala Muhammad ya Robbi sholli 'alaihi wasallim.

*

Wahai engkau semua yang beriman,
Kepada Allah dan Rasul-Nya tercinta,
Tuluskanlah cintamu pada Nabi Muhammad,
Sebanyak-banyaknya siang dan malam.

*
Allahumma sholli 'ala Muhammad ya Robbi sholli 'alaihi wasallim.

*

Ucapkanlah selawat salam atas Baginda,
Sebanyak-banyak pasiran di pantai,
Sebanyak-banyak kicauan burung di udara,
Itulah tanda kecintaan padanya.

*

Allahumma sholli 'ala Muhammad ya Robbi sholli 'alaihi wasallim.

*

Marilah bersama berselawat jua,
Ucapkanlah selawat cinta dan jazamkan ia,
Rahmat Allah atasmu yang berselawat,
Sekali selawat terbalas sepuluh rahmat-Nya.

*

Allahumma sholli 'ala Muhammad ya Robbi sholli 'alaihi wasallim.

*

Ucapan selawatmu sampai ke hadhrat Baginda,
Dijawab salammu oleh Baginda,
Wahai saudaraku semua,
Marilah kita berselawat ke atas Baginda.

*

Allahumma sholli 'ala Muhammad ya Robbi sholli 'alaihi wasallim.

*

Biar nama mulia Al-Musthofa sentiasa di dalam hati,
Hidup dan berdeguplah duhai jantung dengan kemuliaannya,
Akan kemuliaan Sayyidina Muhammad,
Dari dunia hingga akhirat.

*

Allahumma sholli 'ala Muhammad ya Robbi sholli 'alaihi wasallim.

*

Kami mengharapkan kasih cintanya itu,
Moga kami menjadi pula orang yang mukhlisin,
Dalam mencintai Baginda Rasulullah,
Lalu maka benarlah iman kami itu.

*

Allahumma sholli 'ala Muhammad ya Robbi sholli 'alaihi wasallim.


*

Bahawa Allah Ta'ala dan para malaikat-Nya,
Berselawat atas junjungan kita termulia,
Wahai kalian ya Muslimun,
Sholatullahi wasalamuhu 'alan Nabiyyil Musthofa.

*

Allahumma sholli 'ala Muhammad ya Robbi sholli 'alaihi wasallim.








Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Sabtu, 10 Muharram 1434 H = 23 November 2012 M,
Jam 7.11 malam,
Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment