Friday 22 February 2013

SURATAN TIMUR



Tika terbelahlah gunung Timur,
Berhamburlah debuan kota,
Bergegarlah pukulan badai,
Terbanglah jentayu angkasaraya.

Kota lama semadi rahsia,
Memendam rasa berdiam tika,
Kan bangkit menguak segala,
Al-Haq di dalam jagat raya.

Pintu rahsia menanti kunci,
Pembuka jalan penuh rahsia,
Di dalam banjaran berwangsa,
Lena menanti jaga.

Di mana pedang di mana keris,
Di mana tombak di mana panah,
Di mana kuda di mana imamah,
Bersatu ia di atas amanah.

Kota lama yang berdiam,
Menyelam sepi zaman berzaman,
Timbulkan tanda di hujung 'alam,
Suratan ia di kerasan mukaan.

Bumi hitam putih berbalam,
Kejap pasak bagai di akar,
Tajam semangat bagai Dzulfaqar,
Biru ia dengan semutar.

Di sini..di sini sunnatullah,
Sembunyi dalam penantian khalifatullah,
'Adil ia tiada disanggah,
Ia itu utusan Allah.

Bulan bintang kibaran hitam,
Kalimah tauhid tunjang 'alam,
Megah berkibar segenap 'alam,
Penuhi ia Timur dan Barat.

Meliputi ia hujung ke hujung,
Sungai 'adil memandi ummat,
Sesuci hati Mu'minin,
Terang bersinar tarafnya waliyullah.

Sinarnya wajah indahnya kalam,
Hentak kuda bergegar 'alam,
Wazir iringan siang dan malam,
Taqarrub ia dengan Tuhan.

Suratan Timur kian lerai,
Tawajjuh dalam hasanain,
Tegap gagah bagai Dzulqarnain,
Takluklah Masyrik wal Maghrib sejauh 'ain.

Tunduknya wajah khauf fillah,
Wahai Imam waliyullah,
'Adil lagi jihad sabilillah,
Allahuakbar kalimah keramat.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Juma'at, 11 Rabi'ulakhir 1434 Hijrah bersamaan 22 Februari 2013 Masihi,
Jam 4.58 petang,
Pulau Pinang.

Tuesday 19 February 2013

Syair AYAHKU



Ayahku,
Di kejauhan ku rinduimu,
Kenangkan dirimu,
Keseorangan selepas pemergian ibuku.

Maafkanku ayahku,
Atas dosaku padamu selama ini,
Luka di hatimu,
Atas sikapku.

Wahai ayahku,
Sungguh tabah dirimu,
Dan bijak sembunyikan rasa hatimu,
Atas kelakuanku padamu.

Maafkanku ayahku,
Hanya dirimu ayahku,
Doaku padamu,
Pada Tuhan ku panjatkan.

Ayahku,
Tiada terbalas jasamu,
Walau dunia ku gadaikan,
Tiada setanding jasamu.

Keringat kau tumpahkan,
Panas kau jemuri,
Demi memberiku nafkah,
Dalam hidupku.

Namun kini,
Usia tua menjelang,
Kau tetap tabah,
Walau ada luka di hatimu.

Ayahku,
Ampunkanlah segala dosaku,
Padamu selama ini,
Agar anakmu ini soleh.

Detik-detik berlalu,
Wahai ayahku,
Ku doakanmu selalu,
Dan ibu di barzakh sana.

Maafkanku ayahku,
Ku menyayangimu,
Setiap luka akibatku,
Takkan sembuh begitu.

Duhai ayahku,
Ku sedar dosaku,
Ampunanmu ku pintakan,
Dirimu kan ku jaga.

Ayahku,
Ku doakan sentiasa,
Agar Allah memeliharamu,
Hingga kembali pada-Nya.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Selasa, 9 Rabi'ulakhir 1434 Hijrah bersamaan 19 Februari 2013 Masihi,
Jam 2.28 pagi,
Gelugor,
Pulau Pinang.

Sunday 17 February 2013

Syair YA IMAMUL HADDAD


Salam dan rahmat atasmu ,
Wahai Quthub yang masyhur,
Penuntun jalan yang luhur,
Ya Imam 'Abdullah Al-Haddad.

Engkaulah kekasih yang agung,
Di sisi Allah Ta'ala,
Wahai waliyullah yang agung,
Ya Imamul Haddad.

Nasihatmu kalammu,
Ratibmu wiridmu uzlahmu,
Karomahmu wahai sufi,
Duhai ithrahnya Rasul.

Ya Imamul Haddad,
Penghias Hadhramaut,
Mutiara Ahlul Bait,
Ya Imamul Haddad.

Ya Allah ya Nabi,
Tawassul kami padanya,
Pada Imam yang agung,
Ya Imamul Haddad.

Wahai cahaya Hadhramaut,
Pelita penyuluh,
Penggentar hati,
Ya Imamul Haddad.

Ya Allah Ya Robbana,
Qabulkan hajatku,
Dengan berkahnya Wali-Mu,
Yakni Imam Habib Abdullah Al-Haddad.

Hidupkan hatiku,
Lembutkan hati dan lidahku,
Dengan zikir dan selawat,
Agar taqarrub pada-Mu Allah.

Dengan berkahnya Imam,
Dengan mulianya Imam,
Dengan tawassul pada Imam,
Dialah Imam Al-Haddad.




Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 7 Rabiulakhir 1434 H = 18 Februari 2013 M,
Jam 11.54 malam,
Pulau Pinang.

Friday 15 February 2013

Lagu KU MUSAFIR LALU

Aku hanya musafir lalu,
Hanya berjalan semata,
Di dunia seketika,
Yang musnah masa tibanya.

Musafirku kan tiba,
Jalan penghujungnya,
Dia Yang Maha Memiliki,
Mengambilku kembali.

Kepenatan dalam safar,
Lelah dalam langkah,
Di sini penuh ranjau,
Yang amat payah.

Tuhanku,
Perjalanan ni ada penghujung,
Musafir ini kan lenyap,
Menjadi debu-debu berasap.

Setiap insan musafir,
Hanya musafir,
Dalam dunia yang fana',
Hingga fana' jasad kembali pada-Mu.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Juma'at, 4 Rabiulakhir 1434 Hijrah bersamaan 15 Februari 2013 Masihi,
Jam 10.42 malam,
Pulau Pinang.

Sunday 10 February 2013

Syair ALAHAI BANGSAKU

Paut di tongkat,
Dibuang merata,
Ditegur yang tua,
Diherdiknya saja.

Alahai mata menangis,
Memandang pilu,
Kelubung wajah,
Menahan malu.

Pesan tok nenek,
Bagai di air lalu,
Emas berpasir,
Dibuang begitu.

Dulunya kuat,
'Alam menyatu,
Kini berbalah,
Musuh seribu.

Dilihat orang,
Senang berlalu,
Hatipun berang,
Berduri sembilu.

Alahai bangsaku,
Kenapa begitu,
Sukanya hasad,
Wahai bangsaku.

Panji yang rabak,
Dilihat saja,
Apalah harga,
Maruahnya kita.

Panji itu kan lambang,
Maruah kita,
Di dalam perang,
Panji dibela.

Karatnya sakit hati,
Lagi pula takfiri,
Bila dengki-dengki,
Lalu disihiri.

Alahai Melayu,
Janganlah begitu,
Bangunlah lenamu,
Sembahlah yang Satu.

Alahai takjub,
Bangsaku kini,
Banyak bersujud,
Masihnya iri.

Disimpan geluk,
Dalam perigi,
Kafir dipeluk,
Melayu dihalau pergi-pergi.

Sedangkan kamu,
Diikat agama,
Bila bertemu,
Ingatlah sesama.

Itu zamanlah dulu,
Kini dah tak serupa,
Memilih bulu,
Parti semata.

Alahai bangsaku,
Kenapa bodoh begitu,
Tiada dibeza,
Mana tuntutan anutanmu.

Layang yang terbang,
Terputus sudah,
Hendak digapai,
Tinggilah sudah.

Hendak diikat,
Disambung tangsi,
Alahai susah,
Masing berbenci.

Sana mengata sini herdik,
Bertemu wajah bagai bengisi,
Berbalah tak cerdik,
Itu didikannya demokrasi.

Wajahnya kelam,
Marah semata,
Marilah bertalam,
Hanyutkanlah sengketa.

Sudah-sudahlah bangsaku,
Bagaimana kuatnya lidi,
Jika cerai-cerai ia,
Sudah-sudahlah tu.

Mata layu lagi kuyu,
Lihat maruah lantun-lantun,
Kita ini kan Melayu,
Bukankah terkenal santun.

Tangisan oh tangisan,
Leteran oh leteran,
Kenangkan nasib Melayu,
Pecahnya sakan.





Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Ahad, 29 Rabi'ulawwal 1434 Hijrah bersamaan 10 Februari 2013 Masihi,
Jam 4.42 petang,
Pulau Pinang.

Friday 8 February 2013

Lagu MERANGKAK

Jalan becak ditinjau lihat,
Jejak kaki palit kotor,
Meraba-raba kaki selirat,
Terhuyung hayang tetap situ.

Jalan hitam lagi berduri,
Kotor itu hendaklah cuci,
Hentak kaki memercik lagi,
Pecah titis mengecil diri.

Langkah tebing licin berduri,
Cekal lagi apa peduli,
Tanah tinggi citakan diri,
Selamat kita bila dinaiki.

Batu keras perosak diri,
Ditukul ia memecah biji,
Gemersik suara mencengkam,
Berkecai pula sebiji-biji.

Renang di parit,
Bersihkan selut,
Terkait duri hanyut,
Berpaut akar naik melurut.

Hujung hilir berbukit pula,
Terjun di air jernih ceria,
Sukanya hati wangi beria,
Sungai jernih digapai jua.

Menyelam hilang rasa diri,
Tinggi puncak bercahaya,
Tujuh hentian sucilah kini,
Merentas duri payah sekali.

Sudah pergi kini kembali,
Menggapai bintang gemerlap,
Hendak ke sana tiada ingin kembali,
Biar tetap qolbi berdetak.




Karangan oleh:

PEDANG TIMUR BERKELANA
Juma'at, 27 Rabi'ulawwal 1434 Hijrah bersamaan 8 Februari 2013 Masihi,
Jam 11.22 malam,
Pulau Pinang.

Tuesday 5 February 2013

Syair KEMBALI PADA-MU

Aku ingin kembali pada-Mu,
Ke hadhrat-Mu,
Bersatu dengan-Mu Robbi,
Di 'alam yang tinggi.

Kembali ke asalku,
Ruhul qudus-Mu diambil,
Kembali pada-Mu,
Bersatu dengan-Mu.

Dengan kalam-Mu ku bicara,
Bashor-Mu ku melihat,
Sama'-Mu ku mendengar,
Qudrah-Mu ku melangkah.

Yang Maha Agung,
Dikau yang Satu,
Rendamkan aku dalam cinta,
Matikan aku dalam ma'rifah.

Ceraikan aku dengan dunia,
Hilangkan aku dengan fana',
Keluarkan nyawaku dari jasad,
Bawalah ku kembali pada-Mu.

Peluklah aku dengan rahmat,
Dan kasihmu duhai Thohaa,
Titiskan aku sedikit cahayamu,
Agar hilang dahagaku.

Ya Robbi Tuhanku,
Ambilku ke hadhrat-Mu,
Bawalah aku pergi,
Dari dunia berduri.

Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Selasa. 23 Rabi'ulawwal 1434 Hijrah bersamaan 5 Februari 2013 Masihi,
Jam 7.21 malam,
Pulau Pinang.

Monday 4 February 2013

Syair UTUSAN DITUNGGU

Telah hadirlah utusan ditunggu,
Dengan zahirnya Nabi Thohaa,
Beruntunglah sesiapa bersamanya,
Yang tetap ta'at padanya.

Berkumpullah wahai Muhibbin,
Mengucap seru nama kekasihmu,
Selawat salam atas Baginda,
Agar sentiasa bersamanya.

Ucaplah dengan serindu kasihnya,
Serulah namanya dengan selazatnya,
Biar lemas dirimu dalam lautan,
Dan renangilah aliran cinta itu.

Muhammad (saw) sebaik ciptaan,
Tiadalah di Timur mahupun Barat,
Melainkan diseru panggil namanya,
Bahkan di 'Arasy terpahat namanya.

Ingatlah wahai ummat,
Tiada beriman kalian semua,
Melainkan dicintai Rasulullah melebihi semua,
Melebihi ibu ayah jua.

Rasulullah datang membawa cahaya,
Untunglah yang menta'atinya,
Siapa yang menolak cahaya itu,
Celakalah baginya.

Zahirmu wahai Rasul (saw),
Sebaik anugerah 'alam,
Lalu dijadikan kami,
Menjadi ummatmu sebaik ummat.





Karangan oleh:
PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 22 Rabi'ulawwal 1434 Hijrah bersamaan 4 Februari 2013 Masihi,
Jam 7.10 malam,
Pulau Pinang.

WANITA JAGALAH DIRIMU

Kalian insan yang istimewa,
Allah menciptakanmu dengan keindahan,
Penenang dan peneman di sisi,
Wahai wanita.

Ingatlah akan taklif atasmu,
Jagalah auratmu dengan sempurnanya,
Ia perintah Tuhanmu dan Rasulmu,
Jagalah dan tutupilah auratmu wanita.

Dirimu itu mahal harganya,
Setiap bahagian jasadmu wajiblah kau tutupi,
Kecuali yang sudah kau maklumi,
Sempurnakanlah auratmu.

Usahlah kau dipengaruhi agenda modenisasi,
Tiada laranga bagimu berfensyen dan berhias,
Namun ingatlah di sana ada hukumnya,
Sempurnakanlah auratmu.

Longgarkanlah pakaianmu,
Labuhkanlah pakaianmu dan hijabmu,
Elakkan tabarruj pada ajnabi,
Janganlah kau pesonakan dengan wangian amat.

Pakai tapi telanjang,
Sudah berlalulah dan berlakulah,
Akan perihal sabda Rasulullah,
Wanita yang berpakaian tapi telanjang.

Ada yang memakai baju,
Tapi menampakkan bentuk dadanya,
Hingga jelas kelihatannya,
Bahkan ada mendedahkan lurahnya.

Tidakkah kau malu dedahkan tubuhmu,
Sungguh malu tiada lagi padamu,
Maka bagaimanakah imanmu,
Perhatikanlah dirimu wahai wanita.

Tidakkah kau mendengar,
Akan kalam Rasulullah di dalam hadith,
Ramainya wanita ke neraka,
Apa sebabnya wahai wanita.

Ada yang memakai,
Namun jelas bentuk tubuhnya,
Ibarat nangka berbalut plastik,
Tiada selamat dirimu di kubur nanti.

Sempurnakanlah auratmu duhai wanita,
Pakailah sebagaimana perintah agamamu,
Di akhir zaman ini,
Ingatlah akhir zaman ini zaman fitnah.

Wahai wanita,
Ada yang berseluar ketat,
Menampakkan bentuk jelas laluan keluar anakmu,
Sungguh ketat tidakkah kau malu.

Ada yang dedahkan rambutnya ibarat semak pakis,
Berwarna ibarat bulunya beruk di sarkis,
Kening bercukur dan bibir bergincu terang,
Kukunya panjang berwarna kilatan.

Di mana maruahmu,
Di mana harga dirimu,
Di mana nilai agamamu,
Dan di mana kau letakkan Allah dan Rasul dalam dirimu.

Sempurnakanlah tutupi auratmu,
Jangan kau tabarruj dan ketat-ketatan,
Jagalah adabmu di mana jua,
Ingatlah bahawa kau seorang wanita.

Telah datang peringatan buatmu wanita,
Ingatlah kalian tika di zaman jahiliyyah dulu,
Diperlaku tiada nilai pemuas semata,
Islamlah yang memuliakanmu wahai wanita.

Jagalah sebaiknya dirimu wanita,
Sempurnakanlah auratmu bertutup rapi,
Sesungguhnya Rasululalh menyayangimu,
Semoga Allah memelihara dan mengampunimu...Amin.




Karangan oleh:

PEDANG TIMUR BERKELANA,
Isnin, 22 rabi'ulawwal 1434 Hijrah bersamaan 4 Februari 2013 Masihi,
Jam 5.52 petang,
Pulau Pinang.